Followers

Pages

Tuesday, May 3, 2011

AIR TANGAN MR.ABANG

Bulan April betul-betul mencabar kekuatan mentalku.. Pelbagai rintangan dan dugaan yang ku hadapi.. Dugaan ini berterusan sehinggalah penghujung April.. Aku sangat-sangat tertekan dengan 1 masalah yang tidak boleh diceritakan di sini.. Namun cukup sekadar ku katakan masalah ini bersangkut paut dengan masa depanku.. Sehinggakan tidurku terganggu.. Makanku terbiar.. fikiranku kucar-kacir.. Aku cuba berlagak selamber di depan semua orang.. Namun kesedihan tidak dapat ku bendung bila aku bersendirian..

KENAPA?.. APA yg berlaku?.. BIARLAH RAHSIA.. Aku luahkan semua kepada seseorang yang ku panggil abang.. Aku harap dia dapat memberikan aku sokongan.. Apatah lagi sedikit sebanyak masalah ini turut membabitkan dia.. Namun kesibukannya terhadap kerja menyebabkan dia lupa.. Ku biarkan dia dengan dunianya.. Nampaknya aku terpaksa bergelut sendiri.. Penat, stres, pening memikirkan jalan keluar.. Akhirnya 1 May 2011 telah menjawab semua persoalan di bulan April.. Terima Kasih ya Allah kerana membantu hamba-Mu yang lemah ini..

Disebalik semua pergelutan ini sudah semestinya Mr. Abang terkena tempias kemarahanku kerana perangainya yang seperti endah tak endah menyebabkan aku rasa terpinggir.. Jauh di sudut hatiku terfikir mungkin dia turut mencari jalan penyelesaian cuma tidak diperlihatkan kepadaku.. Seperti biasa aku mengambil langkah berdiam diri..

1 MEI 2011
Siang tadi aku temankan Mr. Abg ke kenduri kahwin kawan kolejnya (IUCTT) yang bernama Abdullah Abe.. sepanjang perjalanan pergi kenduri, dalam majlis, perjalanan balik sampailah depan pintu rumah aku hanya mendiamkan diri membiarkan Mr.Abang membebel sorang-sorang..

Di MALAM 1 MEI.. tut tut.. 1 message received..

ABANG: Salam.. Watpe?.. dah makan?...
AKU: Baru siap main hujan n mandi.. Y en.abg?.. Ada yang tinggal ke?...

ABANG: Napa main hujan?.. dah makan?..
AKU: xlapar n mls nk msk..

ABANG: em, ok..


"Em OK" je?.. Geramku bertambah...
Sejam selepas itu.. tut tut.. 1 message received..

ABANG: Maya tolong buka pintu kejap..

em?.. kenapa nk buka pintu?.. Oppss, Mr.Abang kat depan pintu membawa bekas makanan berisi nasi goreng yang dimasaknya sendiri.. Walaupun dalam hatiku gembira dan terharu dengan kesungguhan dia masak dan hantar makanan ke depan rumahku tapi marahku yang masih bersisa menyebabkan aku tidak layan Mr.Abang.. Akhirnya nasi goreng di tinggalkan dan Mr.Abang terus beransur pulang.. Tidak lama selepas itu.. tut tut.. 1 message received..

ABANG: Maya jgn biar perut tu kosong.. abg syg maya.. n ini adalah serius.. bkn ckp kosong..



Nasi goreng ku biarkan tidak bersentuh sehinggalah keesokan paginya bila aku terjaga tepat pukul 6.00am.. Buat tu, setel ni.. erk, perut berbunyi.. laparlah pulak.. nak makan apa ni.. mm.. Pandang kiri pandang kanan, terpandang bungkusan nasi goreng semalam.. Agak2 elok lagi tak?.. Nasi ku hangatkan.. jengjejeng tak sampai 10 minit sarapan siap.. hehehe... Rasa sikit.. 1 sudu.. 2 sudu.. em, boleh tahan.. 3 sudu.. 4 sudu.. teringat Mr.Abang.. 5 sudu.. 6 sudu.. Hati mula sebak.. 7 sudu.. 8 sudu.. Air mata menitik.. Time tu juga terasa macam nak kol Mr.Abang.. Jam hp ku perhatikan.. Baru kul 8.30am.. Mesti Mr.Abang tak bangun lagi.. :(

Sehingga ke petang baru lah aku menerima sms dari Mr.Abang.. Tapi aku tetap dengan perasaan marahku (dia tak tau aku nangis makan nasi goreng dia).. hahahha... Fikir dan fikir.. Kenapa dengan aku ni.. Mungkin betul dia silap... tapi... ah, takpe lah lupakan semua.. So, aku terfikir sesuatu tuk menandakan aku nak berbaik..

AKU: Bila2 abg ada ms free blh bawa mya pg naik basikal?...

Kelakar ngan pangai sendiri.. Tak boleh blah.. tapi aku kisah ape coz dah lama aku simpan niat nak main basikal.. ngggeeee (^_^)... dan jawapan yang aku terima..

ABANG: bawak maya naik basikal... boleh maya...

Yahooooo!!!!!!!.... Terdetik dalam hati "betul kata orang tua-tua.. Air tangan tu sangat penting".. patutlah mak aku tetap sabar masak untuk bapa aku walaupun dorang perang besar.. pastu bebaik semula.. em, tips untuk masa depan ni... hehehe...

AKU: thanks abg coz masak tuk maya..
ABANG: abg lakukan smua ni dgn spenuh hati n jujur.. tiada niat tselindung.. really2 luv u so much..
AKU: ^_^
ABANG: abg tau kalo maya sorg kt umh.. kompom xmsk.. tu yg abg msk tuk maya.. Ns grg tu kalo maya nk mkn nti abg tlg masakkan tuk maya..

Em, nasib baiklah Mr. Abang tu sentiasa sabar melayan karenah aku.. Sori Mr.Abang.. huhuhu.... teringat lirik lagu P.ramlee "Kalaulah aku, Jadi temanmu, Masak-memasak, Serah padaku"... (^_^)



TERIMA KASIH ABANG.. (^_^)

3 comments:

  1. shea/buuwa: mr abg ni mmg gitu.. sk wat aku mrh tp xreti pujuk.. pastu dia akn wat bnda2 yg wat aku tharu... huhuhu

    ReplyDelete