Followers

Pages

Tuesday, March 26, 2013

ATURCARA MAJLIS sebelah JHA

RENTETETAN CERITA HFAH & JHA (H&J)..
- TUNANG
- HIV TEST
- BAJU DAN AKSESORI PERKAHWINAN

Kita sambung dengan ATURCARA MAJLIS sebelah perempuan. Awalnya aku nak buat majlis kecil-kecilan hanya untuk sanak saudara. Tapi seperti biasalah bila dah duduk berbincang dengan semua ahli keluarga, mereka req untuk majlis dijalankan mengikut adat seperti mana abang sulungku dulu. Majlis akan diketuai oleh ATUK yang faham akan adat kaum kami. Untuk makluman aku adalah gadis kelahiran Sabah. Nampaknya kenalah aku bersiap sedia fizikal dan mental serta stamina untuk majlis 3 hari 2 malam. fuhhhhh. Dari awal aku berdoa 'semoga Allah berikan aku kesihatan', takut gak kalau tiba-tiba pengsan kepenatan. hehe.. ok mari kita ikuti atucara majlis secara ringkas. 
17 Januari 2013 : MAJLIS BERBEDAK
= Mempelai akan di pakaikan dengan bedak dan dimandikan dengan air daun pandan.

17 Januari 2013 : MAJLIS BERINAI
= Majlis ni lebih kurang sama seperti yang ada di semenanjung. Apa yang berbeza adalah kami bukan hanya dipakaikan inai, tapi juga minyak wangi dan bedak. Selain dikehendaki mengenakan sepersalinan pakaian adat mengikut adat diraja.

18 Januari 2013 : NIKAH
= Di jalankan di Masjid dan bukan di rumah seperti kebiasaan saudara maraku atas permintaan ramai.

18 Januari 2013 : BERZANJI DAN DOA SELAMAT
= Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah kerana kedua mempelai telah selamat diijab kabulkan

19 Januari 2013 : BERSANDING
= Bagi mewar-warkan status baru dua insan sebagai "NOT SINGLE & NOT AVAILABLE". Majlis bersanding sebelah aku di jalankan di dua lokasi iaitu di pekan keningau dan di kampung.

19 Januari 2013 : MAJLIS MEMOHON RESTU
= Ini adalah majlis penutup di mana semua yang berpangkat MERTUA padaku akan memberi 'tanda hati' sebagai simbol merestui dan menerima aku menjadi ahli baru dalam keluarga mereka. Namun di ubah sedikit apabila mertua pada mempelai lelaki (my parents lah.. ^_^) turut memberi tanda hati. Di ikuti dengan kedua mempelai memberi tanda hati kepada mertua sebagai memohon doa restu. Tanda hati tidak ditetapkan dalam bentuk apa, namun kebiasaannya ia berbentuk kain batik/pelekat.

NOTE: Majlis BERBEDAK DAN BERINAI sebenarnya hanya melibatkan aku sorang dan tidak pengantin lelaki. Yang mana ia adalah aktiviti keluarga bersama ANAK yang akan bernikah pada keesokan harinya. Tapi di perluaskan dengan melibatkan kedua mempelai bagi membolehkan pihak lelaki turut merasa setiap proses adat sepanjang majlis. Maklumlah ni SABAH + SEMENANJUNG. So biarlah sama merasa adat yang berbeza. ^_^

No comments:

Post a Comment