Followers

Pages

Friday, December 30, 2011

CAN I ??... dalam facebook... NO !!

apa yang NO kat FB ni????..........

can i MENGUTUK dalam fb.. NO
can i MAKI ORANG dalam fb.. NO
can i MENGENAKAN ORANG dalam fb.. NO
can i MEMFITNAH dalam fb.. NO
can i MENCARUT dalam fb.. NO
can i MENYEBARKAN CERITA dalam fb.. NO
can i MENCARI KESALAHAN ORANG dalam fb.. NO
can i UPLOAD PIC/VIDEO YANG DEDAH AURAT dalam fb.. NO
can i UPLOAD PIC/VIDEO YANG MENJATUHKAN MARUAH dalam fb.. NO
can i BUKA AIB SESIAPA dalam fb.. NO
can i MENGADU dalam fb.. NO
can i BERGADUH dalam fb.. NO
can i SKODENG-SKODENG dalam fb.. NO
can i MENUNJUK-NUNJUK dalam fb.. NO
can i MEMANCING PERHATIAN dalam fb.. NO
can i BISNES HARAM dalam fb.. NO
can i BUAT FAKE ACC dalam fb.. YES... eh NO.. i mean YES fb tak tau pun klu ko buat fake acc.. sorg leh je bt 5,6 or lbh acc.. NO coz xbaik mnipu..

TAPI KENAPA NO..???????


SEBAB.. apa yang kita post or upload akan menjadi tontonan umum.. so sekiranya kita post or upload benda-benda tak elok dengan mudah ia akan membawa DOSA kepada kita.. bayangkan sekiranya anda ada 500 orang kawan dan semua melihat post anda.. kena plak ada yang akan view post tu berulang kali.. esoknya dia tengok lagi.. lusa buka dan tengok lagi.. maksudnya setiap 1 'view' tu membawa 'kesan' pada catatan amal kita.. berapa dosa yang kita ada dengan 1 post?.. kita takkan mampu kira.. Hanya Allah yang menilai dan hanya Allah yang tahu.. so cuba bayangkan klu kita ada beribu-ribu post yang serupa.. Masya Allah, kita xkan mampu mengangkat beratnya dosa yang kita terima setiap saat.. Astaghfirullah.. lepas ni kena clean fb sendiri lah.. INSAF.. INSAF..

apa nak jawab bila di tanya.. apa yang tangan kamu lakukan hari ini?.. apa yang kamu postkan dalam fb hari ini?..

Ya Allah banyaknya dosa yang datang tanpa kita sedari akibat kelalaian kita sendiri..

Thursday, December 29, 2011

CyberBULLY

"Cyberbullying involves the use of information and communication technologies to support deliberate, repeated, and hostile behaviour by an individual or group, that is intended to harm others. " - Bill Belsey

Cyberbully ialah menggunakan teknologi seperti internet, email, telefon, komputer dan sebagainya untuk mengancam, memalukan atau mengganggu individu atau kumpulan sasaran. Dengan menggunakan ancaman secara online, ayat-ayat yang biadab atau menyiarkan video yang direka atau dengan kata lain membuli di alam maya tanpa perlu bersemuka secara langsung.

apa cyberbullying BUAT?

* menyebarkan khabar angin atau fitnah
* mengusik tanpa batas
* menyebarkan gosip liar
* memberi ancaman
* menghina
* menipu
* memberi gelaran-gelaran buruk
* mengganggu dengan pelbagai cara


cara elak menjadi CyberBully
* jangan berkongsi kata laluan
* jangan percaya apa yang kamu tengok atau baca.. kerana mungkin apa yang kamu fikirkan tak betul.. bila ada orang kata dia umur 15 tak bermakna ia betul..
* berlaku sopan pada orang lain dalam talian. Jika ada yang menghina anda, JANGAN BALAS. kerana respon andalah yang dia nanti2kan dan memberi mereka kepuasan. Jika anda membalas juga dengan kata2 buruk, bukankah anda juga sama seperti cyberbully?.. jangan menjadi sebahagian dari mereka.
* jangan hantar mesej atau update status ketika marah.. tunggu selepas anda tenang dan boleh berfikir dengan normal. Ia bagi mengelakkan dari rasa menyesal yang datang kemudian selepas anda menghantar mesej yang menyakitkan orang. tapi telanjur kata tak boleh ditarik semula kan?..
* jangan online sepanjang masa. beri diri anda ruang untuk melakukan perkara2 lain seperti beriadah bersama rakan dan keluarga. so takdelah ko keja membuli orang je.

MANGSA?? apa yang perlu dilakukan?..
* jangan balas.. kerana itulah yang cyberbully inginkan.. dia ingin tau adakah dia berjaya buat anda sedih, kecewa dan kucar kacir. jangan biar mereka mendapat keseronokan kerana berjaya mengawal minda anda.
* jangan simpan marah dalam diri anda dan jangan biar diri anda terganggu
* jangan padam segala mesej dari cyberbully. kamu tak perlu membacanya tapi perlu menyimpannya sebagai bukti atau sebagai rujukan kerana anda mungkin akan mendapat mesej yang sama dari AKAUN LAIN (fake acc).. untuk itu lebih senang untuk anda menjejak siapa pengirimnya dengan membuat perbandingan ayat/pnulisan/cara/pic/gaya bahasa atau sebarang yang berkaitan kerana setiap individu berbeza, unik dan mempunyai gaya tersendiri.
* lindungi diri anda. jangan percaya atau berjumpa dengan orang yang tak dikenali atau dengan orang yang hanya kenal di dalam talian. melainkan anda turut ditemani oleh orang yang dipercayai..
* kalau cyberbully semakin melampau. anda mungkin perlu padamkan acc sosial, email atau no telefon sedia ada dan buat yang baru.

