Followers

Pages

Saturday, September 22, 2012

KAWAN atau LAWAN.. tidak boleh MENGUBAH tapi boleh MEMILIH..

"Kita tidak akan mampu mengubah sesiapapun di sekeliling kita. Tapi kita boleh mengubah siapa yang kita pilih untuk berada di sekeliling kita"


Dengan kata lain, kita boleh pilih dengan siapa kita nak berkawan.
- berkawanlah dengan orang yang berjaya jika ingin berjaya
- berkawanlah dengan orang yang berperibadi baik jika ingin berperibadi baik

Yelah kalau nak pandai membaca Al-Quran berkawanlah dengan orang yang reti baca Al-Quran. Agar dia boleh membimbing kita untuk sama pandai seperti dia. Kalau pun tidak 100%, dapat sedikit ilmu pun Alhamdulillah.

Begitu juga sebaliknya. Berkawan dengan orang yang kurang ajar, mulut longkang, kuat mengumpat, memfitnah, tiada adab, tikam belakang, hipokrit, dll.. KEMUNGKINAN anda juga akan dijangkiti penyakit " kurang ajar, mulut longkang, kuat mengumpat, memfitnah, tiada adab, tikam belakang, hipokrit, dll".. kalau tidak banyak, sedikitpun mesti kena tempias.

KAWAN vs LAWAN
Inilah antara TIPS yang digunakan oleh mereka-mereka yang BERJAYA. so tidak salahkan kita memilih kawan dan menolak untuk berkawan rapat dengan sesetengah pihak.. ^_^

Surround yourself with only people who are going to lift you higher -Oprah Winfrey

Surround yourself with people who take their work seriously, but not themselves, those who work hard and play hard -Colin Powell

Surround yourself with the best people you can find, delegate authority, and don't interfere as long as the policy you've decided upon is being carried out -Ronald Reagan

I think it's important to get your surroundings as well as yourself into a positive state - meaning surround yourself with positive people, not the kind who are negative and jealous of everything you do -Heidi Klum 

Look at people for an example, but then make sure to do things your way. Surround yourself with positive people -Queen Latifah 

You have to surround yourself with people who love you and want the best for you -Mena Suvari


Thursday, September 20, 2012

KEJAR

LELAKI jangan di kejar.. kalau di kejar semakin jauh dia lari.. tapi biar dia yang mengejar.. kerana dengan sedikit cabaran dia akan lebih menghargai 1 perhubungan.


PEREMPUAN jangan gedik berhenti berlari coz nak cepat tertangkap.. tapi jadilah perempuan yang layak di kejar dan terus berlari.. dengan ini kita dapat melihat siapa yang benar-benar berusaha untuk terus mengejar..


NAMUN.. perempuan jangan lari laju sangat coz lelaki-lelaki sekarang kuat merokok or jarang senaman.. so cepat semput.. kalau dah semput dia akan benti kejar.. 

ngeee ^_^..

Monday, September 10, 2012

TIDAK SERASI

Kalau tengok cerita drama Melayu selalu menjadikan alasan TIDAK SERASI sebagai alasan untuk memutuskan hubungan. Secara jujurnya aku kurang setuju dengan alasan tersebut kerana sememangnya tiada manusia yang 100% serasi kalau itulah yang mereka harapkan.

Memang pada asasnya semua lelaki sama. Macam tu juga perempuan. Namun setiap 1 dari kita ada perbezaan. dan perbezaan itulah yang menjadikan kita istimewa dan unik. So, adakah alasan TIDAK SERASI releven?..


Baru-baru ini aku menonton ulangan bual bicara Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Membicarakan masalah kelewatan jodoh. Ahli panel jemputan ialah pengacara sensasi Azwan Ali dan Julia suria FM yang mengalami kegagalan dalam perhubungan yang serius sebanyak 4 kali. Namun bukan kelewatan jodoh yang menyebabkan aku tertarik. Tapi kata-kata dari wanita tersebut.

Ayat yang 100% sama aku tak ingat. tapi lebih kurang

bila berdoa pada Allah mengenai jodoh, mintalah pada Allah dekatkan kita dengan jodoh yang Allah dah tetapkan untuk kita dan jauhkan kita dari mereka yang bukan jodoh kita. Bukan berdoa minta Allah jodohkan kita dengan si POLAN BIN si POLAN kerana itu seperti kita memerintahkan Allah untuk meletakkan si POLAN tu sebagai jodoh kita. 

Berbicara soal jodoh. Bolehlah aku simpulkan punca perpisahan seperti TIDAK SERASI, ORANG KE TIGA, SKANDAL, TIDAK JUJUR, TIDAK TEPATI JANJI dan sebagainya hanyalah faktor yang menunjukkan bahawa DIA BUKAN JODOH KITA. So tak perlulah salahkan sesiapa atas perpisahan kerana Allah dah tetapkan, itulah yang terbaik untuk kita. Macam mana kita berusaha keras pun untuk pertahankan sesuatu hubungan sekiranya Allah tidak mengizinkan ia terjadi maka ia tetap tidak akan terjadi. Ikatan pertunangan juga bukan 1 jaminan melainkan IJAB KABUL yang dituntut oleh agama.

kerana
KITA HANYA MERANCANG TUHAN YANG MENENTUKAN
**jodoh adalah rahsia Allah**

Namun Allah tidak pernah melarang kita berusaha untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. betul tak?.. ^_^