Followers

Pages

Wednesday, June 29, 2011

Diperlihat 10 seksaan wanita

KETIKA peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w dibawa menaiki buraq menuju ke Kaabah untuk proses pembersihan hati.

Nabi Muhammad s.a.w turut mengalami pelbagai peristiwa, antaranya dada Baginda dibedah malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dada Rasulullah.

Selepas itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimun nubuwwah". Selesai pembedahan, baginda menaiki Buraq meneruskan perjalanan luar biasa itu. Semasa perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, sepanjang perjalanan itu Rasulullah diiringi malaikat Jibrail dan Israfil.

Tiba di tempat mulia dan bersejarah Rasulullah diarah Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah, Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu daripada Allah serta Baitul-Laham iaitu tempat Nabi 'Isa a.s dilahirkan.

Dalam perjalanan itu, Baginda menghadapi gangguan jin ifrit dengan obor api. Peristiwa itu memperingatkan kepada kita syaitan dan iblis tidak jemu menyesatkan dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.

Dalam perjalanan Rasulullah ke Masjidil Al-Aqsa, Baginda melihat beberapa gambaran antara langit dan bumi. Antara pelajaran yang dapat diambil dari peristiwa itu ialah mengenai wanita. Rasulullah s.a.w melewati satu daerah yang mana baunya sangat harum seperti bau kasturi. Baginda bertanya kepada Jibril, daerah apakah yang sedang mereka lewati.

Jibril menjawab: ''Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga.'' Dia adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah yang kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah memiliki semangat dan jiwa keIslaman kuat hingga mampu mengenepikan keangkuhan Firaun. Kerana kekejaman Firaun, dia dan yang lainnya terpaksa menyembunyikan keimanan mereka. Pada suatu hari, ketika Masyitah menyisir rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, dia menyebut nama Allah. Ketika sang puteri mendengarnya, bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu? Masyitah pada awalnya enggan menjawab, tetapi setelah didesak berkali-kali, dia akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.

Puteri itu mengadu hingga menyebabkan Firaun sangat marah mengetahui Masyitah menyembah tuhan selain dirinya. Masyitah dipaksa Firaun agar mengakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan. Tetapi dengan penuh keberanian dia berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah." Kata-kata tersebut menimbulkan kemarahan Firaun. Lalu dia memerintahkan menterinya, Hammam, agar membuat patung sapi dari tembaga dan diisi minyak untuk merebus Masyitah dan keluarganya.

Ketika tiba giliran bayinya dimasukkan ke patung sapi, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada keinginan Firaun kerana sangat sayang kepada anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah terjadinya kejadian luar biasa. Secara tiba-tiba bayi itu dengan fasih berkata: "Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di jalan yang benar." Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan ''Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa''. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini diperingati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa Israk dan Mikraj.

Dalam perjalanan terbabit Baginda diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita hingga Rasulullah s.a.w menangis apabila mengenangkannya. Di antaranya

1) Perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya dari pandangan lelaki lain.

2) Seksaan lain ialah perempuan yang digantung dengan lidah, tangannya dikeluarkan dari punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan perkataan.

3) Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa izin dari suaminya.

4) Ada pula perempuan yang diikat kedua kakinya serta kedua tangannya sampai ke ubun-ubun, dililit oleh beberapa ekor ular dan kala jengking. Itu adalah balasan kepada perempuan yang mampu solat dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak wuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa izin suaminya dan tidak mandi bersuci setelah haid dan nifas.

5) Baginda kemudian melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri sedangkan di bawahnya ada api yang menyala. Golongan itu adalah perempuan yang berhias agar dilihat oleh lelaki lain dan suka menceritakan keburukan orang lain.

6) Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka membanggakan diri sendiri agar orang melihat perhiasannya.

7) Selain itu, baginda turut menyaksikan seksaan terhadap perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keledai. Mereka suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

8) Ada juga perempuan yang Baginda lihat, wajahnya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya lalu keluar melalui duburnya. Ia adalah akibat daripada perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Dipererlihat10seksaanwanita/Article

Saturday, June 25, 2011

ML the best

JAMBU : Purnama merindu, teratai layu di tasik madu.. apa pun tak boleh... wakakkaka
NABIL: dari lalat jadi orang tak tentu arah... wakakkakak
JOZAN: begitulah awam nano nano nano... wakakkakaka
SEPAH: kenapa abang dah tak mesra dengan saya?.. saya belum manopaus lagi... wakakkakaka....... free apa.... saya dah lama perasan.. awak memang bodoh.... wakakakkak...

OMG.. OMG... nak putus usus aku gelak tengok Maharaja Lawak... kena lak member aku gi post video ni kat wall aku... tengok sekali lagi....

khas tok JUMAIA HAJI AMIR... wakakkaka....


Jumaia Haji Amir eloklah awak bg tau awal.. blh ckp ngan tok imam.. tanam awak tbalik.... wakakkakka.. blh lak gitu.... gelak aziee gelak... hahhaha


Miszz Zee hahahahha......terperanjat boboy...

Akhirnya rakyat Malaysia telah mengangkat SEPAH sebagai Juara.. tempat kedua JOZAN... tempat ketiga NABIL... dan keempat JAMBU... apapun mereka semua TERBAIK... dan sememangnya layak untuk ke final.. ni antara persembahkan pada malam akhir... ENJOY!!!!!!.....















wakakakakka... gelak terus gelak...... huahua....

Wednesday, June 22, 2011

Adab-Adab Berhadapan Dengan Suami

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab.

Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

SUMBER : http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/2478-adab-adab-berhadapan-dengan-suami.html#.TgF9rzcWivI;facebook

Monday, June 20, 2011

dia yang ku panggil BAPA HAJI

19 June 2011 merupakan HARI BAPA... Bila sebut bapa mesti berkaitan dengan insan yang bertanggungjwab membawa kita ke dunia ni... Bapa juga dikenali dengan pelbagai sebutan lain seperti ayah, abi, abah, appa, papa, daddy dan sebagainya...



BAPA HAJI.. Itu lah panggilan untuk insan yang amat ku hormati... Dia seorang yang sangat mementingkan disiplin.. Tegas.. Gigih... Tabah... dan kerana perwatakannya yang kami anggap 'garang' itu lah semua ahli keluarga (jauh atau dekat) sangat menghormati beliau... Tidak seorang pun yang berani meninggi suara atau mengangkat muka bila dia sedang marah... Kadang-kadang aku rasa tertekan juga bila menjadi mangsa kemarahan Bapa Haji... Terlalu banyak pengalaman pahit manis yang dia coretkan dalam lipatan sejarah hidupku... Mari aku kongsikan sebahagian darinya...
  • Dia akan membebel bila aku tidak membantu dalam kerja-kerja rumah.. (membebel mengalahkan Mak Hajah)...
  • Dia akan pukul dan rotan anak-anak yang tidak mendengar kata...
  • Setiap kali aku merengek kerana ingin ikut dia ke bandar, dia akan mengunyah halia dan sembur ke mukaku.. (lepas tu aku serik nak merengek.. klu merengek pun aku siap2 pejam mata sekuat hati sebelum kena sembur.. wakakkaka)
  • Dia bertanggungjawab dalam mencorak peribadi anak-anak agar menjadi anak yang menghormati orang lain, bertanggungjawab, sayang menyayang, berdikari dan tidak bersuara bila tidak perlu (aku selalu di marah apabila menyampuk dlm perbualan.. sejak dari itu aku lbh sk diam)...
  • Bertanggungjawb mengajar aku mengaji Al-Quran.. Dengan rotan di tangan...
  • Dia juga bertanggungjawab mengajar aku menghafal sifir.. sebatang lidi akan di patahkan kepada 40 bahagian... (bermakna aku kena baca sifir 40 kali dalam sehari)
  • Dia tidak akan berkompromi pada sebarang kesilapan... Denda akan dikenakan..
  • Bila aku tidur dalam suasana kampung (banyak nyamuk), dia akan berjaga untuk mengipas-gipas kami dengan kain sarung bagi menghalau nyamuk... (tu pun adik aku Mimee yang perasan bila dia terjaga kira-kira pukul 2am dan dia melihat bapa haji berjaga tuk mengipas kami)
  • Dia menyapu air mataku bila aku menangis dalam tidur kerana ada orang koyak buku latihan kemahiran hidup ku... dan aku terjaga... aku terdengar dia marah (tak tau sapa yang kena marah) sebab buat aku menangis...
  • Semasa kaki ku luka terkena titisan getah yang terbakar dia yang membasuh luka dan menukar pembalut untukku setiap hari.. (haaa nakal lagi main api)..
  • Bila aku sakit perut dia berjaga untuk memastikan aku tidur dengan cara menyapu lembut perutku...
  • Semasa aku sakit kerana perut sensitif dan aku teringin makan jagung.. Dia risau kerana jagung tersebut banyak serabut.. maka dia potong-potong isi jagung tersebut sebelum beri aku makan... Dia juga akan merasa setiap makanan sebelum berikannya kepadaku bagi mengelakkan aku termakan makanan pedas dan masam...
  • Berpain-pain darah telah dia dermakan kepadaku...
  • Dia akan turut menangis bila aku menangis kesakitan... (setelah dia berusaha menahan tapi tidak berjaya)..
  • Bila ditimpa kesulitan dia akan menangis pada waktu malam di kala semua orang sedang tidur...
  • Dia sering mengambil peluang untuk memberi nasihat kepada kami atau memohon maaf sekiranya dia melakukan kesilapan selepas selesai solat Maghrib (berjemaah)..
  • Bila aku teringin makan sesuatu dia sedaya upaya akan mengabulkannya pada keesokan hari...
  • Dia suka bakar jagung dan panggang ayam apabila kami balik kampung... (^_^)

