Followers

Pages

Thursday, March 31, 2011

BERSIN

Para sarjana salaf tidak pernah memandang kecil sesuatu perkara selagi mana ia memberi pahala. Diceritakan, sarjana hadith Imam Abu Dawud mendengar seorang lelaki bersin. Ketika itu beliau berada di seberang sungai. Maka beliau lekas-lekas mengambil sampan dan mendayung ke seberang lalu bertanya, “Apa yang kamu ucapkan selepas bersin tadi?”. Lelaki itu menjawab, “Aku kata alhamdulillah“. Kemudia segera Imam Abu Dawud membalas, ‘yarhamkumullah‘, sebelum mendayung semula ke tempat asalnya.

Hak seorang muslim atas muslim yang lain ada enam: jika engkau bertemu dengannya maka ucapkanlah salam, jika ia mengundangmu maka datanglah, jika ia meminta nasihat kepadamu maka berilah nasihat, jika ia bersin lalu ia mengucapkan alhamdullilah maka doakanlah, jika ia sakit maka jenguklah, jika ia meninggal maka iringilah jenazahnya.” (HR Muslim)

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْعُطَاسَ وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ فَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَحَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ سَمِعَهُ أَنْ يُشَمِّتَهُ وَأَمَّا التَّثَاؤُبُ فَإِنَّمَا هُوَ مِنْ الشَّيْطَانِ فَلْيَرُدَّهُ مَا اسْتَطَاعَ فَإِذَا قَالَ هَا ضَحِكَ مِنْهُ الشَّيْطَانُ

"Sesungguhnya Allah menyukai bersin, dan membenci menguap. Maka apabila seseorang itu bersin, maka pujilah Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Manakala menguap, ia adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang daripada kamu menguap, tahanlah ia dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Monday, March 28, 2011

NOT OK

Friday 25 March 2011... Not feeling well.. kul 5.30am perut dah rasa lain macam.. tapi buat selamber.. bangun bersiap dan pergi kerja macam biasa.. sampai opis buat report & hantar kat manager.. Tapi alamak perut makin tak selesa.. Arrrgghhh, tak tahan... kul 10.00am terus balik rumah.. relax jap.. wups, getting worse..

kul 1.00pm
kol Mimee : Wei aku sakit perut..
kol Along: tut.. tut.. tut.. (tak berjawab)..
sms Abg : Abang, maya sakit perut.. (tak Berbalas)..

Aduhhh... aku dah berulang alik gi toilet.. muntah.. entah apa yang aku muntahkan.. adalah 6, 7 kali muntah... huhuhu... Mimee kat tempat kerja dah gelabah.. aku lagi gelabah menahan sakit sorang-sorang.. nangis... (cengeng kan?).. hahaha...

kul 2.30pm...
Mimee kol "aku datang sana skang"...
Along lak "along on dah way"..
Abg? "maya ok x?.. dah sapu mnyk?.. ubt ade x?"..

wwwrrooommmm... Mimee pecut dari Petaling Jaya ke Putrajaya... sampai je terus masak bubur untuk aku makan.. tak lama lepas tu along lak sampai bawa aku gi Hospital Putrajaya.. sampai wad kecemasan dalam pukul 3.50pm.. tapi tunggu sampai pukul 7.30pm doktor masih tak nampak muka.. pesakit-pesakit dalam wad kecemasan dah merungut-rungut... last-last Along kejarkan aku ke Hospital Ampang Puteri.. Fuh, baru dapat jumpa doktor.. Dapat lagi ubat seguni.. plus pantang larang berikut...

TEA

COFFEE

CHOCOLATE

MILK

SOY BEAN

EAT 6 SMALL MEALS /DAY

NO SPICY AND OILY MEALS

Saturday 26 March 2011... Rehat-rehat kat rumah sambil melayani mereka-mereka yang membebel nasihat tu nasihat ni.. mak hajah & bapa haji kol berkali-kali.. abang syawal awal-awal pagi dah sms.. waduh2... petang Hasrul lak datang bawa big apple.. plus buah-buahan dari mama.. tambah lagi sorang membebel.. duushh, dengarkan aje lah... heheh.. aku tau korang semua sayangkan aku.. (^_^)....

"Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada badan hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada telinga hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada mata hamba, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kepapaan, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kesengsaraan azab kubur, tiada Tuhan melainkan Engkau".

Maksudnya: Ya Allah, aku memohon akan dikau keampunan dan kesihatan. Ya Allah aku memohon kepadaMu petunjuk, ketaqwaan, kesucian dan kekayaan.

Monday, March 14, 2011

ANDAI LELAKI TAHU

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

apa yg TAK JADI?

Sediakan perfect gift tuk birthday man.. Hadiah, dinner & SURPRISE...







Yang ni nak keluarkan dalam keadaan yang sedikit WOWWW... Tapi hampeh.. malah dia rampas benda ni dari aku... (memang nak bagi kat dia pun sebenarnya)... hahhaha



Hadiah dah ready.. dinner? cancel.. surprise? cancel.. coz birthday man asyik nak buat hal & buat aku marah je... so hadiah bagi dengan slamber je siap plus marah-marah lagi... huuhuhu....

Saturday, March 12, 2011

plan tak MENJADI

Sebenarnya aku ada banyak plan tuk minggu ni.. tapi hampir smua plan tak menjadi.. Antara barang-barang yang aku sediakan untuk plan tak jadi aku tu adalah...

NI DAH BTAHUN KAT AKU.. SIMPAN LAMA.. DAH TURUN KALER DAH PUN.. APE YE?..


EM?... TULIS APE YER?....

INI APA LAK?....


YANG UTAMA.. TAPI APA?...


APA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!...... SEMANGAT LUNTUR oleh hal-hal berbangkit... :'(

Friday, March 11, 2011

terbanglah LADYBIRD..

Hari ni sbnrnya Birthday org tu.. tp xda apa yg mnarik tuk dilakukan coz dia jauh nun di sana.. so aku sms je wish hp bday tpt2 kul 12am mlm td.. So, bjalanlah hari ku sperti biasa.. olh krn hari ni aku terover slept so aku jd agak kelam kabut bsiap tuk pg keja.. kul 8.40 brlah aku tpacak kt opis... heheh



Ohya, smlm opismate beli fridge magnet bentuk LADYBIRD.. dia beli tuk aku skali tp bntk LOVE.. comel sgt... hehehh... so apa lg.. amik pic n upload kt fb.. Then hr ni ada lak sorg member (lynn) citer psl ladybird kat status fb dia.. wah dua hr ni aku asyik jmp ladybird je...

Tringat dulu ms kecil2 ada org gitau aku, klu jumpa ladybird.. tangkap pastu lepaskan smula.. tgk dia terbang ke arah mana.. hah, klu ada jejaka yg datang dari arah tu, dia lah jodoh kita... so, kami yg xtau apa2 tu pun brebut2 cari ladybird yg tkedek2 kat daun.. hahhaha... bl tringat smula mcm klakar lak... Yelah bdk2kan.. pcaya lah ngan bnda2 ngarut mcm tu... cb bygkan klu aku lpskan 30 ladybird yg terbang ke arah yg blainan.. huahua...

Sekarang bila aku citer kat kwn2 aku gelagat ms kecil aku tu.. respon yg aku trima "tulah ko, msti ms kecil ko tgkap ladybird byk sgt.. sbb tu skang ko ssh nk pilih coz calon suami dtg dr smua arah"... hahha... ngarut lah babe...tu smua main2 ms zmn kanak2 jelah.. tuk suke2...

SKARANG?.. Mestilah aku xpercaya ngan benda2 mngarut mcm tu... dan sdh smestinya aku tau sapa yang akan braja di hatiku dan yg pasti hanya sorang je yg akan mendapat penghormatan itu... so sapa dia?.. datang dari arah mn?.. selatan?.. utara?.. barat?.. timur?.. Hanya Allah yg tahu jawapannya... bukan LADYBIRD... (^_^)

Thursday, March 10, 2011

NAK APE?

SMS beberapa hari sebelum hari jadinya

AKU
: awk nk ape tk bday awk mr?.. Otak sya xblh b'pk dgn baik skang ni.. so xda idea nk bl apa.. klu blh beli awl smptlah bungkusan smp kt jndrm tpt2 bday awk..

