Followers

Pages

Wednesday, April 23, 2014

Gaya SELENDANG ala MAIA

Bulan februari lepas aku pegi kenduri kawin sepupu suami dengan gaya tudung berikut..


Nak di jadikan cerita, ada beberapa orang kawan req tutorial. Tapi bulan April barulah rasa rajin nak buat tutorial tu datang dan model pun setuju tuk digayakan. Nak tau caranya?. tengok pic kat bawa ni ye. ada arahan sekali.


Sediakan 1 selendang, 3 jarum peniti dan 1 kerongsang

1- letakkan selendang sebelah panjang dan sebelah pendek.
2- PANJANG: bawa ke belakang dan letakkan di bawah yg pendek.
3- pin agar selendang tidak terlucut,
4- PANJANG: pinkan ke tepi telinga
5- PANJANG: bawa hujung ke atas kepala
6- PANJANG: pinkan
7- PENDEK: bawa hujung ke belakang kepala dan sematkan dengan kerongsang.
8- bahagian tepi
9- bahagian depan
10- SIAP


Sebenarnya tak reti nak buat tutorial.. so korang faham-faham je lah kalau arahan & gambar agak memeningkan.. hehe.. Untuk lebih mudah faham baca arahan sambil rujuk gambar. Okey ^_~


MODEL: My sister Mimee
MAKE UP & STYLE: by me Maya


SELAMAT MENCUBA ^_^

Friday, February 7, 2014

APABILA SUAMI MENJADI TERLEBIH MANJA

WAHAI isteri-isteri, ketahuilah bahawa kajian The Engage Mutual menunjukkan 57 peratus lelaki mengharapkan perhatian dan simpati ketika sakit. Dua pertiga lagi suka merengek dan merungut.”

Anda sendiri bagaimana reaksi apabila suami berkeadaan begini? Saya selama  ini, tidak pernah sedar malah menyangka hanya saya yang berubah terlebih manja apabila demam, sakit perut atau sakit kepala. Rupa-rupanya ramai lagi!

Menurut The Engage Mutual, lelaki menganggap selesema biasa sebagai demam dan sedikit pening kepala sebagai migrain. Mereka mahu dilayan seperti anak kecil apabila dilanda sedikit masalah kesihatan.

Keadaan itu berpunca daripada gen micronas yang mempunyai hubungan dengan fungsi imun dan dikeluarkan oleh kromosom X.

“Wanita sebaliknya lebih berupaya untuk menentang komplikasi yang berpunca daripada kecederaan atau jangkitan kerana mereka memiliki dua kromosom X berbanding satu yang dimiliki lelaki,” hujah penyelidik yang juga pakar perbidanan dan sakit puan Sekolah Perubatan Yale, Prof Dr Mary Jane Minkin dalam laporan yang disiarkan BioEssays, baru-baru ini.

Menurut Dr Minkin, lelaki memerlukan isteri untuk menjaga mereka ketika sakit kerana kajian menunjukkan mereka yang berusia antara 20 hingga 40 tahun jarang bertemu doktor.
“Lelaki pada usia itu biasanya takut untuk jumpa doktor dan apabila sakit sedikit, mereka sangat risau,” katanya.

Dikatakan lelaki berubah menjadi lebih manja ketika sakit malah begitu mengada-ada sikapnya hanya ketika demam disebabkan terbawa-bawa oleh pengalaman semasa kecil.

“Mereka teramat merindui kenangan itu... dilayan dan dibelai oleh ibu. Sentuhan lembut dan penuh kasih sayang oleh seorang wanita jadi pengalaman terindah hidup mereka dan mahu terus diulang walaupun setelah mereka dewasa.

“Ini berbeza dengan wanita, yang juga punya pengalaman sama pada zaman anak-anak namun wanita sebaliknya berupaya menangani diri mereka sendiri tatkala terkena flu atau sakit ringan,” kata Dr Minkin.

“Inilah kekuatan yang ada pada wanita, yang sangat berguna untuk mereka pula merawat, membelai dan memanjakan anak-anak yang sakit,” katanya lagi.

Dr Minkin mengakui, dia sendiri sering dihadapkan dengan keluhan ramai isteri yang gagal untuk memahami perubahan sikap suami mereka dalam keadaan seperti itu.

“Hal yang seperti ini, jika tidak difahami atau tidak ada persefahaman dalam hidup berpasangan, kadang kala boleh jadi masalah,” katanya.

Dihadapkan dengan fakta kajian ini, semoga kita sama-sama lebih memahami. Janganlah dirungutkan atau dileteri apabila suami yang badannya gagah perkasa seperti Sazali Samad atau Arnold Schwarzenegger tiba-tiba merengek minta itu ini.

Janganlah pula berasa geli geleman jika dia minta diusap seperti anak kecil.

Memang, kita selalunya akan dihadapkan dengan pelbagai perbezaan. Wanita yang lemah lembut sifatnya, gebu gebom pula kulitnya, dalam keadaan tertentu dikurniakan tuhan kekuatan semula jadi yang tidak mudah untuk difahami oleh lelaki!

Manakala lelaki yang gagah perkasa fizikalnya, ada ketika menjadi sangat manja hanya kerana diserang selesema.

Itulah perbezaan-perbezaan yang kita perlu fahami dalam hidup berpasangan kerana lelaki dan wanita sememangnya dijadikan dengan seribu satu ketidaksamaan.

Dan jurang ketidaksamaan itu bukan untuk diperbesarkan sebaliknya untuk sama-sama difahami, dihadami dan dihayati sebagai pasak tugu cinta yang akan kekal teguh hingga ke syurga.

SUMBER:

ISTERI MANA TAK SAYANG SUAMI weiiiiiiiiii..

DALAM berkasih sayang, wanita selalunya dikatakan lebih (kuat perasaannya) berbanding lelaki. Manakala lelaki pula dikatakan sering bersikap tidak memahami.

Benarkah begitu? Itulah soalan yang sebenarnya bukan soalan, bertalu-talu ditujukan kepada saya semalam. Saya sebut bukan soalan kerana mereka yang berkata demikian - sudah tentu wanita -  lebih cenderung untuk memberikan saya peringatan. Malah mereka nampaknya begitu prasangka  terhadap kaum Adam.

Puncanya remeh sahaja tetapi berubah menjadi tidak remeh apabila disulam dengan provokasi gender.
Tengah hari kelmarin, saya terima SMS isteri yang dihantar ketika saya  solat Zohor. Selain SMS,  ada juga panggilannya yang tidak dapat saya jawab. Selesai solat, saya segera hubunginya semula. Sebaik dijawab,  saya dengar dia menangis. Lalu saya tanya, mengapa ?

Katanya, sebelum itu, dia dapat panggilan dari telefon bimbit saya dan cemas apabila tidak pula mendengar saya bercakap dengannya melainkan hanya menyebut 'ALLAHUAKBAR' beberapa kali.

"Sapa tak risau, ingat apa-apa dah jadi kat abang!" katanya, tersangkut-sangkut menahan sendu.

Oh, begitu! Rupa-rupanya apa yang dia sangka saya dalam kecemasan kerana mendengar saya hanya menyebut ALLAHUAKBAR, itu sebabnya saya sedang solat.

Dalam keadaan tidak sengaja telah terdail nombor telefon isteri yang langsung menyebabkan berlakunya  salah faham itu.

Ya, saya mengaku insiden ini remeh sahaja. Namun hal yang remeh ini telah menginsafkan diri saya betapa kuat kasih sayang isteri terhadap saya yang hanya dalam tempoh sekejap, dan belum pun jelas apa yang sebenarnya berlaku ke atas diri saya, telah menyebabkan dia resah, gelisah, jadi tidak tentu arah hingga banjir matanya.

Hal inilah yang kemudian saya kongsi dengan rakan-rakan dalam Facebook. Tidak. Tidak terlintas sama sekali niat saya untuk menunjuk-nunjuk akan perkara peribadi namun sejujurnya, saya hanya mahu berkongsi apa yang saya rasa baik. Tujuannya  untuk kita sama-sama insaf  dan lebih menghargai pasangan.

