Followers

Pages

Sunday, June 24, 2012

FASA PERUBAHAN LELAKI

Wanita yang nak/dah bertunang, nak/dah berkahwin kena membuat persiapan mental kerana menurut Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah lelaki biasanya akan berubah mengikut fasa berikut.

lelaki sebagai KEKASIH lain perangai/ragam

bila dah TUNANG lain perangai/ragam

dah jadi SUAMI lain perangai/ragam

jadi AYAH lain perangai/ragam

Berbeza dengan wanita yang akan kekal menjadi dirinya dari sebelum dan selepas kahwin. Jika dia jenis yang suka bercakap dan membebel maka dia akan terus bercakap dan membebel. Jika dia seorang yang pendiam maka dia akan tetap pendiam. Jadi???.. bolehlah aku simpulkan "apabila seorang wanita sayangkan seseorang, dia tetap akan sayang sampai bila-bila".. macam mana dengan lelaki lak?. ada sesiapa yang boleh bagi jawapan?.

MOOD: risau since xlama lagi dah nak kawin.. huhuhuhu

Apapun perubahannya, aku sentiasa ingatkan diri untuk menjadi yang terbaik.. kerana LELAKI YANG BAIK UNTUK WANITA YANG BAIK dan sebaliknya WANITA YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK. Bukan beerti lelaki/perempuan yang pernah JAHAT tidak layak mendapatkan yang baik kerana sesungguhnya setiap manusia layak mendapatkan yang terbaik untuk diri dan hidupnya. Tetapi dengan syarat dia kena berubah dan memperbaiki dirinya menjadi lebih baik terlebih dahulu untuk mendapatkan yang juga terbaik..


Ya Allah apapun yang berlaku dalam FASA PERUBAHAN LELAKI, aku berdoa semoga ia adalah perubahan yang positif dan baik. Agar lelaki yang bakal menjadi ketua keluarga itu boleh menjadi ketua keluarga yang baik, Imam yang baik, suami yang baik, ayah yang baik, pembimbing yang baik dan pelindung yang baik untukku serta umat yang baik untuk-Mu, ya Allah.. AMIN..

Saturday, June 23, 2012

IF TOMORROW NEVER COMES

Kali ni aku nak tulis entry berkaitan IF TOMORROW NEVER COME. korang pernah tengok cerita LOVE is CINTA tak?.. yang mana lelaki ni tak reti melafazkan rasa cintanya.. sehinggalah ajal menjemputnya dan dia menyesal kerana tidak meluahkan apa yang dia rasa pada gadis yang dia cintai. citer ni a bit mengarut bila malaikat maut bagi roh lelaki tu peluang selama 3 hari tuk luahkan rasa sebelum dia di bawa ke alam lain. tapi bukan tu persoalannya. Persoalannya ialah kenapa tidak lakukan perkara yang perlu anda lakukan pada masa itu?.. kenapa nak berlengah sehingga kesempatan tu hilang baru nak menyesal.

TIPS:
Mario Teguh "golden ways"
** BUKTIKAN RASA CINTA AGAR ORANG YANG ANDA CINTAI MERASA DI CINTA

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
** LELAKI BEKERJA KERAS SEBAGAI BUKTI CINTA?????.....
KERJA & CINTA ADALAH BERBEZA. KERJA IALAH KERJA, KAT RUMAH LUAHKAN RASA CINTA DENGAN CARA YANG WANITA SUKA


Dalam rancangan Golden Ways by Mario Teguh dengan tajuk perbincangan "If Tomorrow Never Come". Seorang lelaki bertanya pada Mario, "camna nak luahkan rasa sayang/cinta kpd wanita contohnya ibu kita?".. spontan Mario meminta lelaki tu terus memegang microphone sambil mengikuti percakapannya. lelaki tu menurut..


MARIO: saya..
LELAKI: saya.. 
MARIO: sayang..
LELAKI: sayang..
MARIO:  ibu..
LELAKI: ibu..
MARIO: mudahkan?.. luahkan.. bagi tau pada dia "saya sayang ibu".. kerana seorang wanita sentiasa menantikan kata-kata itu. segerakan apa yang perlu anda lakukan sekarang sebelum terlambat. jika anda masih boleh memegang pipi seorang ibu, peluk dia, cium dia, kerana satu saat kita akan kehilangan dia.


