HASRUL: kat kampung tak da line tau..
oo ooooo, maafkan aku hp coz tak dapat layan ko wat sementara.. hukhuk.. Destinasi pertama adalah kubur papa.. Aku memerhatikan Hasrul membersihkan kubur dan sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.. Sebak..
Destinasi seterusnya rumah Wan (nenek Hasrul).. sapa ada di rumah?.. Wan, Cik Shila dan suami, Cik Ani dan suami serta anak-anak.. tak lama lepas tu Cik Epy, suami dan anak-anak lak sampai.. Memang meriah.. Malam tu kami di jamu dengan pelbagai lauk... Superb.. Hasrul lak awal-awal dah order TEH TARIK kegemarannya.. huhuhu...
Atas permintaan ramai kami bermalam di kampung.. Plan untuk esok?.. AYAM MASAK LEMAK CILI API..
8hb May 2011... Seawal pagi aku bangun dan bermain bersama Yana dan Liya (sepupu Hasrul yang masing-masing berumur 8 dan 7 bulan)..
Liya lak tekedek-kedek mengejutkan Hasrul yang masih tidur..
Di tambah dengan abang-abang mereka yang super aktif bermain.. (^_^)
Sarapan?.. roti canai, cekodok dan teh.. Kemudian kami di tugaskan untuk memetik cili di dalam semak @ hutan.. hekhek.. Sedang leka memetik cili, Pak ngah dan Mak ngah datang menyapa..
Tengahari kami pegi melawat mak ngah dan pak ngah.. Langkah kanan.. Ketika sampai Mak ngah sedang masak ikan pari asam pedas.. Kami makan tengahari bersama keluarga Pak Ngah..
Petang kami bersiap tuk berangkat.. Cik Shila bekalkan kami ayam masak lemak cili api yang banyak.. Sebelum bertolak kami melawat semua yang ada..
"wan kami balik dulu ye"
Kemudian gi rumah cik Ani..
Seterusnya rumah Pak ngah dan kebetulan Cik shila turut ada di situ..
Makacih Wan, Cik Shila dan suami, Cik epy dan suami, Cik Ani dan suami, Pak ngah dan Mak ngah.. Gembira dapat jumpa dan berkenalan dengan semua.. Mereka layan aku dengan baik... (^_^) Aku tentunya akan rindukan mereka..
Keluar sahaja dari kawasan kampung, hp ku berbunyi menandakan mesej masuk dengan banyaknya.. rupa-rupanya Mimee dan Mak Hajah risau coz gagal menghubungiku.. Aku segera kol mereka untuk menerangkan situasi sebenar.. hihihi....
No comments:
Post a Comment