Iyalah, dalam keadaan diri kita yang saban hari tidak pernah tak sibuk dengan pelbagai urusan di luar rumah, kita selalunya terlupa atau buat-buat lupa bahawa ada insan yang sangat menyayangi diri kita, sentiasa ambil berat akan hal ehwal kita, sakit pening atau luka cedera kita.

Akan tetapi dalam keadaan sama-sama sibuk, perkara yang sangat penting seperti itu zahirnya menjadi seperti tidak penting. Kesibukan telah menyebabkan kasih sayang yang kita semai, jarang kita siram atau bajakan. Akhirnya benih yang baik pun lama kelamaan menjadi layu dan mungkin mati!

Lalu saya fikir ada baiknya hal yang seperti ini terjadi, sebagai peringatan. Dan apabila ia berlaku pada diri saya, saya ketepikan segan silu - walaupun dilarang oleh isteri - untuk saya kongsi dengan rakan-rakan kerana yakin, ini adalah sesuatu yang baik dan bermanfaat untuk dijadikan pengajaran.

Dalam perkongsian itulah saya menyebut bahawa saya baru tersedar betapa kuatnya kasih sayang isteri terhadap diri saya. Ada pula rakan-rakan - wanita - yang menyambut keinsafan saya itu dengan kata-kata: "Memanglah, isteri mana tak sayang suami? Cuma suami yang selalu tak faham, atau sengaja buat-buat tak faham, selalu cari alasan ... "

Saya tahu, ini provokasi gender. Jadi tidak perlulah untuk saya jawab. Soal kasih sayang ataupun mentafsir kasih sayang, tidak sama antara seorang individu dengan individu yang lain. Ia juga bukan ditentukan mengikut jantina.

Ada lelaki yang sangat kuat cinta dan kasih sayangnya terhadap pasangan, ada juga yang tidak. Wanita pun begitu juga. Jadi tidak manis untuk kita pukul rata, menghukum bahawa lelaki semuanya sama, atau wanita semuanya tidak setia.

Rosaklah alam sejagat jika kita masing-masing berprasangka begitu!

Saya sendiri, andai kata berlaku seperti apa yang berlaku ke atas isteri, pastinya gubra juga. Walaupun tidaklah sampai menangis seperti dia, sudah tentu saya tetap akan berasa cemas. Tetapi wanita, bukan seperti kita. Air mata sahajalah teman setia mereka dalam keadaan seperti itu.

Jika rakan-rakan wanita begitu skeptikal terhadap saya, yang lelaki lain pula. Mereka punya terjahan lebih berbahaya walaupun tidak menyerang saya. Ramai yang beri komen, "nasib baik hang tengah sembahyang bro... kalau tidak!!!"

Ya, saya bukanlah orangnya yang seperti itu. Namun biasalah, anasir subversif ada di mana-mana!

SUMBER:

Saturday, January 18, 2014

1st ANNIVERSARY


 - 18 January 2014 -
**HAPPY 1st ANNIVERSARY H&J**

Awalnya aku sedikit sedih nak anniversary coz HFAH (suami) outstation ke sarawak dan di jangkakan tak balik minggu ni..

Berkali-kali aku tanya "abang balik tak?"..
Jawapannya sama "tak balik.. balik hujung bulan"..
Aku iya-iya percaya. Tapikan bulan ni sedikit spesel. 18 january, anniversary. 20 january, birthday aku.
Tak boleh ke balik kejap. Sedihnye :(
kemudian dia tanya "sayang nak hadiah apa?".. 
jawapanku simple "sayang nak abang balik".. ^_^

Sehingga malam 17 january. Hati makin sedih. Esok nak anniversary dah. Takpelah, dia pegi cari rezeki. pujuk diri sendiri. 