aku dapat idea tuk tulis entry ni pas mnonton citer CYBERBULLY kt tv3. sgt2 kcian kat mgsa. tp last2 cyberbully dpt balasan. klupun bkn dr org yg dia buli, tp mgkn dr org lain. Yang psti balasan ALLAH.. so BERSOPAN dalam menggunakan teknologi.. jangan menjadi CYBERBULLY.. not gud not gud.. tuhan marah.. ^_^

Wednesday, December 21, 2011

MERTUA vs MENANTU

Sebelum ni pernah tengok bual bicara Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah iaitu Selami Jiwa dengan tajuk MERTUA vs MENANTU. Menampilkan Sharifah shahirah dan mertua sebagai tetamu jemputan. Shahirah adalah menantu perempuan sulung dalam keluarga Ijoi suaminya memandangkan Ijoi adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga. Episod kali ini memaparkan cerita bagaimana ibu ijoi sangat menyayangi dan menerima shahirah walaupun banyak kekurangan pada shahirah termasuk tidak pandai memasak. ^_^ malah bila dato' fadzilah bertanya apa keburukan yang ada pada shahirah?.. mertua akan menjawab "tidak ada. semua ok".. bak kata Shahirah, dia sangat bertuah kerana mendapat mertua yang sangat bertolak ansur.

so frens camna nak jaga mertua?.. berikut adalah tips-tips yang diberikan oleh
Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah.

  • jadilah menantu solehah
  • maafkan dan doakan mertua
  • masak untuk mertua dengan ikhlas
  • sentiasa faham karenah mertua coz 'org tua' lebih sensitif
  • layan mertua seperti ibu kandung
  • peluk, cium dan sapu minyak urut
  • beri hadiah
  • hantar gelombang positif
  • berbaik-baik dengan ipar duai
  • cakap benda baik di belakang mertua
  • jangan mengadu tentang suami kepada mertua (kecuali sampai tahap paling kritikal dan memerlukan mertua sebagai penyelesaian terakhir)
  • kena banyak mengalah pada mertua dan kalau ada masalah cari masa yang sesuai untuk berbincang
  • serap dalam hati kita berbuat baik untuk mendapat redha Allah
  • Sekiranya mertua melebihkan menantu lain (jika ada), jangan dengki tetapi segera muhasabah diri, cari kelemahan diri dan berubah
  • jangan bekerjasama dengan menantu-menantu lain (jika ada) untuk mejatuhkan mertua


ADA FAHAM!!!!!!!..

Tuesday, December 20, 2011

Mentari Membuang Kabus

Masa zaman sekolah aku rajin berpuisi.. ni antara puisi yang aku tulis masa upper six..

hati di baluti kabus menebal
pandangan kelam terhalang
kami terkapai-kapai
mencari diri sendiri
kami teraba-raba
mencari bayang yang hilang

kemana pergi pelita iman
kemana hilang cahaya kebenaran

jasad mereka telah jauh dihadapan
sementara kami masih menanti
menanti mentari membuang kabus
menanti bulan menerangi kelam
menanti dan terus menanti

bilakah mentari terbit
bilakah bulan mengambang
kami sendiri kurang pasti



dats me.. puitis.. hahah ^_^

Sunday, November 27, 2011

RAHSIA DUNIA SAKITKU bil.2

Sepanjang hidupku dihiasi dengan beberapa siri ‘dunia sakit’. Bermula semasa aku masih bayi sehinggalah kini. Beberapa bulan yang lepas aku telah menceritakan tentang dunia sakitku semasa aku belajar di Universiti Utara Malaysia. Siri ini antara yang ‘mencabar’. Namun masih belum berkesempatan untuk menamatkan cerita tersebut atas sebab-sebab tertentu. Atas permintaan rakan-rakan, aku meneruskan cerita tersebut di sini.

Dalam bil.1 (rahsia dunia sakitku) aku telah menceritakan bagaimana aku di bawa ke Hospital Alor Setar dengan ambulan. Sampai di sana aku di masukkan ke wad kecemasan dan di letakkan di bawah jagaan beberapa orang pakar sehinggakan aku naik pening melihat terlalu ramai orang yang terlari-lari di sisi katilku. Seorang pakar memegang tangan kananku dan cuba menarik perhatianku dengan berbual sambil mencucukkan sesuatu ke lenganku. Seorang pakar lagi memegang tangan kiriku, juga sedang mencucukkan sesuatu ke lengan kiriku. (aku tau mereka tu pakar coz mereka perkenalkan diri looorr). Seketika aku memerhatikan sekeliling. Berdekatan katilku terdapat beberapa mesin yang aku tidak pasti fungsinya. Aku mula rasa sakit di lengan kiri dan kanan. Rupa-rupanya pakar-pakar tersebut telah memasukkan tiub. Pakar di sebelah kiriku kemudiannya mencucukkan picagari yang agak besar untuk mendapatkan sample darah. Manakala pakar di sebelah kananku menyuntikkan sesuatu cecair ke dalam tiub di lengan kananku. Jururawat-jururawat pula sibuk menghulurkan peralatan-peralatan yang diminta oleh doktor terbabit. Kemudian pandanganku semakin kabur, kabur, kabur dan hilang.

