December 2007
Kali pertama aku jumpa dan kenal dia apabila dia datang temuduga di tempat aku bekerja.
Awal 2008
Dia melamar aku menjadi kekasihnya.
1 September 2008
Setelah beberapa bulan dia mencuba, akhirnya aku terima dia menjadi kekasih.
Akhir 2009
Hubungan kami dilanda badai dengan perkara yang aku tidak pernah terfikir akan berlaku dalam hidupku. Maka aku mengambil keputusan drastik, memutuskan hubungan kami. Aku redha dengan apa yang Allah takdirkan untuk aku.
Awal 2010
Dia datang semula mencari aku.
2012
Setelah 2 tahun, aku mula belajar untuk maafkan dia.
April 2012
Dia datang berjumpa abang sulungku dan menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Setelah perbincangan lanjut, keluargaku menerima dan kedua belah pihak bersetuju untuk mengadakan majlis pertunangan.
1 May 2012
E-Day
Dalam tempoh 2010 - 2012 dia telah berusaha melakukan banyak perkara demi membuka hatiku semula. Seorang lelaki yang ego sanggup buat perkara-perkara yang aku anggap 'TIDAK MUNGKIN'. Aku sangat terharu dan menghargai segala usahanya dalam memungkinkan yang tidak mungkin. Keikhlasan dan kesabarannya melayan karenahku yang 'pelbagai' membuat keluargaku percaya dia adalah lelaki yang boleh menundukkan aku (setelah ramai lelaki yang gagal diperingkat 'saringan'.. hahaha).
Sekiranya benar tertulis dia adalah JODOH yang telah Allah tetapkan untukku, aku terima dan Insya Allah tahun depan kami akan diijab kabulkan. walaupun banyak dugaan melanda, tapi kami cukup kuat dan berjaya menghadapinya. Alhamdulillah. Doa dan restu keluarga serta rakan-rakan telah membawa kami ke satu tahap yang baru. Aku hanya berharap ini adalah keputusan yang tepat untuk aku, dia dan keluarga kami. Amin.
Pada keluargaku, terima kasih atas segalanya.
Pada semua yang terlibat aku mohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang majlis.
Pada mereka yang terLUKA, aku (jumaia binti haji amir) serta tunang (mr.hasrul fariq bin abu hassan) mohon maaf.
PICTUREs... layanzzzzzzzzzzzz.... ^_^
**CINTA MAMPU MENGUBAH SESUATU YANG TIDAK MUNGKIN KEPADA MUNGKIN**
Kak mya dan abg asrul..congratulation...happy both off u..right, akhirnya...hehe...semoga uols lebih tabah menghadapi dugaan2 akan datang...mmg air mata akan sentiasa mengiringi perjalanan percintaan kita.tapi anggaplah itu semua harga yg perlu kt bayar utk org yg kita syg. for me, kalau sblm ni telah bermacam2 dugaan yg kita tempuh bersama, but next tyme mayb lebih byk&berat lg dugaan yg akan Allah uji. Inshaalah kalau kita sentiasa ingat dan memohon yg terbaik padaNya, Dia akan perkenankan setiap permohonan kita. Hope kt sm2 kuat mengahadapi dugaan2 akan datang...hehe...pnjg lebar nsht...luv u sis n bro...
ReplyDeleteAmin.. smoga Allah tetap bsama kita.. Allah menguji kita tnda dia sayangkan kita dan dekat dgn kita.. jgn risau bila di uji tapi risaulah bila tidak diuji.. thanks dear ats nsht (mklmlah senior dlm rmh tgga gitu ye.. hehhe).. k.mya luv u more..
Deletedear sis maya n abg ngah ,
ReplyDeleteieda doakan u olls dun noty2 ea.. hehe
smge bkekalan hgga ke akhir hyat ..insyallah..
dan dipermudahkan segala urusan ..
smge tabah mghadapi liku-liku khidupan yg akn dtg..
sgala nasihat dan teguran anda bdua akn trus di ingati dlm kotak pikiran ku ini.. thanks for being my best2 sister n brother to me !! love u sis !!
xnoty2 lah dah duk jauh ni.. hahaha
Deleteamin.. ieda pun same ye, smoga bkekalan ngan c dia n sabar mhadapi dugaan..
gud girl.. blh jadikn ksh akak n abg sbg pnduan.. Amik yg baik je tau & yg buruk jgn gatai2 nk ikut.. tp rasanya akak xpnh ajar adik2 akak wat pkara buruk kan?.. hehehe..
my pleasure adik manis.. akak luv u more dear.. muah..