Masuk 18 january, pukul 12.15am. Sedang aku leka dengan laptop. Tiba-tiba terasa macam ada lembaga kat depan pintu bilik. Sekali pandang "YEAYYYYYYYY ABANG BALIK".....
Yang aku boleh tanya "kenapa abang ada kat sini?".
dia senyum sambil cakap "nape?.. xsuke ke abang balik?".. ngehngeh..
Tercengang kejap sebelum aku hulur tangan untuk salam suami tercinta.. kemudian dia cium dahi & pipiku sambil ucap "SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA SAYANG"..
^_^ Happy giler.. hehe..

adik kembar aku Mimee kate "romantika juga abang tua tu.. wakakaka.. terharukah tdk?"..
aku? terharu?.. mestilah TERHARU.. hekhek.. 

 

18 jan 2014, 4.45pm, genap setahun usia perkahwinanku dengan suamiku Hasrul Fariq.. SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN yang PERTAMA abang.. Terima kasuh coz sudi menjadi imam sayang & terima kasih memilih sayang sebagai makmum abang.. semoga rumahtangga kita kekal walau apa jua rintangan.. di rahmati oleh Allah swt.. di lindungi dari anasir-anasir yang tak di ingini.. & semoga segala doa-doa kita dimakbulkan.. AMIN.. love you so much & thanks for everything.. muah 


SEMOGA KAMI KEKAL BAHAGIA BERSAMA HINGGA KE JANNAH.. AMIN..

Wednesday, January 1, 2014

2013: YEAR IN REVIEW

-HAPPY NEW YEAR 2014-
Look back at my biggest moments from the past year













-BYE BYE 2013- 

Tuesday, October 22, 2013

TIDAK SEMPAT

Hari ini 22 Oktober 2013 genap 7 tahun bapa mertuaku (papa) kembali kepada Penciptanya.

CAMNA AKU TAU?.. melalui status FB mama @ mak mertuaku

Walaupun aku tidak berkesempatan untuk berjumpa dan berkenalan dengan papa (NOTE: aku hadir dalam hidup suamiku setelah pemergian arwah), namun aku selalu cuba mendekatkan diri dengan papa melalui cerita-cerita suami.

Teringat dialog suami ketika dia membawa aku ke pusara papa beberapa hari selepas kami bernikah.

"Papa.. ni lah menantu Papa.. Maya.. kami nikah 18 januari lepas.." sambil dia bersih2kan pusara papa. 

Bergenang air mataku. Dalam hati aku berdoa semoga Arwah tenang di sana, di tempatkan bersama orang-orang yang beriman, seluruh amalnya diterima dan dirahmati Allah selalu. Amin.
 Al-Fatihah
-dari Allah kita datang. kepada Allah jua kita kembali-

Monday, October 14, 2013

AIDIL ADHA pertamaku

10 Zulhijah 1434 Hijrah jatuh pada 15 Oktober 2013 
bersamaan hari Selasa..


Seperti juga RAMADHAN dan AIDIL FITRI, Aidil Adha ini juga Raya Korban pertamaku sebagai seorang isteri dan buat pertama kali juga aku akan beraya bersama keluarga suami yang kini juga menjadi keluargaku di Jenderam Hulu (rumah mertua). ^_^
**EXCITED**


TAPI aku tidak bersendirian dirantauan kerana aku turut ditemani oleh adik kembar, Mimee dan adik bongsu, Syawal.
- Abang sulung beraya di Taiping perak (rumah mertuanya).

Namun disebalik kegembiraan akan beraya bersama keluarga sebelah suami, kesedihan tetap ada kerana Mak Hajah dan Bapa Haji terpaksa beraya berdua di sabah tanpa ditemani anak-anak. :'(
Apapun, kami sentiasa mendoakan kesihatan mereka dan semoga Allah memanjangkan umur kami agar kami semua dapat berkumpul dan bersama di tahun hadapan. Insya Allah.

..Last but not list..
SALAM AIDIL ADHA 
Semoga bergembira di hari raya. Selamat balik kampung pada yang balik. Berhati-hati dijalan raya pada yang memandu atau menaiki bas. Semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing.
^_^