Bila sedar aku telah berada di wad. Aku ingin bangkit tapi terhalang dengan saluran tiub di tangan kanan dan kiriku. Disamping topeng oksigen yang menutupi hidung dan mulutku. Entah berapa lama aku tidak sedarkan diri. Perkara pertama yang terlintas di kepala ku adalah “teruk sangat ke sampai nak pasang oksigen ni?. Kenapa mesti nak pasang sampai dua tiub air? Selalunya kan satu je”. Tengok-tengok, renung-renung, rupa-rupanya di lengan kiriku ialah tiub untuk menyalurkan darah dan di tangan kananku tiub untuk menyalurkan air. Situasi ini menyukarkan pergerakanku. Menyedari aku mula sedarkan diri, jururawat memanggil doktor. Seketika beberapa doktor datang untuk memeriksa keadaanku. Mereka turut menceritakan tindakan-tindakan yang mereka ambil semasa aku tidak sedarkan diri dan menerangkan hasil dari ujian yang telah dilakukan. Aku hanya mendengar bagai angin yang lalu kerana masih tidak sedar sepenuhnya namun masih dapat menangkap butiran kata yang menyatakan terdapat spot-spot kecil dilihat sebagai luka-luka awal di ususku.

Pada sebelah petang aku di pindahkan ke wad pembedahan (klu xsilap ingat). Entah berapa pain darah dan berapa plastik air yang dimasukkan kedalam badanku, aku tidak ingat. Namun beberapa kali tiup terpaksa di tanggalkan kerana tanganku bengkak dan menghalang air dan darah dari masuk ke badan. Maka terpaksalah tiub di cucukkan di tempat yang baru. Air mataku mengalir tiap kali tiup di cucukkan di tempat yang baru. Keseluruhan tangan dan lengan menjadi lebam dan bengkak.

Sepanjang aku di masukkan ke wad, rakan-rakan, lecturer, pengetua kolej kediaman tak henti-henti datang melawat. Berita aku dimasukkan ke wad tersebar di university dengan cepat. Berasa risau dengan keadaanku, rakan-rakan berusaha mencari jalan untuk menghubungi keluarga ku di Sabah. Walaupun aku cuba merahsiakan perkara ini dari keluargakku namun aku yang terlantar tidak dapat menghalang apabila beberapa ahli Persatuan Pelajar Sabah Berjaya mendapatkan no sepupuku. Sepupuku kemudiannya menghubungi keluargaku dan menceritakan keadaanku. Apa lagi, terkejut besarlah mereka. Apatah lagi panggilan tersebut di buat pada pukul 3.00am. Mak hajah dan bapa haji ingin segera datang ke Kedah untuk melihatku tapi aku melarang dengan memberitahu mereka yang aku hanya sakit sikit dan telah semakin pulih (bohong sunat coz xmau dorg risau).

Beberapa hari lagi masyarakat yang beragama Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Adakah aku akan beraya di Kedah dalam keadaan sakit? Sorang-sorang?. Oh TIDAK!!!!!.. Hanya melalui panggilan telefon Along menghubungi pihak hospital untuk meminta izin agar membenarkan aku balik dan akan menyambung rawatan di sabah. Pada awalnya doktor tidak membenarkan memandangkan keadaan aku yang agak teruk. Tapi aku tetap berkeras ingin balik ke sabah. Bagaimana?. Hanya ada satu cara. Iaitu dengan berpura-pura ‘sihat’ dihadapan doktor. Kemudiannya merayu dengan doktor terbabit. Akirnya mereka membenarkan dengan syarat aku harus segera menyambung rawatan di Sabah. Keesokan harinya berbekalkan surat arahan penyambungan rawatan dari pihak hospital Alor setar aku meninggalkan wad. Rakan baikku, pijah datang untuk menjemputku.

Lagi sekali aku menguatkan diri untuk mengemaskan barang dan pergi ke air port seorang diri. Memandangkan semua rakan juga akan balik ke kampung masing-masing. Setibanya di air port, aku pitam. Seorang lelaki tua membantuku duduk di kerusi dan kami berbual panjang. Dari segi pertuturan dan dialeknya menggunakan bahasa inggeris aku tau dia bukan Malaysian. Dia kemudiannya menghulurkan kadnya. Rupa-rupanya dia adalah pensyarah untuk pelajar Master dan Phd di university Utara Malaysia dan dia berasal dari Pakistan. Dia menyatakan rasa simpatinya padaku apatah lagi setelah melihat lenganku yang lebam dan bengkak. Aku kemudiannya menaiki kapal terbang ke Kuala Lumpur dan keesokkan harinya berangkat balik ke Sabah bersama Along.

Alamak dah panjang leer.. kita berhenti di sini ye.. nnt korang bosan lak… okiezzz… TUNGGU bil.3 lak ye… chow… salam….

