Followers

Pages

Friday, November 23, 2012

WANITA dan POKOK SEMALU


Masa kecil aku suka bermain dengan pokok semalu. Daun-daun akan kuncup bila disentuh. Bunganya yang berwarna Pink Purple aku laga-lagakan tengok bunga mana yang akan botak dulu. Aku dan rakan-rakan juga pernah berangan-angan "sapa yg sentuh pokok semalu tp daun xkuncup, dia akn kawin dgn ank raja". Ngarut semua tu tp namapun budak-budak.. lagipun semua semalu akan kuncup bila disentuh.. hahaha.. Entry ni berkaitan dengan pokok semalu kerana aku terbaca satu post yang agak menarik tuk di jadikan panduan.. (kawan2 post kat fb loorrrr).. JOM BACA..

Pasa suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambl pengajaran dari pohon semalu ini dari 4 aspek.

  • Pertama, Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai rasa malu. 
  • Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. 
  • Ketiga, Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat mencengkam bumi. Ini bemakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. 
  • dan yang terakhir, Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

NOTE: klu pompuan yang xtau malu ibarat pokok ape lak ye?.. ^_^

APE YE?


Ape ye nak update?.. xde topik nak wat entry.. mesti  PENGIKUT SETIA 
KECEWA bila hampir setiap hari view blog ni tapi xde NEW ENTRY.. sabar ye cayang.. xde lagi topik hangat, panas, pedas, terbakar dan membina minda.. hahaha..

Aku pun heran mana BEN ASHAARI kutip idea tuk update blog dia bkali2 dalam sehari... memang blogger yang mantaplah.. xkering idea..

Apapun dah hampir dua minggu aku kat KL.. nape datang KL?.. dont wori bukan nak gi gegar korang.. belum sampai masa tuk menggegar dunia.. aku saje datang nak shopping2 mengabiskan duit.. ngeh ngeh ngeh..

Last but not list, mari kita sama2 mendoakan kesejahteraan saudara kita di GAZA yang sering kali diancam peperangan.. Semoga mereka mendapat rahmat serta kekuatan.. dan kepada mereka yang telah tiada semoga mereka mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.. Aaminnn..

Friday, November 9, 2012

SUAMI TAKUT ISTERI

Ok kali ni aku ingin mengupas satu isu yang agak sensasi iaitu SUAMI TAKUT ISTERI.


Mungkin ada pengikut blogku yang 'SETIA' tu akan berkata "alah ko pun belum kahwin apa yg ko tau sal suami. dah pandai2 cakap sal suami".. Confirm punye lah.. Tapi segala kutukan dan cemuhan aku anggap sebagai nyanyian dari mereka yang PENGECUT (ckp blkg je brani) & CEMBURU kerana aku adalah gambaran pada sesuatu yang mereka tidak dapat miliki dan tidak dapat lakukan.. ^_^ hahaha.. Apapun aku hanya ingin mencari ilmu sebanyak mungkin sebelum melayari bahtera rumahtangga agar tidak hanyut dibawa arus kehidupan dunia yang penuh keHIPOKRITan..



ok kembali pada topik asal. Mari kita tengok 2 jenis SUAMI TAKUT ISTERI

1) Jenis pertama boleh digambarkan melalui pengakuan Pak Mario Teguh seorang pakar motivasi dari Indonesia yang mengakui dirinya seorang suami yang sangat takut isteri. so apa kata Pak Mario?.. cekidot.. maaf ye teks dalam bahasa Indonesia coz teks di copy paste dari fb Mario Teguh.. ^_^..

PERSOALAN: Om Mario, saya dapat kesan Om ini takut istri. Apa benar?


JAWAPAN Mario Teguh
Ya, sangat amat benar sekali. Saya takut istri.
Saya takut istri saya tidak berbahagia.
Saya takut istri saya tidak tinggal di rumah yang nyaman.
Saya takut istri saya khawatir tentang sekolah anak-anak.
Saya takut istri saya naik kendaraan yang tidak aman.
Dan yang paling saya takutkan adalah Ibu Linna (isteri Pak Mario) khawatir mengenai kesetiaan saya kepadanya. Dengan penuh syukur saya katakan, bahwa saya takut istri.
**Mario Teguh – Bendahara ISTI (Ikatan Suami Takut Istri)**

Tapi saya tidak pernah menjadi anggota ISBBIS (Ikatan Suami Berani Buat Istri Sedih), karena tidak baik bagi rezeki dan nama baik. Sebagai laki-laki, kehebatan kita dinilai dari sukses menjadi penyejahtera keluarga, bukan pemenang dalam pertengkaran tidak berkelas dengan wanita yang seharusnya kita muliakan. Perilaku itu hanya sesuai untuk anggota ISYBHSI (Ikatan Suami Yang Beraninya Hanya Sama Istri)

NOTE: bertuah Ibu Linna dapat suami yang takut isteri macam Pak Mario ni.. Aku pun nak gak.. heheh ^_^

2) Manakala ada 1 lagi jenis SUAMI TAKUT ISTERI. Di mana seorang suami yang TERLALU takutkan isteri sehingga
- Membiarkan isterinya melakukan kesilapan.
- Memenangkan dan membela isteri walaupun dengan jelas isteri melakukan kesalahan dan memalukan.
- Sanggup memenuhi kehendak isteri walaupun salah di sisi agama.

Di khuatiri SUAMI TAKUT ISTERI jenis ke dua ni membawa kepada ciri-ciri lelaki yang DAYUS. 


Apa maksud DAYUS?.. Ustaz Azhar Idrus tolong terangkan.. ^_^



Berusaha perbaiki diri bagi membantu LELAKI yang ditakdirkan menjadi suamiku kelak dalam menghindari sifat DAYUS.. Insya Allah.. (siapa LELAKI tersebut?.. SECRET kerana jodoh adalah rahsia Allah.. ^_^)

Ya Allah.. berilah aku SUAMI TAKUT ISTERI jenis pertama dan jauhkan lah aku dari SUAMI TAKUT ISTERI jenis kedua.. Berilah aku suami yang boleh membimbing aku ke jalan yang benar dan diredhai.. Aaamiinn.. 

Tuesday, October 30, 2012

INSTINCT

INSTINCT atau dengan kata lain NALURI atau GERAK HATI. Wanita di kurniakan dengan INSTINCT yang lebih kuat dari lelaki. Dengan ini wanita sering saja dapat merasakan kelainan dalam hati sekiranya ada sesuatu yang AKAN atau TELAH berlaku.

Disebabkan faktor ini dalam setiap ceramah Dr. Fadzilah Kamsah mengenai rumahtangga, beliau sering menasihati para lelaki @ suami agar tidak membohongi wanita @ isteri kerana kebohongan tersebut pasti akan diketahui. Bukan hanya lelaki, tetapi juga pada wanita yang berniat tuk membohongi wanita lain. Waspadalah.

Aku sebagai seorang wanita juga memiliki kelebihan kurniaan Allah ini (mungkin aku dapat dari bapa ku yang juga di anugerahkan gerak hati yang sangat kuat walaupun dia lelaki). Mungkin tidak 100% INSTINCT tepat atau boleh dipercayai. Namun hampir kesemua INSTINCTku membawa aku kepada jawapan untuk setiap persoalan atau pada bukti yang membantuku membongkar kebohongan manusia-manusia (lelaki dan wanita) yang hipokrit.

Kadang-kadang aku meminta agar Allah mengurangkan INSTINCTku. Agar aku tidak melihat perkara-perkara yang aku tidak ingin lihat dan tidak tahu perkara-perkara yang aku tidak ingin tahu. Bak kata kakak ipar gue, lebih baik tidak tahu dari tahu. Namun INSTINCT juga membantu kita agar lebih berhati-hati dengan perkara-perkara mendatang.


betul tak?.. 

Apa yang ada dalam diri kita adalah kehendak Allah, so aku terima INSTINCT ini sebagai satu anugerah yang indah dari Allah kerana sesungguhnya Dia tau apa yang terbaik untuk setiap umat-Nya. Alhamdulillah. Nampaknya aku kena belajar cara untuk menapis INSTINCT agar aku tidak terpedaya dengan INSTINCT bawaan syaitan.. weeeeeeee ^_^

LALANG oh LALANG

Kita selalu mendengar perumpamaan berbunyi UMPAMA LALANG DITIUP ANGIN yang bermaksud seseorang yang kurang berpendirian. Ditiup ke kanan dia melentok ke kanan. ditiup ke kiri dia melentok ke kiri. 


Ada manusia umpama LALANG. Sekali di tiup sekali berubah. Bila angin kanan bertiup, lalang melentok ke kiri memburukan angin kanan. Bila angin kiri bertiup kerana pangai lalang yang buruk dia akan melentok ke kanan lak untuk memfitnah angin kiri.

Kepada lalang, BERHATI-HATI. Jangan sampai angin kiri dan angin kanan bertiup serentak. Takut lalang akan patah dan tercabut dengan akar-akar sekali. Padahnya Mati kering di mamah mentari.

Untuk Angin kiri dan kanan juga harus BERHATI-HATI jangan sampai terpedaya dengan kepalsuan tarian lalang coz lalang ada duri yang boleh mengariskan luka yang GATAL. Juga jangan biar lalang tumbuh dalam taman anda. Kang merugikan coz kena beli racun lalang lak. hahaha.

INGAT...
- Bila ada manusia datang bersama cerita orang lain kepada anda, maka dia juga akan atau telahpun membawa cerita anda kepada orang lain.
- Dont trust anybody BUT trust nobody. 

NOTE: 
kepada ANGIN KIRI..

TERIMA KASIH ats kerjasama anda.. if ada apa2 lg nak tau, blh trs tnya sya.. Insya Allah sya akn jwb.. knp & mgapa.. ^_^ dan doakan je yg tbaik tuk lalang.. ^_^

..sayang kammmmoooo.. 
yang Ikhlas,
Angin Kanan

Tuesday, October 23, 2012

RAHSIA

RAHSIA aku definisikan sebagai sesuatu yang tersembunyi atau di sembunyikan. Segala sesuatu yang tersirat. Juga merangkumi sesuatu yang disimpan agar tidak diketahui oleh seseorang atau seluruh masyarakat demi kepentingan diri sendiri atau orang lain.

contoh:
- Rahsia Allah
- Rahsia ayat suci Al-Quran
- Rahsia disebalik alam
- Rahsia disebalik kelakuan
- Rahsia individu
- Rahsia negara
- Rahsia kejahatan
- Rahsia perhubungan
- agen Rahsia
- dan macam-macam rahsia ada kat dunia ni..

Selama mana pun rahsia itu di simpan.. Sekeras mana pun berusaha menyembunyikannya.. Sejauh mana pun boleh berpura-pura.. Namun jika Allah mahukan rahsia itu terlihat, ia tetap akan terbongkar.. Baik rahsia itu maka baiklah yang terlihat.. Buruk rahsia itu maka buruklah yang terlihat.. Kita tidak akan boleh menjangkakan bila, siapa dan bagaimana ia terlihat.. sehari, seminggu, sebulan, setahun, 3 tahun, 10 tahun atau setelah kita meninggal dunia.. Maka bersiap sedialah untuk menerima BAIK BURUK rahsia..

Bagaimana dengan anda?.. MENYIMPAN RAHSIA?.. jika YA, maka bersiap sedialah menerima situasi di mana rahsia anda terlihat.. Kalau pun anda berjaya menyimpan rahsia dari manusia tapi tidak dari Allah.. Sesungguhnya Dia maha mengetahui akan setiap sesuatu.. Dia mengetahui baik atau buruk setiap rahsia..

Ada situasi yang menuntut kita berahsia untuk menutup aib sesama.. Namun ia bukan alasan untuk tidak mengakui kesalahan kerana kadang-kadang kita perlu telus walaupun ia sesuatu yang sukar..

RAHSIA.. hurm.. ada rahsia yang datang sendiri menunjukkan diri tanpa di minta dan di cari.. Ia selalu hadir dalam keadaan yang tidak di jangka dan dari orang yang tidak di sangka.. ada juga rahsia yang perlu di cari untuk memberi kita jawapan pada setiap persoalan.. Seperti yang di lakukan oleh para saintis.. Berusaha bertahun-tahun untuk memecahkan segala macam rahsia alam..

So camna?.. bersediakah anda untuk menerima kejutan demi kejutan dalam hidup?.. atau sudah kah anda bersedia dengan jawapan sekiranya rahsia anda terbongkar?.. kerena pada masa tu mungkin anda dah tak boleh lari selain menerima kenyataan yang rahsia anda dah terbongkar.. takut x??.. takut x??.. jeng je jeng..  hehehe ^_^

Tuesday, October 16, 2012

TERIMA KASIH kamu

TERIMA KASIH 

kepada KAMU yang semakin rajin dan almost setiap hari INTAI2 & search2

Walaupun aku tidak tahu apa yang kamu cari..
Juga tidak tahu sama ada isi kandungan blog ini membantu kamu mendapatkan apa yang kamu cari..
Tapi semoga ia membawa SESUATU..

(sstttt aku xkan gitau org len.. HAHA)

dan Insya Allah aku akan terus update entry-entry baru untuk tatapan kamu..
tq for your support..

Muah..

tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan..
INTAI kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan..

INTAIlah siap2 ye.. takut rindu lak.. 
^_^ yiiiiihaaaaaaa..
hakhak..


Monday, October 8, 2012

beware of FRIENEMIES

FRIENEMIES ni di mana seseorang datang kepada kita untuk menjadi kawan (kononnya). Tapi sebenarnya MEREKA mempunyai niat yang kurang baik. Aku pernah mengalaminya. Aku yang tidak menyedari perkara ini melayan MEREKA dengan baik. Sehinggalah Allah menunjukkan kepadaku WAJAH sebenar mereka. KAWAN @ MUSUH dalam selimut. 
Aku percaya Allah mempunyai sebab kenapa Dia menunjukkan semua ini kepadaku walaupun selepas sekian lama dan Aku juga percaya Allah mempunyai sebab kenapa Dia membawa FRIENEMIES ini dalam hidupku. 


**FRIENEMIES**
- tikam belakang
- drama queen
- berpura-pura baik tapi dia lah orang yang paling tidak sabar ingin melihat kita sedih dan menjatuhkan kita
- mengaib dan memburukkan kita demi menutup kesilapan diri sendiri
- bercakap baik untuk mengorek rahsia kita kemudian di ceritakan kepada orang lain atau pihak yang berkepentingan
- memutar belitkan cerita demi menyembunyikan kesalahan sendiri
- memfitnah kerana cemburu
- cuba untuk mengusik dan mengambil hak kita
- HIPOKRIT
- DLL
** tapi yang pasti mereka sangat pandai berlakon dan berpura-pura baik di hadapan kita..

Dulu aku beranggapan KALAU KITA MELAYAN ORANG DENGAN BAIK MAKA MEREKA JUGA AKAN MELAYAN KITA DENGAN BAIK.. 
 tapi aku silap.. HAKIKATNYA..
Aku juga menyedari bahawa............................
 
Aku bukan jenis yang mudah membuat assumption. Sekiranya ada yang aku rasa tidak betul atau mencurigakan dan merasakan mereka adalah FRIENEMIES aku akan............................
Tapi tidak semua orang boleh menerima cara ni. Kenapa?. Bagi aku mereka mungkin tidak dapat menghadapi kenyataan bahawa Allah menunjukkan WAJAH sebenar mereka kepadaku (malu lah tu). So dengan pantas mereka mencari pelbagai-bagai alasan dan cara untuk menyorok dan mempertahankan diri. Malah ada yang cuba melemparkan kesalahan tersebut kepada orang lain. Mereka ni............................
Apapun kepada FRIENEMIES terlebih dahulu aku mohon maaf. Sesungguhnya aku tidak pandai berlakon seolah-olah aku tidak melihat WAJAH sebenar FRIENEMIES ni. Maka jangan hairan jika layanan aku berubah kerana............................
 
Aku tidak kisah kehilangan FRIENEMIES............................
Aku sedar aku juga tidak sempurna. Banyak kekurangan dalam diri ku. but at least.........
dan korang suka ataupun tidak aku tetap akan terus menjadi diri sendiri. So pada FRIENEMIES................

Ingatlah wahai FRIENEMIES............................
Sekalipun didunia kamu boleh bersembunyi di sebalik selimut dan lari dari kesalahan dengan meletakkan kesalahan itu pada orang lain melalui lakonan kamu yang kononnya mangsa dan meskipun kamu dibela didunia kerana kamu berjaya mengaburi mata orang lain dengan cara yang HIPOKRIT. tapi ingat Allah maha mengetahui dan maha adil.. di akhirat kelak kamu tetap akan memikul sendiri semua kesalahan tersebut.. 
SOONer OR LATEr... it juz da matter of TIME.. b4 everything came back 2 u.. we call it as KARMA.. kalau bukan di dunia.. pastinya di akhirat kelak..

 so I decided to not prove you wrong.. kerana bukan hak aku untuk menjatuhkan hukuman melainkan hak Allah. BUT..Insya Allah, I will prove that I'm right dengan bantuan Allah yang telah membuka sedikit demi sedikit bukti wajah FRIENEMIES.

NOTE: kepada FRIENEMIES.. go away.. sebelum aku SMASH.. ^_^

Saturday, September 22, 2012

KAWAN atau LAWAN.. tidak boleh MENGUBAH tapi boleh MEMILIH..

"Kita tidak akan mampu mengubah sesiapapun di sekeliling kita. Tapi kita boleh mengubah siapa yang kita pilih untuk berada di sekeliling kita"


Dengan kata lain, kita boleh pilih dengan siapa kita nak berkawan.
- berkawanlah dengan orang yang berjaya jika ingin berjaya
- berkawanlah dengan orang yang berperibadi baik jika ingin berperibadi baik

Yelah kalau nak pandai membaca Al-Quran berkawanlah dengan orang yang reti baca Al-Quran. Agar dia boleh membimbing kita untuk sama pandai seperti dia. Kalau pun tidak 100%, dapat sedikit ilmu pun Alhamdulillah.

Begitu juga sebaliknya. Berkawan dengan orang yang kurang ajar, mulut longkang, kuat mengumpat, memfitnah, tiada adab, tikam belakang, hipokrit, dll.. KEMUNGKINAN anda juga akan dijangkiti penyakit " kurang ajar, mulut longkang, kuat mengumpat, memfitnah, tiada adab, tikam belakang, hipokrit, dll".. kalau tidak banyak, sedikitpun mesti kena tempias.

KAWAN vs LAWAN
Inilah antara TIPS yang digunakan oleh mereka-mereka yang BERJAYA. so tidak salahkan kita memilih kawan dan menolak untuk berkawan rapat dengan sesetengah pihak.. ^_^

Surround yourself with only people who are going to lift you higher -Oprah Winfrey

Surround yourself with people who take their work seriously, but not themselves, those who work hard and play hard -Colin Powell

Surround yourself with the best people you can find, delegate authority, and don't interfere as long as the policy you've decided upon is being carried out -Ronald Reagan

I think it's important to get your surroundings as well as yourself into a positive state - meaning surround yourself with positive people, not the kind who are negative and jealous of everything you do -Heidi Klum 

Look at people for an example, but then make sure to do things your way. Surround yourself with positive people -Queen Latifah 

You have to surround yourself with people who love you and want the best for you -Mena Suvari


Thursday, September 20, 2012

KEJAR

LELAKI jangan di kejar.. kalau di kejar semakin jauh dia lari.. tapi biar dia yang mengejar.. kerana dengan sedikit cabaran dia akan lebih menghargai 1 perhubungan.


PEREMPUAN jangan gedik berhenti berlari coz nak cepat tertangkap.. tapi jadilah perempuan yang layak di kejar dan terus berlari.. dengan ini kita dapat melihat siapa yang benar-benar berusaha untuk terus mengejar..


NAMUN.. perempuan jangan lari laju sangat coz lelaki-lelaki sekarang kuat merokok or jarang senaman.. so cepat semput.. kalau dah semput dia akan benti kejar.. 

ngeee ^_^..

Monday, September 10, 2012

TIDAK SERASI

Kalau tengok cerita drama Melayu selalu menjadikan alasan TIDAK SERASI sebagai alasan untuk memutuskan hubungan. Secara jujurnya aku kurang setuju dengan alasan tersebut kerana sememangnya tiada manusia yang 100% serasi kalau itulah yang mereka harapkan.

Memang pada asasnya semua lelaki sama. Macam tu juga perempuan. Namun setiap 1 dari kita ada perbezaan. dan perbezaan itulah yang menjadikan kita istimewa dan unik. So, adakah alasan TIDAK SERASI releven?..


Baru-baru ini aku menonton ulangan bual bicara Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Membicarakan masalah kelewatan jodoh. Ahli panel jemputan ialah pengacara sensasi Azwan Ali dan Julia suria FM yang mengalami kegagalan dalam perhubungan yang serius sebanyak 4 kali. Namun bukan kelewatan jodoh yang menyebabkan aku tertarik. Tapi kata-kata dari wanita tersebut.

Ayat yang 100% sama aku tak ingat. tapi lebih kurang

bila berdoa pada Allah mengenai jodoh, mintalah pada Allah dekatkan kita dengan jodoh yang Allah dah tetapkan untuk kita dan jauhkan kita dari mereka yang bukan jodoh kita. Bukan berdoa minta Allah jodohkan kita dengan si POLAN BIN si POLAN kerana itu seperti kita memerintahkan Allah untuk meletakkan si POLAN tu sebagai jodoh kita. 

Berbicara soal jodoh. Bolehlah aku simpulkan punca perpisahan seperti TIDAK SERASI, ORANG KE TIGA, SKANDAL, TIDAK JUJUR, TIDAK TEPATI JANJI dan sebagainya hanyalah faktor yang menunjukkan bahawa DIA BUKAN JODOH KITA. So tak perlulah salahkan sesiapa atas perpisahan kerana Allah dah tetapkan, itulah yang terbaik untuk kita. Macam mana kita berusaha keras pun untuk pertahankan sesuatu hubungan sekiranya Allah tidak mengizinkan ia terjadi maka ia tetap tidak akan terjadi. Ikatan pertunangan juga bukan 1 jaminan melainkan IJAB KABUL yang dituntut oleh agama.

kerana
KITA HANYA MERANCANG TUHAN YANG MENENTUKAN
**jodoh adalah rahsia Allah**

Namun Allah tidak pernah melarang kita berusaha untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. betul tak?.. ^_^

Tuesday, July 24, 2012

NAPE MAJUK NI?

Pernah tak bf/laki/tunang korang tanya & cakap gini...
"nape majuk ni?.. i xwat apa2 pun".


Wahai lelaki ketahui lah, bahawa pompuan majuk bukan hanya kerana lelaki banyak melakukan perkara yang salah.. tetapi kadang2 pompuan akan majuk kerana lelaki tidak melakukan apa2..

**melakukan perkara yang salah**
Selain majuk sebab cemburu dan mencari perhatian.. pompuan juga majuk sebab lelaki kerap melakukan perkara2 yang pompuan tak suke dan salah bagi pompuan.. apa yang salah tak perlu terangkan kot kan.. kan.. kan.. rasanya korang pun tau bezakan apa yang salah dan betul ^_^


 **tidak melakukan apa2**
yang ni lelaki selalu tak sedar
- x kol
- x sms
- x tanya
- x gitau
- x cari
- x concern
- x alert
- x memahami
- x romantik
- x prihatin
- x beri perhatian
- x ingat tarikh
- x komen/reply status kat fb, twitter etc
- x jawab soalan
- x berubah
- x care
- x pujuk
- x terangkan
- x protective
- x wish
- dan macam2 x lagi..
dengan kata lain "i xwat apa2pun"

NOTE:
X = tak/tidak



so lelaki.. klu taknak pompuan majuk

"do something & do the right thing"..

MOOD: saje nak bagi tips kat lelaki.. coz aku dah banyak kawan dengan lelaki tapi kebanyakan mereka tidak tau kenapa pompuan majuk... hihihihi.. peace no war.. ^_^

Tuesday, July 17, 2012

TRAGEDI JULAI 2012

16 Julai 2012 Aku jatuh dalam bilik air weiiii. GEDEBUkkkkk, macam nangka busuk daaaaa. Dah la aku sorang je kat rumah. Bapa gi kebun amik lengkuas (mak pesan suh amik). Adik gi sekolah. Mak lak gi pasar beli ayam. Masa jatuh tu aku just fikir nak selamatkan kepala aku dari terkena bucu simen. (wush, klu kena kepala mau GOALLLLLLLLLL). Last2 yang jadi mangsa tangan dan badan. Tangan lebam coz aku jatuh atas tangan kiri. Badan lak habis luka2 coz terkena kat simen. Belum lagi kat belakang yang terkena bucu simen. Tesekat-sekat nafas aku menahan sakit. Dah tu tunggu ape lagi nangis lerrrr sambil bangkit dan bersihkan badan sebelum kuar tukar baju yang basah.

Tak lama lepas tu bapa balik dari amik lengkuas. Dia naik je kat umah, aku terus ngadu
"pak, kakak jatuh..." sambil nangis2 dan tunjuk luka kat tangan dan badan.
Terus bapa amik minyak dan sapu kat luka. sambil aku menangis menahan sakit (coz bapa aku urut, takut tseliuh katanya), sempatlah dengar bapa cakap "terima kasih Allah atas ujian dan cobaan-Mu. Kau lindungilah anakku Jumaia Amir dari sebarang mala petaka". Selesai buh ubat, bapa kol mak gitau aku jatuh. hah tokojut mak aku. terus dia bekejar balik rumah. riso lah tu.

After sapu minyak. Tunang aku lak kol. Aku gitau dia aku jatuh (sambil air mata meleleh2 kat pipi). Hahhh bertalu soalan kuar dari mulut tunang aku yang macam mak nenek tu. camna leh jatuh?, luka x?, kena katne?, siku sakit x?, kaki camna?, dah buh ubat?, dan bla bla bla.. last skali dia tanya ape tau.. "nanes lah ni?".. ceetttt.. nangis lah abang oi.. sakit woo.. huhuhu.. (walaupun aku xsuke nangis).

kawan2 lak semua pesan suh aku hati2 coz tengah darah manis.. ha ah manis sangat.. tu yang jadi camni kot.. hahhaha..

meh tengok gambar kecederaan aku yang tak seberapa.






Sikit2 dah lerrrr. luka len xleh tunjuk.. cencitip.. tempat2 tersorok (belakang dan blah rusuk).. hihihi.. Apapun aku bersyukur pada Allah coz aku masih hidup dan dapat kecederaan luar je. Alhamdulillah tak patah riuk.
^_^
abisssssssss.... 

Thursday, July 5, 2012

BROWN/WHITE PAPER BAG MURAH

Beberapa bulan lagi akan berlangsung hari besarku. Aku mula HUNTING dan mencari-cari pakej-pakej yang murah serta barang-barang yang aku perlukan termasuklah DOOR GIFT. Dalam proses mencari itu dan ini dalam google, aku dapati ramai kengkawan yang sedang mencari BROWN atau WHITE paper yang kini semakin menjadi pilihan kerana kosnya yang agak murah dan boleh di design mengikut citarasa sendiri. Untuk itu aku terfikir untuk membawa masuk brown/white paper bag dalam Putera Puteri Amir E-Shop. dan dijual dengan harga yang sangat berbaloi. Hanya RM50 untuk 500 keping brown paper bag.. Murah kan?.. terdapat pelbagai pilihan lain dengan harga MAMPU MILIK'. Yang berminat bolehlah melawat PPA Door Gitfs di alamat Facebook berikut.

LOG IN ke FACEBOOK ANDA.. kemudian view PAGE PUTERA PUTERI AMIR DOOR GIFTs.. ^_^


http://www.facebook.com/PuteraPuteriAmirDoorGifTs or emailkan sebarang pertanyaan ke amirs_puteri@yahoo.com