Followers

Pages

Tuesday, June 25, 2013

SYURGAku bertukar

Masuk bulan ke 6 aku bergelar ISTERI. Namun detik-detik aku di ijab kabulkan masih terbayang di depan mata. Saat bergelar SUAMI ISTERI adalah saat yang kami idamkan. Namun jujur aku katakan aku tidak meletakkan 100% keyakinan dia milikku, sehinggalah ijab kabul di lafazkan. KENAPA?.. hurm, terlalu banyak dugaan yang kami lalui.

Dalam hati hanya berserah kepada Allah. Sekiranya benar jodoh kami, aku mohon agar dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan dari anasir-anasir luar yang berniat kurang baik. Namun sekiranya bukan jodoh kami, aku mohon agar Allah tunjukkan jalan yang baik untuk kami lalui kerana ketentuan Allah adalah yang terbaik dan Dia-lah sebaik-baik perancang.

18 January 2013, pukul 4.45pm, dihadapan dua saksi pilihan dan seluruh ahli keluarga kedua belah pihak, kami disatukan dengan sekali lafaz. Masih terngiang ayat yang dia bisikkan di saat dia mencium dahiku. "abang terima sayang sebagai isteri abang" dan di saat itulah hatiku berdetik yakin 'kini aku sah menjadi isteri kepada Hasrul Fariq Abu Hassan'. Sukar untuk di gambarkan perasaanku ketika itu. Gembira, sedih, tangis, tawa, semua bercampur baur. Tanpa sedar air mataku menitik.

Air mata mengalir dengan lebih laju di saat bersalaman dengan ibubapaku. Kini syurgaku bertukar dari seorang ibu kepada seorang suami.
Ibu yang mengandung, menyusui & menjagaku.. bapa yang berusaha memastikan aku membesar dengan baik & sihat.. kini terpaksa melepaskan dan menyerahkanku kepada insan lain.
Setelah selesai segala majlis. Akhirnya aku harus melangkah meninggalkan rumah mengikut suami. Sepanjang perjalanan aku menitiskan air mata (cengeng siottttt.. wakakaka). Suamiku berusaha memujuk dengan menggenggam erat tanganku dan berkata "abangkan ada. abang akan jaga sayang". Bukan aku tidak biasa berjauhan dari keluarga malah semenjak tahun 2004 sudah berjauhan dengan mereka kerana menyambung pelajaran dan bekerja. Namun perasaan meninggalkan rumah untuk belajar dan bekerja sangat berlainan dengan meninggalkan rumah untuk berada di dunia baru (sedih gilerrrr.. huhuhu)

Aku tidak mengharapkan banyak dalam rumahtangga ini. Bukan harta, intan atau berlian. Tapi cukup sekadar bahagia. Aku sentiasa memohon pada Allah agar perkahwinan ini dirahmati, dipelihara dari segala keburukkan, dijauhkan dari perkara-perkara yang menghancurkan dan didekatkan dengan perkara-perkara yang baik SAHAJA ^_^


Terima kasih Allah kerana meminjamkan aku seorang..SUAMI

NOTE: AL-FATIHAH untuk imam/kadi yang telah menikahkan kami. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 17 Jun 2013. Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.