Thursday, August 4, 2011

pikat LELAKI & WANITA

Masa aku ambil kursus kahwin kat presint 16 Putrajaya, seorang penceramah yang juga seorang ustazah memberikan tips untuk memikat LELAKI dan WANITA atau SUAMI dan ISTERI. Sebenarnya ada banyak tips tapi aku berminat dengan tips terakhir yang di beri kerana ia suatu yang baru bagiku. Penceramah tu kata

"lelaki sensitif pada mata,
wanita sensitif pada telinga"




Pada awalnya aku kurang faham. Sensitif yang macam mana tu????.... semua peserta berkerut dahi.. huhuhu... Akhirnya penjelasan lanjut menjawab soalan yang berlegar dalam kepala semua peserta... Dia kata

lelaki sensitif pada mata : lelaki suka melihat benda yang cantik.
so untuk mengambil hati seorang lelaki @ suami, si isteri kenalah berusaha untuk menjadi cantik luar dan dalam. Agar dia sentiasa kelihatan cantik dimata dan hati suami.

Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
kata : kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut.

wanita sensitif pada telinga : wanita suka mendengar kata-kata yang manis.
so untuk mengambil hati wanita @ isteri, si suami kenalah sentiasa berkata manis pada isteri apatah lagi ketika isteri sedang marah atau merajuk.

Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah kata : Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

Tapi dalam satu temubual di radio Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah turut menyatakan bahawa (ayat lebih kurang macam ni) "lelaki mempunyai egonya yang tersendiri... lelaki tidak suka dicabar... Maka jangan tinggikan suara pada lelaki... Apabila lelaki marah wanita kena diam dan hanya luahkan apa yang tidak puas hati setelah lelaki sejuk... Sekiranya kita turut bersuara apatah lagi dengan nada yang tinggi ketika lelaki marah dia akan rasa tercabar"...



mmm... YEKE??... YEKE???... LU FIKIRLAH SENDIRI... ^_^

sumber :
- http://damiakhairina.blogspot.com/2010/05/50-langkah-bestari-suami-mithaliapr-29.html
- http://www.perkahwinan.com/index.php?action=printpage;topic=1976.0

Wednesday, August 3, 2011

KENAPA AKU??

Ramadhan ditahun 2011 jatuh pada 1 Ogos 2011 bersamaan hari Isnin.. Hari ni dah masuk hari ke 3 kita berpuasa..



Beberapa hari sebelum puasa lagi aku telah diuji dengan sakit.. Demam, batuk dan selsema.. Alhamdulillah, tak semua orang terpilih untuk melalui dugaan ini.. tapi KENAPA?? APA?? BAGAIMANA??.. mmm???...


KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." (QS Al-Ankabut: 2-3).

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU INGINKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS Al-Baqarah: 216).

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sekadar kesanggupannya..." (QS Al-Baqarah: 286).


RASA KECEWA?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman." (QS Al-Imran: 139).

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" (QS Al-Baqarah: 45).

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... " (QS At-Taubah: 111).

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selainNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dialah yang memiliki Arasy yang agung" (QS At-Taubah: 129).

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

".. Orang yang putus harapan dari rahmat Tuhan itu, hanyalah orang2 yang sesat." (QS Al-Hijr: 56)


sumber: http://smkp81ubk.blogspot.com/2010/01/allah-sentiasa-menguji-hambanya.html

Wednesday, July 27, 2011

SETIA bersamaku

Sometimes we can't have what we love, so we must love what we have....
Sebab tu aku sangat sayangkan DIA.. Aku tidak akan biarkan orang lain RAMPAS dia dariku.. kerana dia antara yang awal hadir dalam hidupku.. Dia membuat aku terhibur.. Dia mengajarku erti SETIA..


bila aku SEDIH, dia temankan..
bila aku GEMBIRA, dia temankan..
bila aku MENANGIS, dia temankan..
bila aku MEMBEBEL, dia setia mendengar..
bila aku MERAJUK, dia setia disisi
pergi kemana-mana, dia temankan..
kami bercuti bersama..
telah berkali-kali dia temankan aku naik flight..

aku sangat sayangkan dia..
Namun dia sering menjadi mangsa kemarahanku.. aku pukul dia.. aku tampar dia.. untuk melepaskan geram.. walaupun begitu dia masih tetap SETIA bersamaku..


SIAPA DIA???
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bawah lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
jeng je jeng
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

ni lah dia.. walaupun dah comot coz dah bertahun dia menjadi teman setia ku.. tapi dia tetap ada.. dan aku selalu hantar dia gi dobi tuk dibersihkan.. hihihihi ^_^

Tuesday, July 26, 2011

SABARlah Maya

Aku mengalami kekucar kaciran perasaan sejak dari minggu lepas. Ada benda yang mengganggu fikiranku. Seniorku semasa sekolah berkata "PMS kot". Em, mungkin juga. Ditambah dengan benda lain yang sangat menyesakkan kepala dan dada ku. Untuk menghilangkan rasa kurang senang tersebut, hujung minggu ku habiskan dengan aktiviti membasuh, memasak dan mengemas rumah. Semasa aku mengemaskan bilik tidur aku terlanggar satu bekas berisi manik.

Dengan keadaan hati yang 'kurang sihat', aku bagai ingin menjerit marah melihat manik-manik bertaburan di atas lantai. Aku baru je siap mengemas. ni dah tambah satu kerja lagi nak kutip manik-manik ni semua. Marahku mencapai tahap sukar dijangka. Aku cuba pejamkan mata dan menarik nafas sedalam-dalamnya. Salahku kerana kurang berhati-hati. Lama aku duduk menyandar menenangkan diri sambil memandang manik-manik yang telah bercampur aduk. Cuba bayangkan manik-manik yang banyak tu perlu diasingkan mengikut warna dan jenis. Di atas tikar yang berwarna amat sukar untuk aku membezakan warna manik dengan jelas. Ditambah dengan saiz manik yang sangat kecil. Maka aku menggunakan pinggan berwarna putih.

