Followers

Pages

Wednesday, August 7, 2013

AIDIL FITRI pertamaku

1 SYAWAL 1434 Hijrah jatuh pada 8 Ogos 2013 
bersamaan hari Khamis..


Seperti juga RAMADHAN PERTAMAKU, Syawal ini pastinya juga Syawal pertamaku sebagai seorang isteri. Tak banyak yang berubah cuma pertambahan ahli keluarga


Tapi bila fikirkan "NAK RAYA BELAH SAPA?" baru perubahan itu terasa dan kami telah sepakat Hari Raya Aidil Fitri pertama ni kami akan balik sabah iaitu kampungku. Insya Allah Raya Aidil Adha nanti kat selangor iaitu kampung suami. Tahun depan tukar lak, Aidil Fitri kat selangor, Aidil Adha kat sabah dan macam tu lah seterusnya (Insya Allah)


Di kesempatan ini kami suami isteri serta seluruh ahli keluarga ingin memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap, kekhilafan, terkasar bahasa, terlanjur kata, terguris perasaan & terluka jiwa.. ^_^ mana yang termakan, terminum & terpakai minta di halalkan.



Akhir kata semoga semua bergembira di hari Raya dan bagi yang memandu balik kampung berhati-hati di jalan raya.
^_^
JOM BALIK KAMPUNG