Followers

Pages

Thursday, January 27, 2011

jangan ajar aku menjadi KURANG AJAR

Insiden yang berlaku diantara aku dan atasan-atasan semalam membuat aku terfikir topik ni.. Aku bukanlah seorang yang BERANI MATI tapi aku selalu akan bersuara bila aku rasa aku perlu bersuara dan diam bila aku perlu diam.. Bukan seperti segelintir yang suka putar belit..
Aku tahu sifat diri ku yang agak keras kepala, degil dan angin... So aku mmg selalu berusaha keras untuk menjadi sopan dan bertolak ansur dengan semua org termasuklah keluarga, kawan, atasan, rakan sekerja dan semua... Dulu aku selalu ingatkan mereka-mereka yang ada di sekelilingku "sekali ko baik, beribu kali aku akan baik.. sekali ko jahat, beribu kali aku akan jahat".. dan respon mereka adalah "maya tak baik berdendam".. Sebenarnya maksud kata-kata aku tu bukan DENDAM... tapi maksudnya bila ko bagus ko akan jumpa MAYA yang layan ko dengan baik.. boleh jadi pendengar yg baik, tidak berkira, takut nak sakitkan hati ko n jaga ko macam dia jaga diri dia sendiri.. tapi bila ko jahat, ko akan jumpa maya yang suka cakap pedas, buat tak layan, tak nak amik tau psl ko, malah senyuman pun dia xkan bagi kat ko n lantak ko lah nak jadi apa...

Tapi oleh kerana ramai yang salah anggap dengan ayat aku tu.. skang aku lebih suka guna ayat "JANGAN AJAR AKU MENJADI KURANG AJAR" yg bagi aku lebih straight to the point.. Hanya untuk peringatan.. sebab aku adalah orang yang tak reti nak sembunyikan perasaan or hipokrit.. Bila aku tak suka, korang akan nampak jelas pada wajah dan perlakuan aku.. begitu juga sebaliknya.. Tingkah laku aku boleh berubah sekelip mata.. Aku boleh menjadi maya yang panggil korang dengan SAYANG dan mungkin akan jadi maya yang panggil korang dengan BONGOK dan yang sewaktu dengannya.. (walaupun aku pernah menegur seseorang sebab guna perkataan BONGOK dalam perbualan yang bagi aku kurang sopan)..



Mungkin aku tidak akan menyakiti orang yang telah menyakiti aku dengan cara belasah, serang or anything sebab bagi aku itu adalah kurang bermoral.. tapi yang pasti korang akan jumpa MAYA yg totally different dari yang korang kenal sebelum ni.. nak tau?.. cubalah wat hal..

Aku juga selalu ingatkan mereka sebab aku adalah seorang yang mungkin akan MEMAAFKAN tapi tidak akan MELUPAKAN (easy to forgive, hard to forget)... Bukan aku tak nak MELUPAKAN tapi kadang-kadang kesakitan mengajar aku untuk BERINGAT...


so olz... Maya hormat dan sayang kamu semua so please jangan buat Maya hilang rasa HORMAT tu dan.....
JANGAN AJAR AKU MENJADI KURANG AJAR

Saturday, January 22, 2011

perjalanan 20 JANUARY 2011

Hari ni aku kena kerja.. Disebabkan kebosanan yang agak melampau.. aku pun belek-belek blog.. cari idea nak update.. mm... so ni lah dia.. Di sini aku nak berkongsi perjalanan 'hariku' dengan semua kawanz.. (^_^)

Bertambah lagi usiaku.. Cukup dewasa untuk mendapat soalan "bila nak kawin?" yang agak bertalu-talu dari semua orang.. jawapan?.. simple.. "belum sampai seru" or "tunggu je kad"..

19 JANUARY 2011

9.30pm : Sorang kawan wish selamat hari jadi coz menurutnya waktu ni dah masuk hari baru dalam kalendar Islam.. so dia telah menjadi orang pertama wish aku untuk tahun ni..

10.30pm :
My twin sis, Mimee bagi sebuah kotak kat aku.. wah, dapat hadiah.. KASUT.. comel sangat.. tak sabar nak pakai kasut ni pergi kerja.. Muah sayang ko... Alamak hadiah untuk mimee tinggal dalam kereta Along.. Along lak balik lambat.. sabar ya sayang, tunggu sampai Along balik baru ko dapat hadiah dari aku.. hehhe..

11.30pm :
Masa untuk tidur.. Aku & Mimee tak teruja langsung nak tunggu detik 12.ooam.. Masing-masing tarik selimut.. huuuaaaaa... nite sista... zzzzzzzzzz...

11.56pm : hp ringing.. aduh, terjagaku dari tidur yang lena.. tengok screen, ooooo.... panggilan ku jawab... suara di corong hp menyanyikan lagu "happy birthday".. aku just senyum (mata still pejam).. hahha..

20 JANUARY 2011
12.00am :
Line no 2 ringing.. oo, panggilan dari my lawyer @ kawanku jua, shea.. sorry kawan aku tengah engaged.. hihi... sms dari kawan-kawan bertalu-talu masuk ke dalam inbox.. mata yang ngantuk mula terjaga.. semua sms yang masuk aku reply dengan ucapan tq..

01.00am : Sambung tidur..

6.30 am : Terjaga.. Buat apapa yang patut..

7.30 am : Ternampak hadiah yang aku beli untuk mimee di atas sofa.. Mesti along yang letakkan kat situ.. aku amik hadiah tu dan bawa lari naik ke bilik.. keluarkan dari plastik.. dan baling kat tuan punya hadiah yang masih tidur... heeeeeyaaaaaa..... hahahaa... nasib baik dia suka dengan hadiah tu... Muka ada senyum... "Yeeeeaaaaaa!!!!!!" dia jerit...

8.30 am : Siap je mandi terus dia suruh aku tangkap gambar dia dengan teddy bear baru..


9.00am : Bosannyer.. tak tau nak buat ape.. nak buat sarapan takda bahan-bahan yang menarik.. aku ajak Mimee pergi sarapan kat restoran mak usu.. pekena teh ais.. Layan.... zazzzzzzz.....

9.30am : Masukkan kain kotor dalam washing machine dan gerak gi restoran mak usu..

10.00am : Lepak restoran mak usu sambil baca majalah mastika yang disediakan oleh tuan punya restoran.. Mimee nak makan roti canai.. tapi takde lak... Aku ajak, mimee bayar.. huahua... bahagianya hidup aku...

11.00am : Singgah kedai mamak beli tepung gandum.. Konon-kononnya nak buat keledek goreng..

11.30am : Sampai depan umah... buka pagar.. buka grill.. buka, ALAMAK mana kunci pintu... rupa-rupanya kunci yang mimee bawa tu takde kunci tuk pintu utama.. huhuhu... camna nak masuk umah ni... along & k.long kat tingkat atas.. loceng lak rosak.. waduh2.. mimee kata 'terkunci kat luar' ni hadiah hari jadi tuk kami gak.. hahha.. nak bagi orang dalam umah tau kami ada kt luar, dengan ganasnya mimee amik mangga & ketuk-ketuk kat grill.. maka terbukalah pintu oleh k.long... hahhaah

12.00pm : Aku & mimee lepak depan tv sambil berfikir nak masak apa tuk lunch.. tup-tup dengar kletang kletung kat dapur.. ops k.long dah siap-siap nak masak.. hekhek.. tak sempat habis fikir..

1.00 pm : Mimee perasan ada dua orang mamat mundar mandir kat depan pintu pagar.. macam nak masuk.. macam tidak.. bagi salam pun tidak.. Mimee yang kecian tengok orang tu pun pergilah buka pintu & tanya.. aku lak buat tak tau je duk kat ruang tamu sambil layan fb kat bb.. reply mesej-mesej kat wall..

1.05pm : Tak lama lepas tu barulah orang tu bersuara cari Maya & mimee coz ada barang nak bagi sambil tersenyum simpul.. Mimee dengan slamber memperkenalkan diri "iye saya".. selepas sedikit penerangan semua jelas.. hadiah, kek dan bunga diamanahkan kepada mereka tuk di hantar kepada birthday girls.. aku & mimee lah tu.. Lak tu diorang tak nak bagi mimee amik hadiah kat depan pintu pagar.. tapi nak hantar sampai depan pintu umah.. wah, gitu.. aku yang kat dalam tak tau apapa.. tup-tup, mimee dah letak semua barang depan aku.. haaaaaa, apa ni?.. sapa bagi?.. sapa hntr?.. camna?.. kenapa?.. aaaa?... banyak soalan keluar dari mulut aku.. senang je.. mimee amik kad & bagi aku baca... huahua... Dari Along & k.long rupanya.. bila masa lak dorang buat tempahan?.. ish, truja aku nak tau..

1.30pm : Tunggu apa lagi.. mestilah sesi amik gambar dengan hadiah-hadiah yang baru delivered sampai depan pintu umah.. kadang-kadang aku pelik dengan kuaga aku.. suka wat tak tau.. takde pun nak wish aku selamat hari jadi.. tapi aku tau dorang ingat dari semua-semua ni... & aku tau dorang sayang aku.. I LIKE... (^_^)











6.00pm : Tengok cerita paranormal..

7.30pm :
Bersiap-siap nak balik putrajaya.. esok keja.. jap lagi mr. driver sampai tuk jemput aku.. tiba-tiba along bersuara nak belanja kami makan ikan bakar.. yeeeehaaaaa....

8.30pm : Mr. Driver sampai dan kami berlima gerak ke sekinchan ikan bakar.. Dalam keta Mr.Driver @ Mr. Hasrul hulur sekotak hadiah.. apa ye?.. buka jap lagi lah..


9.45pm : Makan puas-puas.. Alhamdulillah.. Thanks along & k.long.. muahhhhh...

10.45pm : Gerak meninggalkan Sri Gombak menuju Putrajaya.. hadiah dari mr. driver ku buka.. jeng je jeng.. aku suka tapi... speechless... Thanks abang..


11.55pm : Di penghujung hari aku dapat 1 lagi hadiah... besar punya... dari cik adik yg comel.. Hanihazrina.. tq dear... akak suke sangat... lebih-lebih lg kat ekor.. heheh.. cute...


21 JANUARY 2011
8.00am : Sampai je opis.. terus on9 fb.. reply semua birthday wishes dari kawan-kawan.. terima kasih semua..

Walaupun perjalanan 20 January 2011 ni nampak biasa je tapi sangat bermakna untuk aku.. Ingatan dari semua sangat aku hargai.. Thank Allah for everything He has given me.. Thank all 4 da bday wishes, songs, gifts, flowers, cake n everything.. it means a lot 2 me... Alhamdullillah... (^_^)

MAYA SAYANG KAMU

Saturday, January 15, 2011

Anda memiliki HARTA yang banyak?

Pertama kali baca cerita TUKANG KAYU dan KAPAK rasa macam tak baik je penulis ni coz buat cerita pasal Malaikat. Tapi lepas baca keseluruhan cerita rasa macam banyak lak pengajaran yang leh kita kongsi bersama. So aku share citer ni dan korang watlah penilaian sendiri ye...

TUKANG KAYU dan KAPAK
Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat -barang siapa yang dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti.

Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.

Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata, "Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang kuhias indah seperti banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada harta ku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku."

Adik-adiknya pun menjawab, "Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah."

Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. Beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin ditemani di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya diwar-warkan di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.

Akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali ke rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di dalam tanah yang mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.

Pada waktu yang sama seorang Tukang Kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.

Isterinya berkata, "Wahai suamiku, apalah sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari dibandingkan kerja-kerjamu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu. Lagi pun makanan disediakan.

Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.

Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya.

Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut.

Si Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut. Terdetik di fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh Mungkar dan Nakir.

Tetapi sebaliknya yang berlaku, Mungkar dan Nakir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.

"Apa yang kau buat di sini?"

"Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya"

"Apa harta yang kau ada sekarang?"

"Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki."

"Dari mana kau dapat kapak ni?"

"Aku membelinya"

Lalu hilanglah Mungkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur
tersebut.

Hari kedua di tanya pula, "apa yang kau buat dengan kapak ni?"

"Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual"

Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut, "pokok siapa yang kau
tebang dengan kapak ni?"

"Kat hutan mana ada orang punya pokok"

"Adakah kau pasti?"

Lalu hilang lagi Mungkar dan Nakir. Soalan diteruskan di hari ke empat.

"Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya sama untuk dijual?"

"Aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata"

Hilang dan muncul Mungkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut.

Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan Tukang Kapak tersebut.

Berkata Mungkar dan Nakir, "hari ini hari terakhir aku bersamamu buat seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini".

Belum sempat Mungkar dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut.

Si Tukang Kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan aku tidak menginginkannya lagi.

Sesampai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut.

Maka jawab si Tukang Kapak, "Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal Mungkar dan Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini. Apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku menjawabnya"

Monday, January 10, 2011

NOT GOOD ENOUGH

Dah 10 hari jejakkan kaki ke tahun 2011, hari ni baru aku berpeluang update blog. Bercerita tentang 2010, em rasanya banyak kelemahan pada diri aku yang masih perlu aku perbaiki. “I’m Not A Good Woman”.. atau “not good enough”.. kenapa aku boleh berfikir macam tu?... coz aku rasa aku tidak cukup baik SEBAGAI;

1) Hamba Allah : Aku hamba-Nya yang lemah. Masih tidak dapat mencari kekuatan diri untuk menjadi hamba-Nya yang terbaik. Masih banyak yang perlu aku pelajari dalam memahami agamaku dan tuhanku.

2) Anak : Sangat banyak pergorbanan yang telah diberikan oleh Mak Hajah dan Bapa Haji sejak aku dilahirkan sehingga kini. Aku tak kan mampu balas kesemua jasa baik mereka. Apa yg aku buat tuk mereka hari ini sangat kecil nilainya dan aku tak tau bila aku akan mampu menjadi anak yang terbaik tuk mereka.

3) Kakak/adik : Tak banyak yang aku boleh lakukan untuk adik-beradik ku. Aku hanya boleh menjadi seorang kakak yang membantu adiknya mengikut kemampuan dan menjadi seorang adik yang hanya menjadi ‘adik’ tanpa boleh berbuat apa-apa kepada yang lebih tua.

4) Kawan : Kepada kawan-kawan juga tak banyak yang aku boleh lakukan selain menjadi pendengar, berkongsi kesedihan, memberi nasihat. Paling tidak aku hanya mampu temankan mereka, menghadiri majlis, memberi tanda ingatan dan membantu setakat yang mampu.

5) Pekerja : Aku memang tidak berharap menjadi pekerja yang terbaik di tempat aku bekerja sekarang. Apa yang aku boleh lakukan hanyalah melaksanakan tugas aku sebaik mungkin.

6) Diri Sendiri : Aku pun tak tau apa yang aku dah buat untuk diri aku sendiri stakat ni.. mm…

7) Kekasih : Layak ke aku jadi kekasih?. Kepada jejaka yang mengharapkan aku, tolonglah fikir berkali-kali sebelum kita pergi lebih jauh. Walaupun aku yakin aku boleh buat yang terbaik tapi tidak mustahil ada yang lebih baik diluar sana..

2010 atau dengan lebih tepat 2009 dan 2010 banyak mengajar aku. Pelbagai perkara dalam bentuk masalah, konflik atau berita datang bertubi-tubi. Perkara-perkara yang tidak pernah terlintas akan berlaku kepadaku. Tapi aku tidak salahkan sesiapa atas apa yang terjadi. Kerana segala yang buruk datang dari diri ku sendiri dan yang baik datang dari Allah. Aku anggap semua yang terjadi telah ditentukan oleh Allah untuk mematangkan aku dalam menjalani kehidupan dan perhubungan. Aku masih tidak cukup baik untuk memuaskan hati semua orang atau dengan kata lain tak kan mampu memuaskan hati semua orang kerana aku hanya hamba Allah yang mempunyai banyak kelemahan.

Untuk 2011 ni aku akan berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan dan cuba menjadi yang TERBAIK. Insya Allah.. Bukan aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada tapi sekadar untuk menjadi "lebih baik dari semalam"...