RAHSIA aku definisikan sebagai sesuatu yang tersembunyi atau di sembunyikan. Segala sesuatu yang tersirat. Juga merangkumi sesuatu yang disimpan agar tidak diketahui oleh seseorang atau seluruh masyarakat demi kepentingan diri sendiri atau orang lain.
contoh:
- Rahsia Allah
- Rahsia ayat suci Al-Quran
- Rahsia disebalik alam
- Rahsia disebalik kelakuan
- Rahsia individu
- Rahsia negara
- Rahsia kejahatan
- Rahsia perhubungan
- agen Rahsia
- dan macam-macam rahsia ada kat dunia ni..
Selama mana pun rahsia itu di simpan.. Sekeras mana pun berusaha menyembunyikannya.. Sejauh mana pun boleh berpura-pura.. Namun jika Allah mahukan rahsia itu terlihat, ia tetap akan terbongkar.. Baik rahsia itu maka baiklah yang terlihat.. Buruk rahsia itu maka buruklah yang terlihat.. Kita tidak akan boleh menjangkakan bila, siapa dan bagaimana ia terlihat.. sehari, seminggu, sebulan, setahun, 3 tahun, 10 tahun atau setelah kita meninggal dunia.. Maka bersiap sedialah untuk menerima BAIK BURUK rahsia..
Bagaimana dengan anda?.. MENYIMPAN RAHSIA?.. jika YA, maka bersiap sedialah menerima situasi di mana rahsia anda terlihat.. Kalau pun anda berjaya menyimpan rahsia dari manusia tapi tidak dari Allah.. Sesungguhnya Dia maha mengetahui akan setiap sesuatu.. Dia mengetahui baik atau buruk setiap rahsia..
Ada situasi yang menuntut kita berahsia untuk menutup aib sesama.. Namun ia bukan alasan untuk tidak mengakui kesalahan kerana kadang-kadang kita perlu telus walaupun ia sesuatu yang sukar..
RAHSIA.. hurm.. ada rahsia yang datang sendiri menunjukkan diri tanpa di minta dan di cari.. Ia selalu hadir dalam keadaan yang tidak di jangka dan dari orang yang tidak di sangka.. ada juga rahsia yang perlu di cari untuk memberi kita jawapan pada setiap persoalan.. Seperti yang di lakukan oleh para saintis.. Berusaha bertahun-tahun untuk memecahkan segala macam rahsia alam..
So camna?.. bersediakah anda untuk menerima kejutan demi kejutan dalam hidup?.. atau sudah kah anda bersedia dengan jawapan sekiranya rahsia anda terbongkar?.. kerena pada masa tu mungkin anda dah tak boleh lari selain menerima kenyataan yang rahsia anda dah terbongkar.. takut x??.. takut x??.. jeng je jeng.. hehehe ^_^
No comments:
Post a Comment