Followers

Pages

Wednesday, July 10, 2013

RAMADHAN pertamaku

 1 Ramadhan 1434 Hijrah jatuh pada 10 Julai 2013
bersamaan hari rabu

 

Ini adalah Ramadhan pertamaku sebagai seorang isteri. Semoga Rumahtangga kami dirahmati oleh Allah swt. dan semoga doa-doa kami di makbulkan tuhan..

Ya Allah, telah tiba bulan suci Ramadhan. Kau maafkanlah segala dosaku, suamiku, ibu bapa kami dan saudara kami. Kurniakanlah kami rezeki yang murah. Penuhilah hati kami dengan pengabdian kami kepada-Mu. Kau bantulah kami dalam menunaikan ibadah puasa di siang hari. dan berilah kami kekuatan untuk mengerjakan ibadah-ibadah lain di malam hari. kau jauhkanlah kami dari kelalaian, kealpaan dan dari sifat membazir serta berlebih-lebihan. Terimalah amal-amal kami dan rahmatilah kami agar hati kami sentiasa ikhlas dalam melaksanakan suruhan-Mu. jauhkanlah kami dari perbuatan dengki khianat fitnah manusia dan dekatkanlah kami dengan manusia-manusia yang berada di jalan yang kau redhai. Amin..

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA
ikhlas dari kami suami isteri serta keluarga
**H&J**
HASRUL FARIQ ABU HASSAN & JUMAIA HAJI AMIR
Semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini