Followers

Pages

Tuesday, March 26, 2013

ATURCARA MAJLIS sebelah JHA

RENTETETAN CERITA HFAH & JHA (H&J)..
- TUNANG
- HIV TEST
- BAJU DAN AKSESORI PERKAHWINAN

Kita sambung dengan ATURCARA MAJLIS sebelah perempuan. Awalnya aku nak buat majlis kecil-kecilan hanya untuk sanak saudara. Tapi seperti biasalah bila dah duduk berbincang dengan semua ahli keluarga, mereka req untuk majlis dijalankan mengikut adat seperti mana abang sulungku dulu. Majlis akan diketuai oleh ATUK yang faham akan adat kaum kami. Untuk makluman aku adalah gadis kelahiran Sabah. Nampaknya kenalah aku bersiap sedia fizikal dan mental serta stamina untuk majlis 3 hari 2 malam. fuhhhhh. Dari awal aku berdoa 'semoga Allah berikan aku kesihatan', takut gak kalau tiba-tiba pengsan kepenatan. hehe.. ok mari kita ikuti atucara majlis secara ringkas. 
17 Januari 2013 : MAJLIS BERBEDAK
= Mempelai akan di pakaikan dengan bedak dan dimandikan dengan air daun pandan.

17 Januari 2013 : MAJLIS BERINAI
= Majlis ni lebih kurang sama seperti yang ada di semenanjung. Apa yang berbeza adalah kami bukan hanya dipakaikan inai, tapi juga minyak wangi dan bedak. Selain dikehendaki mengenakan sepersalinan pakaian adat mengikut adat diraja.

18 Januari 2013 : NIKAH
= Di jalankan di Masjid dan bukan di rumah seperti kebiasaan saudara maraku atas permintaan ramai.

18 Januari 2013 : BERZANJI DAN DOA SELAMAT
= Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah kerana kedua mempelai telah selamat diijab kabulkan

19 Januari 2013 : BERSANDING
= Bagi mewar-warkan status baru dua insan sebagai "NOT SINGLE & NOT AVAILABLE". Majlis bersanding sebelah aku di jalankan di dua lokasi iaitu di pekan keningau dan di kampung.

19 Januari 2013 : MAJLIS MEMOHON RESTU
= Ini adalah majlis penutup di mana semua yang berpangkat MERTUA padaku akan memberi 'tanda hati' sebagai simbol merestui dan menerima aku menjadi ahli baru dalam keluarga mereka. Namun di ubah sedikit apabila mertua pada mempelai lelaki (my parents lah.. ^_^) turut memberi tanda hati. Di ikuti dengan kedua mempelai memberi tanda hati kepada mertua sebagai memohon doa restu. Tanda hati tidak ditetapkan dalam bentuk apa, namun kebiasaannya ia berbentuk kain batik/pelekat.

NOTE: Majlis BERBEDAK DAN BERINAI sebenarnya hanya melibatkan aku sorang dan tidak pengantin lelaki. Yang mana ia adalah aktiviti keluarga bersama ANAK yang akan bernikah pada keesokan harinya. Tapi di perluaskan dengan melibatkan kedua mempelai bagi membolehkan pihak lelaki turut merasa setiap proses adat sepanjang majlis. Maklumlah ni SABAH + SEMENANJUNG. So biarlah sama merasa adat yang berbeza. ^_^

Tuesday, March 19, 2013

BAJU & AKSESORI PENGANTIN

Pada entry yang lepas aku dah cerita sal "HIV TEST- pra perkahwinan". Kali ni nak cerita sal BAJU & AKSESORI PENGANTIN lak.

Untuk pengetahuan pembaca, aku berbadan 'comel' dengan size S so agak susah untuk mendapatkan baju pengantin yang betul-betul sesuai. Beberapa kali gi kedai perancang perkahwinan yang mak pilih, namun xde yang dapat menawan hatiku. Akhirnya aku membuat keputusan untuk TEMPAH baju dari sepupuku. Gipun nak baju yang simple je.

Beberapa bulan sebelum majlis, aku dan sepupu sibuk mencari kain yang sesuai. Untuk baju nikah aku menyimpan hasrat untuk menggunakan warna cream berbanding putih yang menjadi kebiasaan ramai orang. Baju sanding utama warna hijau pucuk (coz ms pusing2 tetiba tertarik ngan 1 kain manik kaler hijau pucuk yg tergantung dlm sebuah kedai @ KK). baju sanding kedua pula warna peach atas permintaan bakal suami (yg skang telah menjadi suami).

Untuk design baju, kami banyak rujuk pada web-web butik pengantin terkenal. Setelah mengumpulkan beberapa design, aku memilih kebaya panjang untuk nikah, gaun kebaya dan gaun untuk sanding. kenapa gaun?.. Sebab dari kecil, aku meminati cerita-cerita dongeng seperti cinderella. kan watak-watak utama selalunya menggunakan gaun. hehehe. Apa yang mencabar adalah manik aku sulam sendiri. Perrggggghhhhhh rasa macam nak patah belakang ngadap manik. So untuk majlis belahku, kami mengenakan 5 pasang baju. 2 sewa dan 3 tempah.

Aksesori?.. ada yang beli kat KL, jalan TAR dan on9.

nak tengok baju-baju & aksesori kawinku yang simple dan ala kadar tu?. tengok kat bawah ni ye. jangan kutuk tau. hehe.. ^_^
 
MALAM BERINAI 
PAKAIAN TRADISI: SEWA
TUDUNG HALF MOON MANIK: BELI @ RADIUSITE
AKSESORI: SEWA
MEKAP: BAYA

NIKAH
PAKAIAN (KEBAYA LABUH + VEIL + TUDUNG + BAJU MELAYU): TEMPAH kecuali semua sulaman manik (buat sendiri)
AKSESORI (RANTAI & CROWN): BELI @ ASTINAZ AKSESORIZ ANDAMANZ
MEKAP: EWAN TOUCH 

SANDING 1
PAKAIAN (KEBAYA + VEIL + BAJU MELAYU): TEMPAH kecuali sulaman manik baju lelaki dan veil (buat sendiri)
TUDUNG SULAM: BELI @ SCARF NAJWA II
AKSESORI RANTAI & CROWN: BELI @ ASTINAZ AKSESORIZ ANDAMANZ
BUNGA TANGAN (BUNGA KRISTAL): BUAT SENDIRI (BAHAN BELI @ SHAJARATUL DESIGN)
MEKAP: TYNIE (pengantin perempuan) dibantu oleh IWAN (pengantin lelaki)

SANDING 2
PAKAIAN (SIMPLE GOWN + VEIL + SET TUXEDO): TEMPAH kecuali semua sulaman manik (buat sendiri)
TUDUNG SULAM: BELI @ SCARF NAJWA II
AKSESORI (RANTAI): BELI @ ASTINAZ AKSESORIZ ANDAMANZ
AKSESORI KEPALA: BELI @ MAJU JUNCTION (nama kedai lupa lak)
MEKAP: TYNIE (pengantin perempuan) dibantu oleh IWAN (pengantin lelaki)    

MALAM MEMOHON RESTU
PAKAIAN PEREMPUAN (GAUN KEMBANG): SEWA
PAKAIAN LELAKI (SET TUXEDO): TEMPAH
VEIL: BELI @ KENINGAU (nama kedai lupa lak)
AKSESORI (RANTAI): BELI @ ASTINAZ AKSESORIZ ANDAMANZ
AKSESORI KEPALA: BELI @ JALAN TAR (nama kedai lupa lak)
MEKAP: TYNIE  

NOTE: akhirnya semua aksesori dan baju (kcuali baju nikah) di beli semula oleh perancang perkahwinan yang handle majlisku.. ^_^

more pic @ http://normayaristia.blogspot.com/2013/04/precious-moment.html