Followers

Pages

Tuesday, October 22, 2013

TIDAK SEMPAT

Hari ini 22 Oktober 2013 genap 7 tahun bapa mertuaku (papa) kembali kepada Penciptanya.

CAMNA AKU TAU?.. melalui status FB mama @ mak mertuaku

Walaupun aku tidak berkesempatan untuk berjumpa dan berkenalan dengan papa (NOTE: aku hadir dalam hidup suamiku setelah pemergian arwah), namun aku selalu cuba mendekatkan diri dengan papa melalui cerita-cerita suami.

Teringat dialog suami ketika dia membawa aku ke pusara papa beberapa hari selepas kami bernikah.

"Papa.. ni lah menantu Papa.. Maya.. kami nikah 18 januari lepas.." sambil dia bersih2kan pusara papa. 

Bergenang air mataku. Dalam hati aku berdoa semoga Arwah tenang di sana, di tempatkan bersama orang-orang yang beriman, seluruh amalnya diterima dan dirahmati Allah selalu. Amin.
 Al-Fatihah
-dari Allah kita datang. kepada Allah jua kita kembali-

Monday, October 14, 2013

AIDIL ADHA pertamaku

10 Zulhijah 1434 Hijrah jatuh pada 15 Oktober 2013 
bersamaan hari Selasa..


Seperti juga RAMADHAN dan AIDIL FITRI, Aidil Adha ini juga Raya Korban pertamaku sebagai seorang isteri dan buat pertama kali juga aku akan beraya bersama keluarga suami yang kini juga menjadi keluargaku di Jenderam Hulu (rumah mertua). ^_^
**EXCITED**


TAPI aku tidak bersendirian dirantauan kerana aku turut ditemani oleh adik kembar, Mimee dan adik bongsu, Syawal.
- Abang sulung beraya di Taiping perak (rumah mertuanya).

Namun disebalik kegembiraan akan beraya bersama keluarga sebelah suami, kesedihan tetap ada kerana Mak Hajah dan Bapa Haji terpaksa beraya berdua di sabah tanpa ditemani anak-anak. :'(
Apapun, kami sentiasa mendoakan kesihatan mereka dan semoga Allah memanjangkan umur kami agar kami semua dapat berkumpul dan bersama di tahun hadapan. Insya Allah.

..Last but not list..
SALAM AIDIL ADHA 
Semoga bergembira di hari raya. Selamat balik kampung pada yang balik. Berhati-hati dijalan raya pada yang memandu atau menaiki bas. Semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing.
^_^

Thursday, October 10, 2013

Road to KUNDASANG

**14 August 2013**
-PORING-
Berendam air panas

-AMULAH WALAI TOKOU HOMESTAY-
Masa untuk rehatkan badan. Giler sejuk air kat sini. Brrrrrr. tidur pun kai sarung kaki wei..


**15 August 2013**
-DESA DAIRY FARM-
syurga untuk peminat susu.
Lembu tenusu + kabus sejuk = Terasa  macam kat new zealand. 

-DREAM WORLD RESORT-
Menuju Puncak. 

-MEMORIAL WAR-
Belajar Sejarah. 


 -JOM BALIK-
Dalam perjalanan balik ke keningau

  **TAMAT**

Wednesday, October 9, 2013

MPC Grand Dinner 2013

**24 May 2013**
GRAND DINNER company tempat suami keje. Tema HITAM, PUTIH & MERAH. Dalam hati "xde kaler len ke?". tahun ni macam dah selalu sangat tengok majlis kai tema merah, hitam, putih. Tapi LAYANkan aje lah. Last minute baru pegi cari baju. Sebenarnya tak tau nak pakai baju ape. ngehngeh ^_^. bila dah pening. bawa je adik kembar shopping sekali. Boleh kongsi idea. MEKAP?.. halamak.. hantamsajalah.. hahaha.. HASILnya?. SIMPLE jerrrrrrrrrr.. hehe..