DIA: nk jumaia bt hj amir.. ni bkn nk buat lawak yerk... **H&J**

AKU: yg tu tlalu mahal.. xmampu sya nk bg.. Also xleh di poskan.. sila req bnda yg org mcm sya mampu nk bl..

DIA: abg xtau nk req hadiah apa dr maya... hukhuk **H&J**

AKU: xpe.. Esk sy pg tgk apapa yg ptt n poskan skali...

DIA: nape mst pos?.. **H&J**

AKU: bistu xkan nak sya hntr smp dpn umah..

DIA: dis weeknd kn abg blk kl.. bg trus kt abg laa.. **H&J**


Signature **H&J** tu sebenarnya aku yang reka 2 tahun lps.. Masa nak bagi hadiah kat dia sempena setahun kami berkawan.. Aku beli tuala kecil dan sulamkan perkataan H&J beserta gambar sepasang dolphin di atas tuala tersebut.. Kemudian H&J lesap dibawa bayu.. Sampailah tahun ni, aku hidupkan semula.. bila aku dah start guna, dia pun ikut guna signature tu dalam setiap sms yang dia hantar.. tak kiralah sms tu untuk siapa.. aku ke, keluarga dia ke, awek dia ke.. Semua orang yang menerima sms akan dapat **H&J** tu.. Tapi aku guna kejap je.. Lebih kurang sebulan je kot..yang dia lak.. masih guna sampailah sekarang.. tak percaya?.. trylah sms dia.. bila dia reply mesti korang akan dapat **H&J** gak...

oowww, berbalik kepada sms di atas... nak beli hadiah ape?.. sebenarnya hadiah aku dah beli... (^_^) nak tau ape hadiah tu?... SURPRISE... hehehe... Tunggu esok yer...

SENYUM tak perlu kata apa-apa

Semalam aku mendapat soalan bonus dari rakan sekerja..

S: dia sarungkan tak?..
aku: tak..
S: bagi skali ngan bunge tak?..

aku: tak..
S: so?..

aku: alaa, bagi dlm keta je lah..

S: huh, tak romantik langsung.. klu sarungkan pastu bagi skali ngan bunge kan best..

aku: (^_^)..




Sebenarnya aku yang tak bagi dia beli bunga coz bilik dah dipenuhi bunga.. Tak tau nak letak mana lagi.. huhuhu...



Senyum tak perlu kata apa-apa... heeheh...

Wednesday, March 9, 2011

KISAHku..


hari ni aku baca post bff aku shea kat facebook yg berbunyi....

SHEA: Ladies, don't be someone's Dirty Little Secret, don't get involved with a man who's already taken. Increase your self-worth!

Status ni mengingatkan aku pada kisah lalu.. Aku juga tidak terlepas dari merasa situasi stealer menstealer ni... Masa tu aku tak fight pun tuk dapatkan hak aku semula coz sekiranya telah tertulis dia bukan milikku, aku redha.. Bukan tak sayang tapi bagi aku dalam soal perasaan tak perlu ada paksaan.. Aku tak mau hubungan yang tiada keikhlasan.. so aku ambil langkah berani mati dengan melepaskan dia terbang bebas.. Berikan dia ruang untuk berfikir... Biar dia sendiri yang memilih siapa yang terbaik untuk menjadi pasangannya... Namun aku tetap berdoa semoga Allah membuka hati/akal/fikiran si dia dalam menilai yang mana INTAN dan mana KACA...

"If you love something, let it go. If it comes back to you, it's yours forever. If it doesn't, then it was never meant to be.."..

Sehingga kini aku masih terkesan dengan apa yang terjadi.. Walau bagaimanapun aku percaya pada Qada' dan Qadar Allah.. Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk setiap umat-Nya.. Kalau telah ditetapkan perjalananku disertai onak dan duri seperti itu, aku terima.. Cuma aku berharap akan ada SINAR yang tidak akan padam menanti dihadapan.. Terima Kasih Allah..

Tuesday, March 8, 2011

WANITA dlm hidupku...

