Followers

Pages

Saturday, May 26, 2012

SEMPURNA

"TERLIHAT" sesuatu membuatkan aku terfikir untuk menulis entry ni..



Tiada manusia yang sempurna didunia ini dan kita tidak boleh miliki semua yang kita inginkan. Mungkin orang lain miliki sesuatu yang kita tidak dapat miliki. tapi dari segi lain pastinya kita juga miliki sesuatu yang orang lain tidak dapat miliki ^_^



Oleh kerana ketidak sempurnaan MANUSIA lah kita memerlukan satu sama lain untuk melengkapkan hidup dan bukan saling menjatuhkan. Terimalah hakikat bahawa kita tidak akan mungkin mampu memiliki segalanya dan jangan pernah merasa diri sempurna kerana kita tidak mungkin pernah sempurna.



Allah meminta kita berusaha untuk mendapatkan apa yang kita inginkan.. Namun segalanya milik Allah.. sebanyak manapun usaha kita jika ia bukan milik kita, kita tetap tidak akan mampu untuk memilikinya.. Namun itu tidak bermakna kita harus berhenti berusaha dan tawakkal kerana setiap usaha dengan NIAT BAIK Allah janjikan ganjaran.. kalau bukan ganjaran di dunia, pastinya ganjaran di akhirat. Insya Allah

Percayalah.......
Allah maha Adil... 

Kadang-kadang apa yang kita inginkan bukan apa yang kita perlukan.. sedangkan Allah akan berikan apa yang kita perlukan bukan apa yang kita inginkan...

Apapun aku bersyukur dengan apa yang aku MILIKI.. Mungkin aku tidak sesempurna dan tidak semewah orang lain tapi insan-insan sekelilingku telah melengkapkan hidupku.. Alhamdulillah.. Terima kash Allah.. ^_^

Tuesday, May 22, 2012

E-day

1 May 2012 membawa perubahan dalam hidupku. Pada hari tersebut secara rasminya aku telah menjadi tunang kepada seorang lelaki bernama Hasrul Fariq Abu Hassan. Dia seorang yang sederhana tapi kini menjadi Istimewa dalam hidupku.

December 2007
Kali pertama aku jumpa dan kenal dia apabila dia datang temuduga di tempat aku bekerja.

Awal 2008
Dia melamar aku menjadi kekasihnya.

1 September 2008
Setelah beberapa bulan dia mencuba, akhirnya aku terima dia menjadi kekasih.

Akhir 2009
Hubungan kami dilanda badai dengan perkara yang aku tidak pernah terfikir akan berlaku dalam hidupku. Maka aku mengambil keputusan drastik, memutuskan hubungan kami. Aku redha dengan apa yang Allah takdirkan untuk aku.

Awal 2010
Dia datang semula mencari aku.

2012
Setelah 2 tahun, aku mula belajar untuk maafkan dia.

April 2012
Dia datang berjumpa abang sulungku dan menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Setelah perbincangan lanjut, keluargaku menerima dan kedua belah pihak bersetuju untuk mengadakan majlis pertunangan.

1 May 2012
E-Day


Dalam tempoh 2010 - 2012 dia telah berusaha melakukan banyak perkara demi membuka hatiku semula. Seorang lelaki yang ego sanggup buat perkara-perkara yang aku anggap 'TIDAK MUNGKIN'. Aku sangat terharu dan menghargai segala usahanya dalam memungkinkan yang tidak mungkin. Keikhlasan dan kesabarannya melayan karenahku yang 'pelbagai' membuat keluargaku percaya dia adalah lelaki yang boleh menundukkan aku (setelah ramai lelaki yang gagal diperingkat 'saringan'.. hahaha).

Sekiranya benar tertulis dia adalah JODOH yang telah Allah tetapkan untukku, aku terima dan Insya Allah tahun depan kami akan diijab kabulkan. walaupun banyak dugaan melanda, tapi kami cukup kuat dan berjaya menghadapinya. Alhamdulillah. Doa dan restu keluarga serta rakan-rakan telah membawa kami ke satu tahap yang baru. Aku hanya berharap ini adalah keputusan yang tepat untuk aku, dia dan keluarga kami. Amin.

Pada keluargaku, terima kasih atas segalanya.
Pada semua yang terlibat aku mohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang majlis.
Pada mereka yang terLUKA, aku (jumaia binti haji amir) serta tunang (mr.hasrul fariq bin abu hassan) mohon maaf.

 PICTUREs... layanzzzzzzzzzzzz.... ^_^







**CINTA MAMPU MENGUBAH SESUATU YANG TIDAK MUNGKIN KEPADA MUNGKIN**