Beberapa bulan xmenyentuh blog, rasa macam kekok lak nak start menulis semula. Apa nak citer ye?. Ok mungkin ramai yang mengetahui JHA & HFAH telah melangsungkan pernikahan pada 18 january 2013 lepas. OK mai kita tengok perjalanan sepanjang persiapan awal hingga majlis (pihak perempuan) selesai.
Awalnya seperti biasa kena gi kursus kahwin, amik borang kat jabatan agama, sediakan segala dokumen diri, wali dan saksi, lengkapkan semua borang, buat HIV TEST dan hantar semua kat jabatan agama untuk kelulusan. Bagi pihak suami pula dia kena adakan surat pengesahan bujang dan surat kebenaran nikah luar negeri memandangkan dia berasal dari semenanjung dan kena bernikah dengan ku di Sabah.
BAB MANA YANG NAK CITER PANJANG2 YE ?.....
ok.. citer sal HIV TEST. Ini adalah salah satu prosedur yang semua bakal pengantin kena lalui. Kalau dulu 2,3 bulan sebelum majlis dah kena wat test coz keputusan makan sebulan lebih baru leh dapat. pastu kena amik darah kai jarum BESAR PUNYA. Cucuk dan tarikkkkkkkkkkkkkkkk. klu kena darah xnak kuar, cucuk lagi sekali. pergggghhhhhh sakit wooooo..
Tapi sekarang dah senang. Bawa je borang kawin yang dah siap isi gi hospital.
NOTE: Hospital Keningau setiap hari Jumaat sahaja.
- Daftar nama
- Dengar sedikit penerangan tentang HIV dari jururawat bertugas
- Cucuk jari bagi kuar darah sikit
- Letak atas alat (HIV test kit)
- Xsampai 2 minit dah leh tengok result. Satu line NEGATIF HIV. Dua line POSITIF HIV.
- Tunggu pihak hospital siapkan dokumen / isi keputusan ujian kat borang kawin dan SIAPPPPPPPPPPPPPPPPPPPpppppppppppppp. Teringat kata-kata nurse tu "OK LEPAS. BOLEH KAWIN. HEHE"..
Ohya, masa nak daftar tu nurse tu agak tercengang tengok umur aku. Masa isi part nama, alamat semua dia tulis lancar je. Sekali sampai bab umur, tangan dia terhenti. Berulang kali dia tengok borang kawin & ic aku. pastu tengok aku dari atas ke bawa. Aku yang rasa pelik, dengan selamber cakap "betul lah tu 28 tahun".
Masa dia tulis umur, aku curi-curi tengok senarai mereka-mereka yang dah daftar tuk HIV TEST pra-perkahwinan hari tu. SEKALI SEMUA UMUR BELASAN TAHUNnnnnnnnn koooooooo. Rata-rata 16-19 tahun. Patutlah nurse tu tercengang2. Mungkin awalnya nurse tu biasa je sebab tengok aku badan kecik & fikir aku baya-baya budak belasan tahun tu gak. Sekali dah 28 tahun daaaaaaaaaaaa. Aku yang kawin lambat or budak2 tu yg kawin awal?. ke aku yang xnampak mcm 28 tahun?. huhuhu..
JODOH PERTEMUAN DI TANGAN ALLAH. Semua telah tertulis kawin umur berapa, dengan siapa dan bila masa yang sesuai. Percaya pada Allah. Dia adalah sebaik2 perancang. ^_^ So apapun dugaan / siapapun menghalang / siapapun cuba masuk jarum, hubungan tetap kekal. Maka JIKA ADA yang menilai perhubungan ini sebagai "lambat @ awal @ xsesuai @ belum sedia xpayah kawin @ jauh @ kenapa xamik yang kaya @ bla bla bla" sebenarnya sedang memperlekehkan ketentuan Allah.
ok, sampai sini entry tentang HIV TEST. Next entry kita citer sal persiapan seterusnya. Pelamin, makanan, baju, mekap DLL. TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUUUUU.. ^_^
mcm pregnancy test...hahaha
ReplyDeletetak apa, biar kawin awal, bagi mngelakkan maksiat,
ReplyDelete