8 Mac setiap tahun di jadikan sebagai Hari Wanita Sedunia.. Hari ni lah rakyat akan mengingati jasa-jasa seorang wanita.. Tapi kenapa hari ni je nak ingat?.. tak leh ingat tiap hari ke?.. apapun kira oklah kan coz ada hari yang dikhaskan untuk wanita.. lagi best kalau hari tersebut diistiharkan sebagai cuti umum tuk para wanita.. heheh.. boleh ke?..

Di sini aku ingin berkongsi kisah WANITA dalam hidupku.. Agaknya sebaik membuka mata di dunia ni wanita pertama yg aku kenali adalah ibuku.. walaupun adik kembar aku Mimee telah bersama dengan aku sejak dalam perut lagi tapi time tu aku belum buka mata.. hehehe..

Kisah ku bermula disaat aku dilahirkan oleh seorang wanita yang ku panggil Mak Hajah.. Menurut sumber yg blh dipercayai (nenek & bapa sdara), aku dilahirkan pada pukul 6am.. Time tu semua orang tak tau yang mak aku tengah mengandungkan bayi kembar.. so bila aku dah keluar semua orang lega.. tapi belek punya belek rupa-rupanya ada sorang lagi dalam perut.. Mimee hampir lemas masa tu coz lambat keluar dari perut.. lepas 3 jam baru dia keluar.. (degil tul dia tu, nak duduk dalam perut lama-lama.. hehehe).. Walaupun mengalami kesukaran bila aku tak leh dialihkan dari bawa Mak hajah coz plasenta aku dihimpit oleh Mimee tapi Mak Hajah tetap tabah.. so kenalah tunggu Mimee keluar baru aku boleh berganjak dari bawah mak hajah tu.. sampai naik biru gaklah badan aku time tu.. Tapi Alhamdulillh semua selamat.. (^_^)



Kemudian diteruskan dengan kepayahan Mak hajah menjaga 2 bayi sekali gus.. Yelah bila nak menyusu kena susukan dua-dua sekali.. bila nak tidur kena dodoikan dua-dua sekali.. Bila dah agak besar kena beli baju berkembar gak.. kalau beli lain kaler mesti aku & Mimee akan gaduh coz kami akan suka pada baju yang sama.. time nak tidur kami akan berebut bantal coz km suka 1 bantal yang sama.. kalau makan Bapa Haji terpaksa bahagikan makanan dalam kuantiti yang betul-betul sama kalau tak mesti salah sorang akan merajuk.. huahua..

Masuk remaja aku mula menunjukkan sifat yang agak degil dan keras kepala.. berbeza dengan Mimee yang mendengar kata.. Mak Hajah selalu pening melayan karenah aku.. (maafkan maya ye mak..).. Kasih seorang ibu.. macamana dia marah pun kat aku, tapi kena time aku sakit dialah yang bersusah payah menjaga makan minum dan pakai aku.. Aku bersyukur kepada Allah kerana mengurniakn Mak Hajah sebagai ibuku..

Oleh kerana aku agak sensitif (prasaan n kesihatan) Mak Hajah tetap memberi perhatian penuh kepadaku sehingga kini dikala aku telah meniti usia dewasa.. Manja ke aku?.. Kecian Mimee yang banyak bersabar dan bertolak ansur denganku.. Yelah bila perhatian tertumpuh kepada ku, sedikit sebanyak dia akan terjejas.. (sori syg..).. Tapi aku bangga dengan adik kembar aku tu.. Aku suka tengok dia risau bila aku sakit.. bila aku nangis dia pun nak nangis gak.. heheh.. aku sayang dia sangat-sangat... dialah teman aku sejak dari dalam perut sehingga sekarang.. segala jerih perih aku akan ku ceritakan kepada dia.. Tapi sekang kami dah tak suke pakai baju sama lagi.. tak rebut bantal lg.. (^_^)



Sorang lagi.. Nenek kesayanganku.. walaupun dia telah meningalkan kami tapi dia tetap segar dalam ingatanku.. camna dia main dengan aku time kecil.. camna dia teman aku masak kat dapur.. ajar aku anyam daun ketupat.. buat pulut panggang.. Dia seorang yang tegas.. tp manja dan sensitif.. agaknya sifat nenek ni lah yang turun kat aku skang.. huhuhu... aku sangat-sangat rindukan nenek...

