Followers

Pages

Tuesday, March 8, 2011

WANITA dlm hidupku...

8 Mac setiap tahun di jadikan sebagai Hari Wanita Sedunia.. Hari ni lah rakyat akan mengingati jasa-jasa seorang wanita.. Tapi kenapa hari ni je nak ingat?.. tak leh ingat tiap hari ke?.. apapun kira oklah kan coz ada hari yang dikhaskan untuk wanita.. lagi best kalau hari tersebut diistiharkan sebagai cuti umum tuk para wanita.. heheh.. boleh ke?..

Di sini aku ingin berkongsi kisah WANITA dalam hidupku.. Agaknya sebaik membuka mata di dunia ni wanita pertama yg aku kenali adalah ibuku.. walaupun adik kembar aku Mimee telah bersama dengan aku sejak dalam perut lagi tapi time tu aku belum buka mata.. hehehe..

Kisah ku bermula disaat aku dilahirkan oleh seorang wanita yang ku panggil Mak Hajah.. Menurut sumber yg blh dipercayai (nenek & bapa sdara), aku dilahirkan pada pukul 6am.. Time tu semua orang tak tau yang mak aku tengah mengandungkan bayi kembar.. so bila aku dah keluar semua orang lega.. tapi belek punya belek rupa-rupanya ada sorang lagi dalam perut.. Mimee hampir lemas masa tu coz lambat keluar dari perut.. lepas 3 jam baru dia keluar.. (degil tul dia tu, nak duduk dalam perut lama-lama.. hehehe).. Walaupun mengalami kesukaran bila aku tak leh dialihkan dari bawa Mak hajah coz plasenta aku dihimpit oleh Mimee tapi Mak Hajah tetap tabah.. so kenalah tunggu Mimee keluar baru aku boleh berganjak dari bawah mak hajah tu.. sampai naik biru gaklah badan aku time tu.. Tapi Alhamdulillh semua selamat.. (^_^)



Kemudian diteruskan dengan kepayahan Mak hajah menjaga 2 bayi sekali gus.. Yelah bila nak menyusu kena susukan dua-dua sekali.. bila nak tidur kena dodoikan dua-dua sekali.. Bila dah agak besar kena beli baju berkembar gak.. kalau beli lain kaler mesti aku & Mimee akan gaduh coz kami akan suka pada baju yang sama.. time nak tidur kami akan berebut bantal coz km suka 1 bantal yang sama.. kalau makan Bapa Haji terpaksa bahagikan makanan dalam kuantiti yang betul-betul sama kalau tak mesti salah sorang akan merajuk.. huahua..

Masuk remaja aku mula menunjukkan sifat yang agak degil dan keras kepala.. berbeza dengan Mimee yang mendengar kata.. Mak Hajah selalu pening melayan karenah aku.. (maafkan maya ye mak..).. Kasih seorang ibu.. macamana dia marah pun kat aku, tapi kena time aku sakit dialah yang bersusah payah menjaga makan minum dan pakai aku.. Aku bersyukur kepada Allah kerana mengurniakn Mak Hajah sebagai ibuku..

Oleh kerana aku agak sensitif (prasaan n kesihatan) Mak Hajah tetap memberi perhatian penuh kepadaku sehingga kini dikala aku telah meniti usia dewasa.. Manja ke aku?.. Kecian Mimee yang banyak bersabar dan bertolak ansur denganku.. Yelah bila perhatian tertumpuh kepada ku, sedikit sebanyak dia akan terjejas.. (sori syg..).. Tapi aku bangga dengan adik kembar aku tu.. Aku suka tengok dia risau bila aku sakit.. bila aku nangis dia pun nak nangis gak.. heheh.. aku sayang dia sangat-sangat... dialah teman aku sejak dari dalam perut sehingga sekarang.. segala jerih perih aku akan ku ceritakan kepada dia.. Tapi sekang kami dah tak suke pakai baju sama lagi.. tak rebut bantal lg.. (^_^)



Sorang lagi.. Nenek kesayanganku.. walaupun dia telah meningalkan kami tapi dia tetap segar dalam ingatanku.. camna dia main dengan aku time kecil.. camna dia teman aku masak kat dapur.. ajar aku anyam daun ketupat.. buat pulut panggang.. Dia seorang yang tegas.. tp manja dan sensitif.. agaknya sifat nenek ni lah yang turun kat aku skang.. huhuhu... aku sangat-sangat rindukan nenek...

Mak Hajah, Mimee, nenek.. Itulah wanita terawal dalam hidupku.. MAYA SAYANG KAMU... muaaahh...

1 comment: