Followers

Pages

Monday, May 23, 2011

PINDAH?

7 MAY 2011: Mimee pindah Putrajaya.. Minggu ni masuk minggu ke tiga Mimee duduk dengan aku.. Minggu pertama pindah, Mimee beli almari pakaian untuk menempatkan pakaiannya.. Seharian kami berkemas untuk memastikan keselesaan bersama dan hasilnya buat kami tersenyum.. Walaupun rumah dan bilik agak sempit tapi kami suka dan selesa.. Harap-harap Mimee pun rasa macam tu juga.. Kali ni sesi makan ku berteman.. (^_^)

Ada satu malam tu, masa makan aku cakap ngan Mimee "Cian dia.. ms duk umah abg dia, blh mkn best2 tiap hari.. duk umah aku makan makanan bujang je lah".. Semalam pun aku cuma jamu dia dengan ketam goreng berkicap.. mm, malas punya pasal.. hehehe.. Masakan ala-ala bujang pun tiap hari makanan mesti berlebihan.. huhuhu.. Alhamdulillah, ada lagi rezeki untuk kami berdua.. (^_^) walaupun hidup sederhana dan jauh dari AHLI KELUARGA, tapi hati kena senang..

Lagi pun kami bukan anak yang manja.. Yang suka merengek.. Sejak kecil kami telah di ajar berdikari.. Walaupun ketika itu kami ada pembantu rumah, tapi bapa haji tidak memanjakan kami.. Balik sekolah dan hujung minggu kami habiskan dengan membantu mak hajah berniaga secara kecil-kecilan.. Bapa haji pula pasti akan mengamuk sekiranya kami tidak membantu kerja-kerja di dapur.. Apabila kami sekeluarga habis makan Bapa haji akan marah kalau kami tidak mengemas dan membasuh pinggan mangkuk.. Pakaian dan kasut kami basuh sendiri.. Pakaian iron sendiri.. Bapa haji tidak membenarkan orang lain buat kerja untuk kami..

Bila kami lipat kain dengan cara yang salah, Bapa Haji marah.. Lantai berabuk sedikitpun dia bising.. Bila kampung menghadapi masalah bekalan air kerana paip bocor dan sebagainya, kami terpaksa menggangkat air dari sumber-sumber tertentu sebelum mandi, masak dan membasuh.. Yang pasti kami kena lakukan semua sendiri..

Semua ini mengajar kami tentang kepayahan menguruskan kehidupan seharian.. Tapi bila kami meningkat dewasa, kami faham kenapa bapa haji kerah kami macam kuli cabuk.. Semua ini membolehkan kami menguruskan hidup kami sendiri ketika duduk berjauhan dari mereka.. Hidup dan makan secara sederhana, Insya Allah tidak menjadi masalah untuk aku dan Mimee.. Terima Kasih Bapa Haji.. (^_^)

No comments:

Post a Comment