Mak Hajah, Mimee, nenek.. Itulah wanita terawal dalam hidupku.. MAYA SAYANG KAMU... muaaahh...

Friday, March 4, 2011

jangan CARI PASAL!!!

Semalam aku cuti rehat.. bosan2 aku layanlah drama tv 2 bertajuk CARI PASAL.. Tp xtengok dr awal.. so xbrapa nak fhm.. Dah nk hjg2 br fhm jln citer.. Apa yg sempat aku faham..

Wanita A : Bcerai ngan B dan berkahwin ngan C..
Lelaki B : Bcerai ngan A dan berkahwin ngan D..
Lelaki C : Bercerai ngan E dan berkahwin ngan A..
Wanita D : Wanita muda yang aktif..
Wanita E : Sepupu dan bks isteri C..

WANITA A dan LELAKI B cerai coz xsefahaman (kononyer lah)... LELAKI C dan WANITA E bercerai kenapa ek?.. ni aku xtau coz xmgikuti crita dr awal.. heheh... kmudian msg2 btemu jodoh baru..

WANITA A kawin ngan LELAKI C tp timbul masalah bila suami barunya itu tetap melayan bks isterinya iaitu WANITA E dgn baik dgn alasan slain pernah bkahwin, WANITA E adalah sepupunya.. so dia mrasa btanggungjawab tuk mengambil tau ttg sdara mara..

Manakala LELAKI B turut bertemu jodoh dgn WANITA D. Seorang wanita bjiwa muda dan aktif bersosial. Timbul masalah bila WANITA D yg bjiwa muda tidak dapat mengikut rentak LELAKI B yang agak tua dan begitu jg sebaliknya LELAKI B tidak dapat mgikut rentak isteri mudanya yg tlalu aktif.

Wanita E pula mula myedari bahawa dia masih menyayangi sepupunya LELAKI C dan merayu2 untuk rujuk semula dan sanggup menjadi isteri 2, 3 atau 4 sekali pun.. Yang penting dia dpt bersama semula dgn LELAKI C..

Apabila tidak dapat mencari keserasian pada pasangan baru masing2.. Mulalah mengimbau kembali saat2 indah dengan pasangan lama.. baru nak fkr kesalahan masing2.. br nak rasa myesal.. pastu br nak luah apa yg tbuku di hati.. sehinggakan anak2 mereka pun tanya "kenapa skarang br nk imbau kenangan manis?.. knp xdr dulu?.. knp dl ms nk bpisah just nmpk keburukan msg2 je?".. (em, betul gak kan)..

Ni lak antara dialog WANITA A dan LELAKI B bl bertemu smula slps msg2 bkahwin lain..
"tulah awak dulu awak slalu bla bla"..
"abg apa kurgnya slalu bla bla... sya nk jg tgk suami sya mcm lelaki lain. betulkan paip sndiri.. tukar lampu sndiri"..
"laa.. tu je ke harapan awak pada sy?.. knp xckp awal2?"..
(NOTE: Semasa A dan B msh suami isteri, A ni kuat mbebel coz B pemalas dan selekeh)...

citer berakhir dengan masing2 terpaksa menerima pasangan baru seadanya coz masa tidak boleh diundurkan semula walaupun msg2 bharap tuk kembali pada pasangan lama.. hukhuk..

AKU XNAK JADI MCM CITER NI... hukhuk.. :(

Eh, boleh lak gi tu kan?.. apapun dlm phubungan kena ada komunikasi 2 hala.. perbincangan.. sesi luahan hati dan sesi penyelesaian mslh.. Tapi tulah kan, kita manusia biasa yg sering tbawa2 dgn perasaan hinggakan sering hilang kawalan dan membawa kepada keputusan yg akan disesali dikemudian hari.. so marilah kira musahabah diri... pengajaran tuk diri ku dan smua..

TIPS dr drama CARI PASAL..
* kesilapan dlm phubungan adalah bl kita xmemujuk & xperbaiki kesilapan..
* fahami apa kehendak pasangan..
* jgn sk mbandingkn mslh kt dgn org lain coz kt xsempurna..
* cermin diri sblm myalahkn pasangan/org lain..
* Pasangan kita adalah gambaran diri kita..