Masukkan manik sedikit demi sedikit ke atas pinggan.


Asingkan mengikut bentuk dan warna.


kemudian masukkan kedalam bekas manik.


3 jam aku habiskan untuk mengasingkan benda alah ni. Kalau ikutkan seorang Jumaia Haji Amir manik tu akan menjadi habuan tong sampah je. Tapi entah di mana aku mengutip kesabaran yang jitu untuk melaksanakan tugas yang leceh ni. Alhamdulillah Allah membantu aku dan akhirnya aku BERJAYA.... YEAAA!!!!!!!!!....

tolong PILIH

nak keluar.. Jalan-jalan cari makan.. tapi nak pakai tudung camna ye???... adush...

nak pakai cara LOOSE dgn tudung kaler gelap @ hitam??..




pakai tudung SARUNG??..


pakai tudung DOUBLE layer ??.. (dua tudung lain kaler)..




pakai PASHMINA??..


pakai tudung style biasa tp TRIPLE layerkan inner??.. (3 inner lain kaler)..


pakai cara LOOSE dgn tudung kaler yang lebih menyerlah??..






eemmmm?????.... mana ye???...

Saturday, July 16, 2011

RAHSIA dunia SAKITku

Pernah ada orang kata aku menggunakan SAKIT untuk meraih simpati. Aku hanya tersenyum. Kenapa dia berkata begitu aku tak pasti. Mungkin dia fikir aku hanya berpura-pura untuk menarik perhatian. entahlah.. Tapi aku tak risau coz Allah tahu segalanya (^_^). Aku adalah orang yang akan merahsiakan SAKIT malah dari pengetahuan keluarga sekalipun. Selagi boleh, aku akan bertahan kerana aku tidak inginkan simpati. Aku juga merasa sangat pelik bila ada orang yang akan merengek hanya kerana SAKIT yang bagi aku ala MANJA... mmm..

Hari ni biar aku kongsi 1 cerita dalam episod SAKIT yang tidak pernah aku ceritakan kepada sesiapapun. Mungkin bagi sesetengah orang keadaan yang bakal aku ceritakan ini terlalu biasa. Tapi bagi aku ia sangat memberi kesan kerana aku terpaksa laluinya seorang diri. (^_^)

Terjadi semasa aku belajar di University Utara Malaysia. Sebenarnya dah beberapa hari aku rasa tak sihat dan selalu pitam. Tapi aku tak ambil serius. Aku meneruskan aktiviti seperti biasa. Pergi kelas, study group, pergi library. 1 hari aku pergi ke pejabat kolej penginapan bersama Kak Siti dan aku hampir pengsan. Kak Siti bawa aku ke pusat kesihatan UUM. Doktor kata aku pucat dan mungkin penat study so dia bagi ubat yang aku pun tak tau ubat apa. Tapi sakit aku masih berterusan. Sampai satu tahap aku rasa sangat tak larat dan just berehat di bilik. Masa ni roomate aku Shea balik kampung. Bila sorang-sorang aku rasa bosan so aku pergi basuh kain. Sekali lagi aku pitam dan hampir pengsan. Dengan pantas aku beransur masuk ke bilik (xmau aku pengsan kat bilik air yang kotor tu). Bila pandangan aku makin kabur & tahap kesedaran aku makin berkurang. Aku segera telefon kawan-kawan terdekat (risau kot2 aku mati xda sapa tgk mayat aku). Aku juga SMS adik kembarku untuk memberi tahu aku kurang sihat tapi melarang dia memberi tahu pada ahli keluarga lain. Aku tidak mau mereka risau. Tidak lama selepas itu Ayu sampai & membawa aku ke Hospital Jitra.

Aku mula sedar bila diberikan suntikan. Mereka also beri aku air yang dimasukkan melalui tangan. Aku ingin menangis bila pembantu doktor cuba memasukkan tiub kedalam tanganku. Bukan tidak pernah tapi pembantu tu gagal mendapatkan urat di tanganku walaupun telah 3 kali mencuba. Tanganku mula bengkak. Sehinggalah seorang doktor datang dan membantu. Akhirnya berjaya. Aku dimasukkan ke wad.

Keesokan harinya doktor memeriksa berat badan ku dan dia sangat terkejut kerana berat badanku menurun hampir separuh dari berat badan normal hasil anemia yang teruk. (Berat aku sblm tu 42.. so klu trn hmpr sparuh, brapa agknya ek??..). Mereka bergegas untuk mendapatkan darah O yang agak susah didapati. Mengikut kata doktor aku perlukan 3 pain darah. Seawal pagi rakan-rakan datang melawat tapi aku sangat lemah untuk melayan mereka. Tak habis 1 pain darah masuk kedalam badan, sistem badan aku mula beri respon negatif. Bintik-bintik merah mula timbul di seluruh tubuh. Doktor terpaksa memberhentikan proses masuk darah dan pemeriksaan dilakukan. Aku mula risau sekiranya berlaku apa-apa. Maka aku SMS abangku @ Along untuk memberi tahu yang aku masuk hospital. Tapi masih sama, aku mahu dia berjanji agar tidak memberi tahu ahli keluarga yang lain terutamanya Mak Hajah dan Bapa Haji. Biarlah Mimee dan Along sahaja yang tahu. Mereka juga hanya tahu yang aku sakit tetapi tak tahu sakit apa dan tak tahu keadaan sebenar aku ketika itu. Tidak mengapa. Biar aku tanggung sendiri dan aku yakin aku masih boleh bertahan. Aku tak mahu mereka risau memandangkan mereka juga pasti ada masalah sendiri yang perlu difikirkan.

Bila keadaan aku semakin kritikal, pihak hospital Jitra memohon untuk memindahkan aku ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Menurut mereka peralatan di Hospital berkenaan lebih canggih dan lengkap. Dengan segera sebuah ambulans disediakan. Masa ni aku hanya separuh sedar. Kata-kata doktor (Hospital Jitra) terngiang-ngiang di telinga ku. "Awak bernasib baik coz di bawa kehospital sedikit awal klu tak bla bla bla... tapi klu keadaan awak berterusan saya risau bla bla bla... dan ini sgt berbahaya kalau di masa depan awak bla bla bla".... Ya Allah, nak gugur jantung aku mendengarnya. Dalam hati aku sangat berterima kasih pada Ayu yang bersusah payah memapah dan bawa aku ke hospital.

Ingin Mengadu??.. menangis??.. tapi pada siapa??.. Aku sendiri di negeri Kedah ni. Untuk itu AKU TIDAK BOLEH MENANGIS. Aku tidak boleh lemah. Kalaupun aku ditakdirkan mati, tapi bukan di sini. Biarlah aku tunggu sehingga keluargaku ada disisi. Dengan keadaan aku yang semakin lemah aku diangkat masuk ke dalam ambulans. Dalam perjalanan pandangan aku semakin kabur. Ya Allah aku tidak boleh biarkan diri aku hilang kesedaran. TIDAK!!!!.. Dengan sisa-sisa kekuatan yang ada aku cuba bangkit dari pembaringan. Jururawat yang menjaga aku cuba menghalang. Tapi aku tetap degil dan cuba bangkit. Akhirnya dia membantu aku untuk duduk. Aku memintanya untuk berbual denganku agar aku dapat melupakan kesakitan yang aku hadapi.

Sampai sahaja di Hospital Sultanah Bahiyah, pintu ambulans segera dibuka. Sekumpulan doktor pakar, pembantu dan jururawat telah bersiap sedia menunggu kedatanganku dan aku perasan mereka tercenggang bila melihat aku dalam posisi duduk. Aku cuba senyum dan mereka mula tersedar sebelum segera membawa aku kedalam wad kecemasan. (teringat aku adegan-adegan kecemasan dalam tv.. hehe)..

APA BERLAKU SELEPAS TU???... tunggu di entry seterusnya.. tak larat lak korang nak baca klu terlalu panjang ... heheh...

note: gambar hanyalah gambar hiasan (^_^).. cerita berdasarkan tahap kesedaran.. banyak lagi adegan-adegan yang tidak dapat aku ceritakan coz aku pun tak atau apa yang jadi bila aku tak sedarkan diri... hihihi

Wednesday, June 29, 2011

Diperlihat 10 seksaan wanita

KETIKA peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w dibawa menaiki buraq menuju ke Kaabah untuk proses pembersihan hati.

Nabi Muhammad s.a.w turut mengalami pelbagai peristiwa, antaranya dada Baginda dibedah malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dada Rasulullah.

Selepas itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimun nubuwwah". Selesai pembedahan, baginda menaiki Buraq meneruskan perjalanan luar biasa itu. Semasa perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, sepanjang perjalanan itu Rasulullah diiringi malaikat Jibrail dan Israfil.

Tiba di tempat mulia dan bersejarah Rasulullah diarah Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah, Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu daripada Allah serta Baitul-Laham iaitu tempat Nabi 'Isa a.s dilahirkan.

Dalam perjalanan itu, Baginda menghadapi gangguan jin ifrit dengan obor api. Peristiwa itu memperingatkan kepada kita syaitan dan iblis tidak jemu menyesatkan dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.

Dalam perjalanan Rasulullah ke Masjidil Al-Aqsa, Baginda melihat beberapa gambaran antara langit dan bumi. Antara pelajaran yang dapat diambil dari peristiwa itu ialah mengenai wanita. Rasulullah s.a.w melewati satu daerah yang mana baunya sangat harum seperti bau kasturi. Baginda bertanya kepada Jibril, daerah apakah yang sedang mereka lewati.

Jibril menjawab: ''Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga.'' Dia adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah yang kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah memiliki semangat dan jiwa keIslaman kuat hingga mampu mengenepikan keangkuhan Firaun. Kerana kekejaman Firaun, dia dan yang lainnya terpaksa menyembunyikan keimanan mereka. Pada suatu hari, ketika Masyitah menyisir rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, dia menyebut nama Allah. Ketika sang puteri mendengarnya, bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu? Masyitah pada awalnya enggan menjawab, tetapi setelah didesak berkali-kali, dia akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.

Puteri itu mengadu hingga menyebabkan Firaun sangat marah mengetahui Masyitah menyembah tuhan selain dirinya. Masyitah dipaksa Firaun agar mengakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan. Tetapi dengan penuh keberanian dia berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah." Kata-kata tersebut menimbulkan kemarahan Firaun. Lalu dia memerintahkan menterinya, Hammam, agar membuat patung sapi dari tembaga dan diisi minyak untuk merebus Masyitah dan keluarganya.