Aaaahhh, terlalu banyak untuk disenaraikan.. Aku tidak akan mampu membalas segala jasa dan pengorbanan Bapa Haji... Aku ingin dia tau bahawa AKU SANGAT SAYANGKAN DIA... Bapa balik nanti kakak tolong bapa potong kuku macam selalu ye.. (^_^)

Friday, June 10, 2011

SEARCH

nampaknya dah semakin ramai yang search JUMAIA HAJI AMIR
kat google tuk melawat blog ni... also tuk cari maklumat berkenaan AKU pastinya... or untuk melawat facebook milik AKU jua...
mmm... Kepada yang masih berminat untuk mengetahui perkembangan diriku.. TQ.. TQ.. Jangan risau maklumat anda akan direcordkan untuk penghargaan..

MUAH.... (^_^)

Friday, June 3, 2011

My FAMILY

Gambarkan keluarga anda: DISIPLIN, LESS TALK MORE WORK

Gambarkan diri anda: DEGIL, EASY TO FORGIVE HARD TO FORGET (sila baca http://normayaristia.blogspot.com/2011/01/jangan-ajar-aku-menjadi-kurang-ajar.html)

Gambarkan Ayah anda: TEGAS

Gambarkan Ibu anda: WORK HARD

Gambarkan Abang anda: PERFECTIONIST

Gambarkan Adik perempuan anda: SABAR

Gambarkan Adik lelaki anda: SIMPLE

Siapa yang paling anda sayang: MAK

Siapa yang anda sayang: BAPA HAJI & ADIK BERADIK

Siapa yang anda takuti: BAPA HAJI & ALONG

Siapa yang paling manja: MIMEE & ABANG SYAWAL

Paling rapat dengan anda: MIMEE & MAK HAJAH

Orang pertama yang akan tahu kalau anda sakit: MIMEE

Orang pertama yang anda kol bila pergi jauh: ALONG (kali pertama berjauhan dengan keluarga masa gi study kat UUM. Kol along tuk gitau dia aku slmt smp n aku tak suka study kt uum. Tapi tu berdasarkan pandangan pertama aku. Bl dh lama I LOVE UUM..)

Orang pertama yang anda ingat bila buat salah: BAPA HAJI

Orang yang selalu anda marah: ABANG SYAWAL

Perkara yang membuat anda gembira: BILA SETIAP AHLI KELUARGA SALING MENERIMA KELEBIHAN/KEKURANGAN, MEMAHAMI & SAYANG MENYAYANG TANPA DIJEJASKAN OLEH ORANG LUAR (walau apapun fitnah yang dilemparkan, setiap ahli tetap ada utk mnyokong)

Perkara yang membuat anda sedih: BILA ADA YANG MULA KURANG MEMAHAMI, BERGADUH & KEHILANGAN

Hadiah paling berharga: KASIH SAYANG DAN PERHATIAN

Hadiah dari anda untuk keluarga: EVERYTHING I HAVE.. (Sanggup tinggalkan semua termasuk harta, cinta & nyawa.. demi mereka).. NO DOUBT

Peristiwa yang sangat mengharukan anda: BILA TENGOK MAK HAJAH TIDUR DI KERUSI SEBAB TEMANKAN AKU DI HOSPITAL, BILA MIMEE/BAPA HAJI/ABANG MENANGIS, BILA ALONG SAPU LENGAN AKU YANG LEBAM


**I LOVE MY FAMILY**