Persoalan lain yang di timbulkan dalam rancangan tersebut ialah apa yang perlu kita lakukan bila orang yang kita sayang tidak sedar kita menyayangi dia. Normally lelaki mempunyai masalah untuk menunjukkan rasa sayangnya dan amat susah tuk mengubah kenyataan tu. Jadi apa yang perlu kita lakukan?.

Wanita/isteri kena set dalam kepala
** "KITA TIDAK AKAN TAU BILA SEORANG SUAMI MENANGIS DI SAAT ISTERI SEDANG NYENYAK TIDUR.. MAKA SAYANGI SUAMI ANDA KERANA ANDA TIDAK AKAN TAU BETAPA DIA INGIN MENYAYANGI ANDA DENGAN SEPENUH HATI" -mario teguh-

"Bila ada yang tak sedar kita sayang pada dia.. perkara pertama yang kita rasa dalam hati ialah sedih dan terpinggir.. untuk itu besarkan hati dan cinta kita.. jangan merasa kecil walau kita diperkecilkan oleh sesetengah pihak.. kerana orang tak kan meninggalkan dan mengabaikan mereka yang memiliki kebesaran cinta" -mario teguh-

so POSITIFKAN CINTA kerana
"Hubungan cinta akan muncul ketika ada sepasang manusia yang saling memberikan perasaan positif satu sama lain" -copied: cinta dalam pandangan psikologi-

^_^ DECLARE YOUR LOVE BEFORE ITS TOO LATE

Monday, June 18, 2012

HEBOH vs SOROK

Sekarang aku dah jadi pengikut fan page Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Aku mula terpikat ngan Dato' bila aku tengok DILEMA WANITA. yang mana setiap pengakhir cerita Dato' akan memberi sedikit ulasan mengenai permasalahan dalam cerita. dan kalau blogger-blogger perasan, ada beberapa post Normaya Aristia yang menyelitkan kata-kata dari dato.
** pikat LELAKI & WANITA
** MERTUA vs MENANTU
 
sekarang aku ingin kongsi beberapa lagi kata-kata dari dato..
 
Yang baik hebah-hebah.. Yang buruk sorok-sorok..
Contoh Majlis doa selamat selepas nikah adalah untuk menghebahkan pkara baik bahawa pasangan tersebut telah berpunya dan sebagai amaran 'tak boleh takel mereka lagi'.. ^_^ Orang yang baik tidak akan menghina orang lain tetapi akan sorok benda buruk..
contohnya:
- seorang suami/isteri tidak akan menghebahkan keburukan isteri/suaminya demi mengurat perempuan/lelaki lain..
- seorang manusia tidak akan memburukkan orang lain demi mendapat perhatian..
- seorang kawan tidak akan membuka keburukan kawannya..
 
NOTE: saya xbyk cakap, bgosip or menghebah.. juz akan bcakap bl plu.. slainnya sya byk memerhati & diam slagi boleh.. tapi klu ada yang melampau sehingga memaksa sya bcakap.. Berasaplah telinga korang.. 


BUAT APA YANG MANUSIA DAN ALLAH SUKA.. JANGAN BUAT APA YANG MANUSIA SUKA TAPI ALLAH TIDAK SUKA..
manusia sekarang lebih gembira buat apa yang manusia suka tapi lupa apa yang Allah suka.. Lebih bangga melakukan perkara-perkara yang di benci Allah dari yang disuka Allah..


UBAH DIRI SENDIRI SEBELUM UBAH ORANG LAIN
Ramai orang tunggu terantuk dengan parah baru nak berubah. Mari cari titik perubahan positif untuk hijrah diri. kita berubah bila
1) dapat ilham dari Allah
2) dapat ilmu baru & diamalkan
3) kena musibah
4) benar-benar ingat mati
5) ditegur atau kena marah
6) dinasihati/ di kaunsel
7) disindir/ cabar
8) dipermalukan
9) dirangsang
10) diberi peluang kedua
11) belajar dari silap sendiri atau silap orang lain
12) kenalpasti kelemahan diri & azam nak berubah
13) melakukan haji / umrah
14) dapat kawan dikalangan ulama/cendekiawan
15) nak bentuk budaya dir yang baru dan cemerlang
sumber: fan page Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
 

SEMOGA ALLAH BERI KITA PELUANG & KEKUATAN UNTUK BERUBAH KE ARAH KECEMERLANGAN..