Followers

Pages

Monday, June 18, 2012

HEBOH vs SOROK

Sekarang aku dah jadi pengikut fan page Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Aku mula terpikat ngan Dato' bila aku tengok DILEMA WANITA. yang mana setiap pengakhir cerita Dato' akan memberi sedikit ulasan mengenai permasalahan dalam cerita. dan kalau blogger-blogger perasan, ada beberapa post Normaya Aristia yang menyelitkan kata-kata dari dato.
** pikat LELAKI & WANITA
** MERTUA vs MENANTU
 
sekarang aku ingin kongsi beberapa lagi kata-kata dari dato..
 
Yang baik hebah-hebah.. Yang buruk sorok-sorok..
Contoh Majlis doa selamat selepas nikah adalah untuk menghebahkan pkara baik bahawa pasangan tersebut telah berpunya dan sebagai amaran 'tak boleh takel mereka lagi'.. ^_^ Orang yang baik tidak akan menghina orang lain tetapi akan sorok benda buruk..
contohnya:
- seorang suami/isteri tidak akan menghebahkan keburukan isteri/suaminya demi mengurat perempuan/lelaki lain..
- seorang manusia tidak akan memburukkan orang lain demi mendapat perhatian..
- seorang kawan tidak akan membuka keburukan kawannya..
 
NOTE: saya xbyk cakap, bgosip or menghebah.. juz akan bcakap bl plu.. slainnya sya byk memerhati & diam slagi boleh.. tapi klu ada yang melampau sehingga memaksa sya bcakap.. Berasaplah telinga korang.. 


BUAT APA YANG MANUSIA DAN ALLAH SUKA.. JANGAN BUAT APA YANG MANUSIA SUKA TAPI ALLAH TIDAK SUKA..
manusia sekarang lebih gembira buat apa yang manusia suka tapi lupa apa yang Allah suka.. Lebih bangga melakukan perkara-perkara yang di benci Allah dari yang disuka Allah..


UBAH DIRI SENDIRI SEBELUM UBAH ORANG LAIN
Ramai orang tunggu terantuk dengan parah baru nak berubah. Mari cari titik perubahan positif untuk hijrah diri. kita berubah bila
1) dapat ilham dari Allah
2) dapat ilmu baru & diamalkan
3) kena musibah
4) benar-benar ingat mati
5) ditegur atau kena marah
6) dinasihati/ di kaunsel
7) disindir/ cabar
8) dipermalukan
9) dirangsang
10) diberi peluang kedua
11) belajar dari silap sendiri atau silap orang lain
12) kenalpasti kelemahan diri & azam nak berubah
13) melakukan haji / umrah
14) dapat kawan dikalangan ulama/cendekiawan
15) nak bentuk budaya dir yang baru dan cemerlang
sumber: fan page Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
 

SEMOGA ALLAH BERI KITA PELUANG & KEKUATAN UNTUK BERUBAH KE ARAH KECEMERLANGAN..

No comments:

Post a Comment