Followers

Pages

Tuesday, October 30, 2012

INSTINCT

INSTINCT atau dengan kata lain NALURI atau GERAK HATI. Wanita di kurniakan dengan INSTINCT yang lebih kuat dari lelaki. Dengan ini wanita sering saja dapat merasakan kelainan dalam hati sekiranya ada sesuatu yang AKAN atau TELAH berlaku.

Disebabkan faktor ini dalam setiap ceramah Dr. Fadzilah Kamsah mengenai rumahtangga, beliau sering menasihati para lelaki @ suami agar tidak membohongi wanita @ isteri kerana kebohongan tersebut pasti akan diketahui. Bukan hanya lelaki, tetapi juga pada wanita yang berniat tuk membohongi wanita lain. Waspadalah.

Aku sebagai seorang wanita juga memiliki kelebihan kurniaan Allah ini (mungkin aku dapat dari bapa ku yang juga di anugerahkan gerak hati yang sangat kuat walaupun dia lelaki). Mungkin tidak 100% INSTINCT tepat atau boleh dipercayai. Namun hampir kesemua INSTINCTku membawa aku kepada jawapan untuk setiap persoalan atau pada bukti yang membantuku membongkar kebohongan manusia-manusia (lelaki dan wanita) yang hipokrit.

Kadang-kadang aku meminta agar Allah mengurangkan INSTINCTku. Agar aku tidak melihat perkara-perkara yang aku tidak ingin lihat dan tidak tahu perkara-perkara yang aku tidak ingin tahu. Bak kata kakak ipar gue, lebih baik tidak tahu dari tahu. Namun INSTINCT juga membantu kita agar lebih berhati-hati dengan perkara-perkara mendatang.


betul tak?.. 

Apa yang ada dalam diri kita adalah kehendak Allah, so aku terima INSTINCT ini sebagai satu anugerah yang indah dari Allah kerana sesungguhnya Dia tau apa yang terbaik untuk setiap umat-Nya. Alhamdulillah. Nampaknya aku kena belajar cara untuk menapis INSTINCT agar aku tidak terpedaya dengan INSTINCT bawaan syaitan.. weeeeeeee ^_^

LALANG oh LALANG

Kita selalu mendengar perumpamaan berbunyi UMPAMA LALANG DITIUP ANGIN yang bermaksud seseorang yang kurang berpendirian. Ditiup ke kanan dia melentok ke kanan. ditiup ke kiri dia melentok ke kiri. 


Ada manusia umpama LALANG. Sekali di tiup sekali berubah. Bila angin kanan bertiup, lalang melentok ke kiri memburukan angin kanan. Bila angin kiri bertiup kerana pangai lalang yang buruk dia akan melentok ke kanan lak untuk memfitnah angin kiri.

Kepada lalang, BERHATI-HATI. Jangan sampai angin kiri dan angin kanan bertiup serentak. Takut lalang akan patah dan tercabut dengan akar-akar sekali. Padahnya Mati kering di mamah mentari.

Untuk Angin kiri dan kanan juga harus BERHATI-HATI jangan sampai terpedaya dengan kepalsuan tarian lalang coz lalang ada duri yang boleh mengariskan luka yang GATAL. Juga jangan biar lalang tumbuh dalam taman anda. Kang merugikan coz kena beli racun lalang lak. hahaha.

INGAT...
- Bila ada manusia datang bersama cerita orang lain kepada anda, maka dia juga akan atau telahpun membawa cerita anda kepada orang lain.
- Dont trust anybody BUT trust nobody. 

NOTE: 
kepada ANGIN KIRI..

TERIMA KASIH ats kerjasama anda.. if ada apa2 lg nak tau, blh trs tnya sya.. Insya Allah sya akn jwb.. knp & mgapa.. ^_^ dan doakan je yg tbaik tuk lalang.. ^_^

..sayang kammmmoooo.. 
yang Ikhlas,
Angin Kanan

Tuesday, October 23, 2012

RAHSIA

RAHSIA aku definisikan sebagai sesuatu yang tersembunyi atau di sembunyikan. Segala sesuatu yang tersirat. Juga merangkumi sesuatu yang disimpan agar tidak diketahui oleh seseorang atau seluruh masyarakat demi kepentingan diri sendiri atau orang lain.

contoh:
- Rahsia Allah
- Rahsia ayat suci Al-Quran
- Rahsia disebalik alam
- Rahsia disebalik kelakuan
- Rahsia individu
- Rahsia negara
- Rahsia kejahatan
- Rahsia perhubungan
- agen Rahsia
- dan macam-macam rahsia ada kat dunia ni..

Selama mana pun rahsia itu di simpan.. Sekeras mana pun berusaha menyembunyikannya.. Sejauh mana pun boleh berpura-pura.. Namun jika Allah mahukan rahsia itu terlihat, ia tetap akan terbongkar.. Baik rahsia itu maka baiklah yang terlihat.. Buruk rahsia itu maka buruklah yang terlihat.. Kita tidak akan boleh menjangkakan bila, siapa dan bagaimana ia terlihat.. sehari, seminggu, sebulan, setahun, 3 tahun, 10 tahun atau setelah kita meninggal dunia.. Maka bersiap sedialah untuk menerima BAIK BURUK rahsia..

Bagaimana dengan anda?.. MENYIMPAN RAHSIA?.. jika YA, maka bersiap sedialah menerima situasi di mana rahsia anda terlihat.. Kalau pun anda berjaya menyimpan rahsia dari manusia tapi tidak dari Allah.. Sesungguhnya Dia maha mengetahui akan setiap sesuatu.. Dia mengetahui baik atau buruk setiap rahsia..

Ada situasi yang menuntut kita berahsia untuk menutup aib sesama.. Namun ia bukan alasan untuk tidak mengakui kesalahan kerana kadang-kadang kita perlu telus walaupun ia sesuatu yang sukar..

RAHSIA.. hurm.. ada rahsia yang datang sendiri menunjukkan diri tanpa di minta dan di cari.. Ia selalu hadir dalam keadaan yang tidak di jangka dan dari orang yang tidak di sangka.. ada juga rahsia yang perlu di cari untuk memberi kita jawapan pada setiap persoalan.. Seperti yang di lakukan oleh para saintis.. Berusaha bertahun-tahun untuk memecahkan segala macam rahsia alam..

So camna?.. bersediakah anda untuk menerima kejutan demi kejutan dalam hidup?.. atau sudah kah anda bersedia dengan jawapan sekiranya rahsia anda terbongkar?.. kerena pada masa tu mungkin anda dah tak boleh lari selain menerima kenyataan yang rahsia anda dah terbongkar.. takut x??.. takut x??.. jeng je jeng..  hehehe ^_^

Tuesday, October 16, 2012

TERIMA KASIH kamu

TERIMA KASIH 

kepada KAMU yang semakin rajin dan almost setiap hari INTAI2 & search2

Walaupun aku tidak tahu apa yang kamu cari..
Juga tidak tahu sama ada isi kandungan blog ini membantu kamu mendapatkan apa yang kamu cari..
Tapi semoga ia membawa SESUATU..

(sstttt aku xkan gitau org len.. HAHA)

dan Insya Allah aku akan terus update entry-entry baru untuk tatapan kamu..
tq for your support..

Muah..

tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan..
INTAI kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan..

INTAIlah siap2 ye.. takut rindu lak.. 
^_^ yiiiiihaaaaaaa..
hakhak..


Monday, October 8, 2012

beware of FRIENEMIES

FRIENEMIES ni di mana seseorang datang kepada kita untuk menjadi kawan (kononnya). Tapi sebenarnya MEREKA mempunyai niat yang kurang baik. Aku pernah mengalaminya. Aku yang tidak menyedari perkara ini melayan MEREKA dengan baik. Sehinggalah Allah menunjukkan kepadaku WAJAH sebenar mereka. KAWAN @ MUSUH dalam selimut. 
Aku percaya Allah mempunyai sebab kenapa Dia menunjukkan semua ini kepadaku walaupun selepas sekian lama dan Aku juga percaya Allah mempunyai sebab kenapa Dia membawa FRIENEMIES ini dalam hidupku. 


**FRIENEMIES**
- tikam belakang
- drama queen
- berpura-pura baik tapi dia lah orang yang paling tidak sabar ingin melihat kita sedih dan menjatuhkan kita
- mengaib dan memburukkan kita demi menutup kesilapan diri sendiri
- bercakap baik untuk mengorek rahsia kita kemudian di ceritakan kepada orang lain atau pihak yang berkepentingan
- memutar belitkan cerita demi menyembunyikan kesalahan sendiri
- memfitnah kerana cemburu
- cuba untuk mengusik dan mengambil hak kita
- HIPOKRIT
- DLL
** tapi yang pasti mereka sangat pandai berlakon dan berpura-pura baik di hadapan kita..

Dulu aku beranggapan KALAU KITA MELAYAN ORANG DENGAN BAIK MAKA MEREKA JUGA AKAN MELAYAN KITA DENGAN BAIK.. 
 tapi aku silap.. HAKIKATNYA..
Aku juga menyedari bahawa............................
 
Aku bukan jenis yang mudah membuat assumption. Sekiranya ada yang aku rasa tidak betul atau mencurigakan dan merasakan mereka adalah FRIENEMIES aku akan............................
Tapi tidak semua orang boleh menerima cara ni. Kenapa?. Bagi aku mereka mungkin tidak dapat menghadapi kenyataan bahawa Allah menunjukkan WAJAH sebenar mereka kepadaku (malu lah tu). So dengan pantas mereka mencari pelbagai-bagai alasan dan cara untuk menyorok dan mempertahankan diri. Malah ada yang cuba melemparkan kesalahan tersebut kepada orang lain. Mereka ni............................
Apapun kepada FRIENEMIES terlebih dahulu aku mohon maaf. Sesungguhnya aku tidak pandai berlakon seolah-olah aku tidak melihat WAJAH sebenar FRIENEMIES ni. Maka jangan hairan jika layanan aku berubah kerana............................
 
Aku tidak kisah kehilangan FRIENEMIES............................
Aku sedar aku juga tidak sempurna. Banyak kekurangan dalam diri ku. but at least.........
dan korang suka ataupun tidak aku tetap akan terus menjadi diri sendiri. So pada FRIENEMIES................

Ingatlah wahai FRIENEMIES............................
Sekalipun didunia kamu boleh bersembunyi di sebalik selimut dan lari dari kesalahan dengan meletakkan kesalahan itu pada orang lain melalui lakonan kamu yang kononnya mangsa dan meskipun kamu dibela didunia kerana kamu berjaya mengaburi mata orang lain dengan cara yang HIPOKRIT. tapi ingat Allah maha mengetahui dan maha adil.. di akhirat kelak kamu tetap akan memikul sendiri semua kesalahan tersebut.. 
SOONer OR LATEr... it juz da matter of TIME.. b4 everything came back 2 u.. we call it as KARMA.. kalau bukan di dunia.. pastinya di akhirat kelak..

 so I decided to not prove you wrong.. kerana bukan hak aku untuk menjatuhkan hukuman melainkan hak Allah. BUT..Insya Allah, I will prove that I'm right dengan bantuan Allah yang telah membuka sedikit demi sedikit bukti wajah FRIENEMIES.

NOTE: kepada FRIENEMIES.. go away.. sebelum aku SMASH.. ^_^