Ketika tiba giliran bayinya dimasukkan ke patung sapi, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada keinginan Firaun kerana sangat sayang kepada anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah terjadinya kejadian luar biasa. Secara tiba-tiba bayi itu dengan fasih berkata: "Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di jalan yang benar." Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan ''Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa''. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini diperingati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa Israk dan Mikraj.

Dalam perjalanan terbabit Baginda diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita hingga Rasulullah s.a.w menangis apabila mengenangkannya. Di antaranya

1) Perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya dari pandangan lelaki lain.

2) Seksaan lain ialah perempuan yang digantung dengan lidah, tangannya dikeluarkan dari punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan perkataan.

3) Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa izin dari suaminya.

4) Ada pula perempuan yang diikat kedua kakinya serta kedua tangannya sampai ke ubun-ubun, dililit oleh beberapa ekor ular dan kala jengking. Itu adalah balasan kepada perempuan yang mampu solat dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak wuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa izin suaminya dan tidak mandi bersuci setelah haid dan nifas.

5) Baginda kemudian melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri sedangkan di bawahnya ada api yang menyala. Golongan itu adalah perempuan yang berhias agar dilihat oleh lelaki lain dan suka menceritakan keburukan orang lain.

6) Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka membanggakan diri sendiri agar orang melihat perhiasannya.

7) Selain itu, baginda turut menyaksikan seksaan terhadap perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keledai. Mereka suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

8) Ada juga perempuan yang Baginda lihat, wajahnya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya lalu keluar melalui duburnya. Ia adalah akibat daripada perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Dipererlihat10seksaanwanita/Article

Saturday, June 25, 2011

ML the best

JAMBU : Purnama merindu, teratai layu di tasik madu.. apa pun tak boleh... wakakkaka
NABIL: dari lalat jadi orang tak tentu arah... wakakkakak
JOZAN: begitulah awam nano nano nano... wakakkakaka
SEPAH: kenapa abang dah tak mesra dengan saya?.. saya belum manopaus lagi... wakakkakaka....... free apa.... saya dah lama perasan.. awak memang bodoh.... wakakakkak...

OMG.. OMG... nak putus usus aku gelak tengok Maharaja Lawak... kena lak member aku gi post video ni kat wall aku... tengok sekali lagi....

khas tok JUMAIA HAJI AMIR... wakakkaka....


Jumaia Haji Amir eloklah awak bg tau awal.. blh ckp ngan tok imam.. tanam awak tbalik.... wakakkakka.. blh lak gitu.... gelak aziee gelak... hahhaha


Miszz Zee hahahahha......terperanjat boboy...

Akhirnya rakyat Malaysia telah mengangkat SEPAH sebagai Juara.. tempat kedua JOZAN... tempat ketiga NABIL... dan keempat JAMBU... apapun mereka semua TERBAIK... dan sememangnya layak untuk ke final.. ni antara persembahkan pada malam akhir... ENJOY!!!!!!.....















wakakakakka... gelak terus gelak...... huahua....

Wednesday, June 22, 2011

Adab-Adab Berhadapan Dengan Suami

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab.

Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

SUMBER : http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/2478-adab-adab-berhadapan-dengan-suami.html#.TgF9rzcWivI;facebook

Monday, June 20, 2011

dia yang ku panggil BAPA HAJI

19 June 2011 merupakan HARI BAPA... Bila sebut bapa mesti berkaitan dengan insan yang bertanggungjwab membawa kita ke dunia ni... Bapa juga dikenali dengan pelbagai sebutan lain seperti ayah, abi, abah, appa, papa, daddy dan sebagainya...



BAPA HAJI.. Itu lah panggilan untuk insan yang amat ku hormati... Dia seorang yang sangat mementingkan disiplin.. Tegas.. Gigih... Tabah... dan kerana perwatakannya yang kami anggap 'garang' itu lah semua ahli keluarga (jauh atau dekat) sangat menghormati beliau... Tidak seorang pun yang berani meninggi suara atau mengangkat muka bila dia sedang marah... Kadang-kadang aku rasa tertekan juga bila menjadi mangsa kemarahan Bapa Haji... Terlalu banyak pengalaman pahit manis yang dia coretkan dalam lipatan sejarah hidupku... Mari aku kongsikan sebahagian darinya...
  • Dia akan membebel bila aku tidak membantu dalam kerja-kerja rumah.. (membebel mengalahkan Mak Hajah)...
  • Dia akan pukul dan rotan anak-anak yang tidak mendengar kata...
  • Setiap kali aku merengek kerana ingin ikut dia ke bandar, dia akan mengunyah halia dan sembur ke mukaku.. (lepas tu aku serik nak merengek.. klu merengek pun aku siap2 pejam mata sekuat hati sebelum kena sembur.. wakakkaka)
  • Dia bertanggungjawab dalam mencorak peribadi anak-anak agar menjadi anak yang menghormati orang lain, bertanggungjawab, sayang menyayang, berdikari dan tidak bersuara bila tidak perlu (aku selalu di marah apabila menyampuk dlm perbualan.. sejak dari itu aku lbh sk diam)...
  • Bertanggungjawb mengajar aku mengaji Al-Quran.. Dengan rotan di tangan...
  • Dia juga bertanggungjawab mengajar aku menghafal sifir.. sebatang lidi akan di patahkan kepada 40 bahagian... (bermakna aku kena baca sifir 40 kali dalam sehari)
  • Dia tidak akan berkompromi pada sebarang kesilapan... Denda akan dikenakan..
  • Bila aku tidur dalam suasana kampung (banyak nyamuk), dia akan berjaga untuk mengipas-gipas kami dengan kain sarung bagi menghalau nyamuk... (tu pun adik aku Mimee yang perasan bila dia terjaga kira-kira pukul 2am dan dia melihat bapa haji berjaga tuk mengipas kami)
  • Dia menyapu air mataku bila aku menangis dalam tidur kerana ada orang koyak buku latihan kemahiran hidup ku... dan aku terjaga... aku terdengar dia marah (tak tau sapa yang kena marah) sebab buat aku menangis...
  • Semasa kaki ku luka terkena titisan getah yang terbakar dia yang membasuh luka dan menukar pembalut untukku setiap hari.. (haaa nakal lagi main api)..
  • Bila aku sakit perut dia berjaga untuk memastikan aku tidur dengan cara menyapu lembut perutku...
  • Semasa aku sakit kerana perut sensitif dan aku teringin makan jagung.. Dia risau kerana jagung tersebut banyak serabut.. maka dia potong-potong isi jagung tersebut sebelum beri aku makan... Dia juga akan merasa setiap makanan sebelum berikannya kepadaku bagi mengelakkan aku termakan makanan pedas dan masam...
  • Berpain-pain darah telah dia dermakan kepadaku...
  • Dia akan turut menangis bila aku menangis kesakitan... (setelah dia berusaha menahan tapi tidak berjaya)..
  • Bila ditimpa kesulitan dia akan menangis pada waktu malam di kala semua orang sedang tidur...
  • Dia sering mengambil peluang untuk memberi nasihat kepada kami atau memohon maaf sekiranya dia melakukan kesilapan selepas selesai solat Maghrib (berjemaah)..
  • Bila aku teringin makan sesuatu dia sedaya upaya akan mengabulkannya pada keesokan hari...
  • Dia suka bakar jagung dan panggang ayam apabila kami balik kampung... (^_^)

Aaaahhh, terlalu banyak untuk disenaraikan.. Aku tidak akan mampu membalas segala jasa dan pengorbanan Bapa Haji... Aku ingin dia tau bahawa AKU SANGAT SAYANGKAN DIA... Bapa balik nanti kakak tolong bapa potong kuku macam selalu ye.. (^_^)

Friday, June 10, 2011

SEARCH

nampaknya dah semakin ramai yang search JUMAIA HAJI AMIR
kat google tuk melawat blog ni... also tuk cari maklumat berkenaan AKU pastinya... or untuk melawat facebook milik AKU jua...
mmm... Kepada yang masih berminat untuk mengetahui perkembangan diriku.. TQ.. TQ.. Jangan risau maklumat anda akan direcordkan untuk penghargaan..

MUAH.... (^_^)

Friday, June 3, 2011

My FAMILY

Gambarkan keluarga anda: DISIPLIN, LESS TALK MORE WORK

Gambarkan diri anda: DEGIL, EASY TO FORGIVE HARD TO FORGET (sila baca http://normayaristia.blogspot.com/2011/01/jangan-ajar-aku-menjadi-kurang-ajar.html)

Gambarkan Ayah anda: TEGAS

Gambarkan Ibu anda: WORK HARD

Gambarkan Abang anda: PERFECTIONIST

Gambarkan Adik perempuan anda: SABAR

Gambarkan Adik lelaki anda: SIMPLE

Siapa yang paling anda sayang: MAK

Siapa yang anda sayang: BAPA HAJI & ADIK BERADIK

Siapa yang anda takuti: BAPA HAJI & ALONG

Siapa yang paling manja: MIMEE & ABANG SYAWAL

Paling rapat dengan anda: MIMEE & MAK HAJAH

Orang pertama yang akan tahu kalau anda sakit: MIMEE

Orang pertama yang anda kol bila pergi jauh: ALONG (kali pertama berjauhan dengan keluarga masa gi study kat UUM. Kol along tuk gitau dia aku slmt smp n aku tak suka study kt uum. Tapi tu berdasarkan pandangan pertama aku. Bl dh lama I LOVE UUM..)

Orang pertama yang anda ingat bila buat salah: BAPA HAJI

Orang yang selalu anda marah: ABANG SYAWAL

Perkara yang membuat anda gembira: BILA SETIAP AHLI KELUARGA SALING MENERIMA KELEBIHAN/KEKURANGAN, MEMAHAMI & SAYANG MENYAYANG TANPA DIJEJASKAN OLEH ORANG LUAR (walau apapun fitnah yang dilemparkan, setiap ahli tetap ada utk mnyokong)

Perkara yang membuat anda sedih: BILA ADA YANG MULA KURANG MEMAHAMI, BERGADUH & KEHILANGAN

Hadiah paling berharga: KASIH SAYANG DAN PERHATIAN

Hadiah dari anda untuk keluarga: EVERYTHING I HAVE.. (Sanggup tinggalkan semua termasuk harta, cinta & nyawa.. demi mereka).. NO DOUBT

Peristiwa yang sangat mengharukan anda: BILA TENGOK MAK HAJAH TIDUR DI KERUSI SEBAB TEMANKAN AKU DI HOSPITAL, BILA MIMEE/BAPA HAJI/ABANG MENANGIS, BILA ALONG SAPU LENGAN AKU YANG LEBAM


**I LOVE MY FAMILY**