Followers

Pages

Thursday, February 10, 2011

CINTA NOVEL

Borak ngan my bff, Buwaa tentang tajuk yang sesuai tuk entry ni.. NOVEL CINTA or CINTA NOVEL.. aku pilih CINTA NOVEL coz entry ni berkisarkan tentang CINTA yang dipengaruhi oleh novel dan bukan tentang buku or novel cinta..

Di awal remaja aku gila ngan novel (penyiasatan, cinta, kehidupan, keluarga dll).. Sebahagian kawan turut berkongsi minat dengan ku.. Walaupun aku tidak menjadikan ia sebagai habit tapi sekiranya ada peluang tuk membaca sebuah novel baru, aku pasti tidak akan lepaskan..

Keindahan kisah didalam novel cinta menyebabkan aku terasa ingin cuba membina KISAH CINTAKU sendiri..

Cinta yang aku inginkan semestinya seperti yang sering dibaca dikebanyakkan novel cinta.. Romantik, disayangi.. Hero aku mestilah tinggi, kulit cerah, kacak, smart, kaya, tak merokok, melindungi, sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkan cintaku, gagah merempuh segala rintangan bersamaku, sekiranya terpisah dia tetap akan datang semula kepadaku, prihatin dan mengambil berat.. Ni lah angan-angan aku semasa remaja.. (wah memang dipengaruhi oleh novel)..

Menyebabkan aku terbabit dalam CINTA MONYET sebanyak beberapa kali dengan beberapa jejaka.. aku agak memilih.. (aku amik yg encem je.. biasalah nk menunjuk2 kat org.. hahah..).. Setelah melalui beberapa fasa aku merasakan CINTA adalah sesuatu yang memBOSANkan dan BUANG MASA... Sehingga 1 tahap aku tolak semua cinta yang datang dengan pelbagai alasan.. Walaupun jejaka-jejaka tersebut melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatianku hinggakan ada yang sanggup menunggu beberapa tahun namun tetap tak berjaya membuka hatiku... hehehe

Apabila masuk ke alam kampus (UUM).. Pendapatku masih serupa.. Aku semakin muak dengan rayuan lelaki (dah lah semua pun guna ayat yang lebih kurang sama je).. Menyebabkan aku meneruskan usaha murniku menjadi SINGLE sepanjang study. Dengan kata lain meneruskan aktiviti menolak semua cinta yang datang.. Agenda menjadi SINGLE bertambah kuat apabila jejaka-jejaka yang datang tidak memenuhi ciri-ciri jejaka idamanku (alaaa, mcm hero dlm novel tu lah).... Ditambah pula bila berkongsi pemikiran dengan roomate merangkap bffku, Shea.. hihihi... Kami bukanlah ANTI LELAKI malah sepanjang berada di UUM aku berkawan rapat dengan beberapa jejaka yang mengharapkan aku.. (ada yg bw hadiah tiap minggu.. hehhe)... tapi... ah, SINGLE = XDA MASALAH... Sehinggakan rakan-rakan mengelarkan aku sebagai 'jual mahal.. terlalu memilih.. semua nk rejek'.. jawapanku 'biasalah yang ssh nk dpt ni lah best.. skali dpt akn dihargai'.. huhuhu

Pemikiran ini terhakis sedikit demi sedikit apabila aku memasuki alam pekerjaan.. Aku seperti tersedar.. Sebenarnya bukan cinta yang membosankan tapi mungkin aku yang tak nak menerima cinta tu seadanya... Bagi aku CINTA mestilah sempurna dan lengkap dengan ciri-ciri yang aku inginkan.. kurang satu, REJECT... tapi CINTA SEMPURNA hanya wujud di dalam novel.. REALITY? mungkin tidak.. kerana kita hanya manusia biasa yang mempunyai banyak kelemahan dan tidak sempurna.. Tapi dalam proses membuka PEMIKIRAN, aku masih diselubungi rasa takut dengan REALITY dan masih berharap pada CINTA NOVEL.. kesannya aku mengecewakan beberapa lagi JEJAKA (kapel kejap2 je.. pastu aku tinggal.. dah lah smua yg keja mantapsss.. adush...)...

1.9.2008 mengubah segalanya.. Aku dengan berani melangkah ke satu tahap yang aku takuti.. "bercinta secara serius" (sblm2 ni bcinta main2 je.. huhuhu).. Ketakutan tu membuatkan aku sentiasa berhati-hati kerana aku sangat tidak suka disakiti... Oleh sebab itu aku cuba tuk bersikap realistik dan menjadi yang terbaik.. walaubagaimanapun aku masih tidak dapat lari dari CINTA NOVEL.. sehinggakan kadang-kadang aku mengharapkan si dia menjadi HERO yang memperlakukan wanita seperti seorang puteri.. dan apabila respon yang diberikan tidak selari dengan pemikiranku, aku akan merasa kecewa dan terasa hati... Tapi aku sentiasa cuba untuk bersabar dan menjadi wanita yang mungkin tidak sempurna tetapi TERBAIK untuknya...

Kemudian beberapa perkara yang agak MENYAKITKAN berlaku menyebabkan aku benar-benar yakin yang CINTA NOVEL tidak wujud.. Kesakitan dari CINTA REALITI menghancurkan impian indahku.. so, aku lepaskan semua.. PASRAH???.. mungkin juga... (^_^)

SEKARANG?... segalanya aku serahkan kepada ILAHI.. Alhamdulillah aku menjadi semakin REALISTIK dalam menjalani kehidupan.. Tiada lagi CINTA NOVEL (yeke?.. heheh).. Hanya ada KISAH HIDUP seorang wanita yang diberi nama JUMAIA BINTI HAJI AMIR...

*** SEBAIK-BAIK CINTA ADALAH CINTA KEPADA TUHAN KERANA HANYA DIA YANG MAMPU MEMBERIKAN KITA CINTA SEMPURNA***

NOTE: Jangan nak percaya sangat dengan tulisan yang ala2 cerita NOVEL ni ye... huahuahu... (^_^)