Followers

Pages

Tuesday, May 24, 2011

my blog VISITORs

Masa mula-mula aku buat blog ni memang takde idea nak tulis ape.. Aku tengok kawan-kawan sibuk dengan blog, so aku pun ikut buat gak.. Tapi terasa macam semua cerita tidak menarik tuk diceritakan.. Em, nak tulis apa ye?.. Pada 24 April 2009 aku cuba untuk postkan pengenalan.. Kemudian postkan satu cerita dan diikuti dengan cerita-cerita yang lain.. Hasilnya banyak benda gak yang aku dah 'keluar'kan kat blog ni.. Yang melalut-lalut dan entah apa-apa pun ada gak.. Yang kawan-kawan pun layan aje apa yang aku tulis.. Dengan setia membaca.. hehehe... Mari kita tengok pelawat setia http://normayaristia.blogspot.com/...

ada yang SEARCH BY GOOGLE.. Contoh :
~ Ipoh, Perak arrived from google.com.my on "Normaya Aristia: February 2011" by searching for jumaia haji amir
~ Batu Caves, Kuala Lumpur arrived from google.com.my on "Normaya Aristia: February 2011" by searching for jumaia haji amir
~ Puchong, Selangor arrived from google.com.my on "Normaya Aristia: CINTA NOVEL" by searching for jumaia haji amir


ada yang DIRECT ke blog
.. Contoh :
~ Kuala Lumpur arrived on "Normaya Aristia".
~ Kajang, Negeri Sembilan arrived on "Normaya Aristia".
~ Kota Kinabalu, Sabah arrived on "Normaya Aristia".


ada yang dari BLOG KAWAN
.. Contoh :
~ Kuala Lumpur arrived from buuwahatee.blogspot.com on "Normaya Aristia"
~ Kota Kinabalu, sabah arrived from annie-ming.com on "Normaya Aristia"


ada yang dari FACEBOOK..
Contoh :
~ Petaling Jaya, Wilayah Persekutuan arrived from facebook.com on "Normaya Aristia: PINDAH?"
~ Klang, Selangor arrived from facebook.com on "Normaya Aristia: AKTIVITI di HARI WESAK".
~ Seri Kembangan, Negeri Sembilan arrived from facebook.com on "Normaya Aristia: PINDAH?".
~ Miri, Sarawak arrived from facebook.com on "Normaya Aristia: PINDAH?"


Siapakah pelawat-pelawat ini?.. ada yang ingin membuat pengakuan?.. apapun, Thanks for visiting my blog.. mmuuaaahhh......

Monday, May 23, 2011

PINDAH?

7 MAY 2011: Mimee pindah Putrajaya.. Minggu ni masuk minggu ke tiga Mimee duduk dengan aku.. Minggu pertama pindah, Mimee beli almari pakaian untuk menempatkan pakaiannya.. Seharian kami berkemas untuk memastikan keselesaan bersama dan hasilnya buat kami tersenyum.. Walaupun rumah dan bilik agak sempit tapi kami suka dan selesa.. Harap-harap Mimee pun rasa macam tu juga.. Kali ni sesi makan ku berteman.. (^_^)

Ada satu malam tu, masa makan aku cakap ngan Mimee "Cian dia.. ms duk umah abg dia, blh mkn best2 tiap hari.. duk umah aku makan makanan bujang je lah".. Semalam pun aku cuma jamu dia dengan ketam goreng berkicap.. mm, malas punya pasal.. hehehe.. Masakan ala-ala bujang pun tiap hari makanan mesti berlebihan.. huhuhu.. Alhamdulillah, ada lagi rezeki untuk kami berdua.. (^_^) walaupun hidup sederhana dan jauh dari AHLI KELUARGA, tapi hati kena senang..

Lagi pun kami bukan anak yang manja.. Yang suka merengek.. Sejak kecil kami telah di ajar berdikari.. Walaupun ketika itu kami ada pembantu rumah, tapi bapa haji tidak memanjakan kami.. Balik sekolah dan hujung minggu kami habiskan dengan membantu mak hajah berniaga secara kecil-kecilan.. Bapa haji pula pasti akan mengamuk sekiranya kami tidak membantu kerja-kerja di dapur.. Apabila kami sekeluarga habis makan Bapa haji akan marah kalau kami tidak mengemas dan membasuh pinggan mangkuk.. Pakaian dan kasut kami basuh sendiri.. Pakaian iron sendiri.. Bapa haji tidak membenarkan orang lain buat kerja untuk kami..

Bila kami lipat kain dengan cara yang salah, Bapa Haji marah.. Lantai berabuk sedikitpun dia bising.. Bila kampung menghadapi masalah bekalan air kerana paip bocor dan sebagainya, kami terpaksa menggangkat air dari sumber-sumber tertentu sebelum mandi, masak dan membasuh.. Yang pasti kami kena lakukan semua sendiri..

Semua ini mengajar kami tentang kepayahan menguruskan kehidupan seharian.. Tapi bila kami meningkat dewasa, kami faham kenapa bapa haji kerah kami macam kuli cabuk.. Semua ini membolehkan kami menguruskan hidup kami sendiri ketika duduk berjauhan dari mereka.. Hidup dan makan secara sederhana, Insya Allah tidak menjadi masalah untuk aku dan Mimee.. Terima Kasih Bapa Haji.. (^_^)

Wednesday, May 18, 2011

AKTIVITI di HARI WESAK

17 May 2011: SARAPAN?.. em.. apa ek.. hah, idea.. CUCUR UDANG.. pastu panaskan air tuk buat teh o.. Sambil tunggu Mimee bangkit dan air masak aku menyambung kerja-kerja menjahit manik yang terbengkalai.. SIAP..

Petang nak wat pe lak?... kain dah basuh..

tut tut.. 1 message received..
ABANG: mya watpe?.. sudi x kuar ngan abg hr ni?....

perrggghh, ayat abang aku ni.. Macam zaman P.Ramlee lak.. iya boleh saja bang.. mau kemana?.. pukul berapa?.. aktivitinya apa?..

tut tut.. 1 message received..
ABANG: tepat kul 3 abang gerak.. hr ni abang kai bj hijau..
AKU: napa?.. nk mya kai bj yg sm ke?..
ABANG: blh gak.. abg sk..

Sejak bl lak dia ni jd mcm ni.. ish pelik tul aku...

Sampai je dia terus hulurkan sebag plastik coklat.. wah banyak nyer..
ABANG: Mama bagi..
Ooo, ni mesti buah tangan dari Langkawi.. Gi pun mama memang ada kol aku tanya nak coklat apa.. Masa tu mama sibuk borong coklat kat Langkawi.. huhuhu Makasih mama sebab ingat kat Maya.. Maya sayang Mama... (^_^)

AKTIVITI lepas tu?.. ni dia...

1) Makan kt orchid bistro.. Menu nasi grg, nugget, sup cendawan, sandwich, juicy fruit & watermelon juice..

2) Tgk wayang citer THOR 3D..

3) Makan gi.. kali ni layan Pizza & ayam... Sambil membuat kesimpulan mengenai citer THOR.. ooh lupa kami pesan ice cream vanila + coklat skali untuk pencuci mulut.. hihih

4) Layan citer Fast 5 lak.. wush, korg kn tgk citer ni.. sangat-sangat best...

ooo, sebelum tu aku nak share pengajaran yang kami dapat dari THOR

ABANG:
- Jangan lawan cakap bapa
- Jangan bertindak melulu
- Semangat setia kawan

AKU:
- Jangan terlalu mudah berjanji kerana kita tak tau apa yang akan terjadi di masa hadapan

KENAPA ye?.. sebab dalam citer THOR tu si jejaka berjanji untuk datang semula bagi mendapatkan kekasih hatinya.. Tapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan.. Dia tidak dapat menunaikan janji dan tidak dapat berjumpa si kekasih sampai bila-bila.. Menyebabkan si kekasih ternanti-nanti dan mencari jalan untuk pergi menemui si jejaka... aduusshhh, xmo xmo xmo.... :'(


Ni je yang tinggal.. yg lain?.. ops kejap ada kejap xda.. nnggaapp.. ahaks..

note: sapa MAMA?.. Mama tu Mak Abang.. hihihi...

Wednesday, May 11, 2011

BALIK KAMPUNG dia

7hb May 2011... Dalam perjalanan balik dari kenduri kahwin Nana kat Segamat, Hasrul ajak aku singgah Tampin (Kampung papa).. Memandangkan Hasrul selalu outstation dikawasan berdekatan tapi tak berpeluang tuk singgah.. So kesempatan ini digunakan untuk melawat sedara mara.. Hampir kul 7pm kami memasuki kawasan Tampin..

HASRUL: kat kampung tak da line tau..

oo ooooo, maafkan aku hp coz tak dapat layan ko wat sementara.. hukhuk.. Destinasi pertama adalah kubur papa.. Aku memerhatikan Hasrul membersihkan kubur dan sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.. Sebak..

Destinasi seterusnya rumah Wan (nenek Hasrul).. sapa ada di rumah?.. Wan, Cik Shila dan suami, Cik Ani dan suami serta anak-anak.. tak lama lepas tu Cik Epy, suami dan anak-anak lak sampai.. Memang meriah.. Malam tu kami di jamu dengan pelbagai lauk... Superb.. Hasrul lak awal-awal dah order TEH TARIK kegemarannya.. huhuhu...

Atas permintaan ramai kami bermalam di kampung.. Plan untuk esok?.. AYAM MASAK LEMAK CILI API..

8hb May 2011... Seawal pagi aku bangun dan bermain bersama Yana dan Liya (sepupu Hasrul yang masing-masing berumur 8 dan 7 bulan)..

Yana sibuk bermain ngan 'bintang'..

Liya lak tekedek-kedek mengejutkan Hasrul yang masih tidur..

Di tambah dengan abang-abang mereka yang super aktif bermain.. (^_^)

Sarapan?.. roti canai, cekodok dan teh.. Kemudian kami di tugaskan untuk memetik cili di dalam semak @ hutan.. hekhek.. Sedang leka memetik cili, Pak ngah dan Mak ngah datang menyapa..

Tengahari kami pegi melawat mak ngah dan pak ngah.. Langkah kanan.. Ketika sampai Mak ngah sedang masak ikan pari asam pedas.. Kami makan tengahari bersama keluarga Pak Ngah..

Petang kami bersiap tuk berangkat.. Cik Shila bekalkan kami ayam masak lemak cili api yang banyak.. Sebelum bertolak kami melawat semua yang ada..

"wan kami balik dulu ye"
Kemudian gi rumah cik Ani..
Seterusnya rumah Pak ngah dan kebetulan Cik shila turut ada di situ..

Makacih Wan, Cik Shila dan suami, Cik epy dan suami, Cik Ani dan suami, Pak ngah dan Mak ngah.. Gembira dapat jumpa dan berkenalan dengan semua.. Mereka layan aku dengan baik... (^_^) Aku tentunya akan rindukan mereka..

Keluar sahaja dari kawasan kampung, hp ku berbunyi menandakan mesej masuk dengan banyaknya.. rupa-rupanya Mimee dan Mak Hajah risau coz gagal menghubungiku.. Aku segera kol mereka untuk menerangkan situasi sebenar.. hihihi....

Tuesday, May 3, 2011

AIR TANGAN MR.ABANG

Bulan April betul-betul mencabar kekuatan mentalku.. Pelbagai rintangan dan dugaan yang ku hadapi.. Dugaan ini berterusan sehinggalah penghujung April.. Aku sangat-sangat tertekan dengan 1 masalah yang tidak boleh diceritakan di sini.. Namun cukup sekadar ku katakan masalah ini bersangkut paut dengan masa depanku.. Sehinggakan tidurku terganggu.. Makanku terbiar.. fikiranku kucar-kacir.. Aku cuba berlagak selamber di depan semua orang.. Namun kesedihan tidak dapat ku bendung bila aku bersendirian..

KENAPA?.. APA yg berlaku?.. BIARLAH RAHSIA.. Aku luahkan semua kepada seseorang yang ku panggil abang.. Aku harap dia dapat memberikan aku sokongan.. Apatah lagi sedikit sebanyak masalah ini turut membabitkan dia.. Namun kesibukannya terhadap kerja menyebabkan dia lupa.. Ku biarkan dia dengan dunianya.. Nampaknya aku terpaksa bergelut sendiri.. Penat, stres, pening memikirkan jalan keluar.. Akhirnya 1 May 2011 telah menjawab semua persoalan di bulan April.. Terima Kasih ya Allah kerana membantu hamba-Mu yang lemah ini..

Disebalik semua pergelutan ini sudah semestinya Mr. Abang terkena tempias kemarahanku kerana perangainya yang seperti endah tak endah menyebabkan aku rasa terpinggir.. Jauh di sudut hatiku terfikir mungkin dia turut mencari jalan penyelesaian cuma tidak diperlihatkan kepadaku.. Seperti biasa aku mengambil langkah berdiam diri..

1 MEI 2011
Siang tadi aku temankan Mr. Abg ke kenduri kahwin kawan kolejnya (IUCTT) yang bernama Abdullah Abe.. sepanjang perjalanan pergi kenduri, dalam majlis, perjalanan balik sampailah depan pintu rumah aku hanya mendiamkan diri membiarkan Mr.Abang membebel sorang-sorang..

Di MALAM 1 MEI.. tut tut.. 1 message received..

ABANG: Salam.. Watpe?.. dah makan?...
AKU: Baru siap main hujan n mandi.. Y en.abg?.. Ada yang tinggal ke?...

ABANG: Napa main hujan?.. dah makan?..
AKU: xlapar n mls nk msk..

ABANG: em, ok..


"Em OK" je?.. Geramku bertambah...
Sejam selepas itu.. tut tut.. 1 message received..

ABANG: Maya tolong buka pintu kejap..

em?.. kenapa nk buka pintu?.. Oppss, Mr.Abang kat depan pintu membawa bekas makanan berisi nasi goreng yang dimasaknya sendiri.. Walaupun dalam hatiku gembira dan terharu dengan kesungguhan dia masak dan hantar makanan ke depan rumahku tapi marahku yang masih bersisa menyebabkan aku tidak layan Mr.Abang.. Akhirnya nasi goreng di tinggalkan dan Mr.Abang terus beransur pulang.. Tidak lama selepas itu.. tut tut.. 1 message received..

ABANG: Maya jgn biar perut tu kosong.. abg syg maya.. n ini adalah serius.. bkn ckp kosong..



Nasi goreng ku biarkan tidak bersentuh sehinggalah keesokan paginya bila aku terjaga tepat pukul 6.00am.. Buat tu, setel ni.. erk, perut berbunyi.. laparlah pulak.. nak makan apa ni.. mm.. Pandang kiri pandang kanan, terpandang bungkusan nasi goreng semalam.. Agak2 elok lagi tak?.. Nasi ku hangatkan.. jengjejeng tak sampai 10 minit sarapan siap.. hehehe... Rasa sikit.. 1 sudu.. 2 sudu.. em, boleh tahan.. 3 sudu.. 4 sudu.. teringat Mr.Abang.. 5 sudu.. 6 sudu.. Hati mula sebak.. 7 sudu.. 8 sudu.. Air mata menitik.. Time tu juga terasa macam nak kol Mr.Abang.. Jam hp ku perhatikan.. Baru kul 8.30am.. Mesti Mr.Abang tak bangun lagi.. :(

Sehingga ke petang baru lah aku menerima sms dari Mr.Abang.. Tapi aku tetap dengan perasaan marahku (dia tak tau aku nangis makan nasi goreng dia).. hahahha... Fikir dan fikir.. Kenapa dengan aku ni.. Mungkin betul dia silap... tapi... ah, takpe lah lupakan semua.. So, aku terfikir sesuatu tuk menandakan aku nak berbaik..

AKU: Bila2 abg ada ms free blh bawa mya pg naik basikal?...

Kelakar ngan pangai sendiri.. Tak boleh blah.. tapi aku kisah ape coz dah lama aku simpan niat nak main basikal.. ngggeeee (^_^)... dan jawapan yang aku terima..

ABANG: bawak maya naik basikal... boleh maya...

Yahooooo!!!!!!!.... Terdetik dalam hati "betul kata orang tua-tua.. Air tangan tu sangat penting".. patutlah mak aku tetap sabar masak untuk bapa aku walaupun dorang perang besar.. pastu bebaik semula.. em, tips untuk masa depan ni... hehehe...

AKU: thanks abg coz masak tuk maya..
ABANG: abg lakukan smua ni dgn spenuh hati n jujur.. tiada niat tselindung.. really2 luv u so much..
AKU: ^_^
ABANG: abg tau kalo maya sorg kt umh.. kompom xmsk.. tu yg abg msk tuk maya.. Ns grg tu kalo maya nk mkn nti abg tlg masakkan tuk maya..

Em, nasib baiklah Mr. Abang tu sentiasa sabar melayan karenah aku.. Sori Mr.Abang.. huhuhu.... teringat lirik lagu P.ramlee "Kalaulah aku, Jadi temanmu, Masak-memasak, Serah padaku"... (^_^)



TERIMA KASIH ABANG.. (^_^)