Followers

Pages

Monday, June 20, 2011

dia yang ku panggil BAPA HAJI

19 June 2011 merupakan HARI BAPA... Bila sebut bapa mesti berkaitan dengan insan yang bertanggungjwab membawa kita ke dunia ni... Bapa juga dikenali dengan pelbagai sebutan lain seperti ayah, abi, abah, appa, papa, daddy dan sebagainya...



BAPA HAJI.. Itu lah panggilan untuk insan yang amat ku hormati... Dia seorang yang sangat mementingkan disiplin.. Tegas.. Gigih... Tabah... dan kerana perwatakannya yang kami anggap 'garang' itu lah semua ahli keluarga (jauh atau dekat) sangat menghormati beliau... Tidak seorang pun yang berani meninggi suara atau mengangkat muka bila dia sedang marah... Kadang-kadang aku rasa tertekan juga bila menjadi mangsa kemarahan Bapa Haji... Terlalu banyak pengalaman pahit manis yang dia coretkan dalam lipatan sejarah hidupku... Mari aku kongsikan sebahagian darinya...
  • Dia akan membebel bila aku tidak membantu dalam kerja-kerja rumah.. (membebel mengalahkan Mak Hajah)...
  • Dia akan pukul dan rotan anak-anak yang tidak mendengar kata...
  • Setiap kali aku merengek kerana ingin ikut dia ke bandar, dia akan mengunyah halia dan sembur ke mukaku.. (lepas tu aku serik nak merengek.. klu merengek pun aku siap2 pejam mata sekuat hati sebelum kena sembur.. wakakkaka)
  • Dia bertanggungjawab dalam mencorak peribadi anak-anak agar menjadi anak yang menghormati orang lain, bertanggungjawab, sayang menyayang, berdikari dan tidak bersuara bila tidak perlu (aku selalu di marah apabila menyampuk dlm perbualan.. sejak dari itu aku lbh sk diam)...
  • Bertanggungjawb mengajar aku mengaji Al-Quran.. Dengan rotan di tangan...
  • Dia juga bertanggungjawab mengajar aku menghafal sifir.. sebatang lidi akan di patahkan kepada 40 bahagian... (bermakna aku kena baca sifir 40 kali dalam sehari)
  • Dia tidak akan berkompromi pada sebarang kesilapan... Denda akan dikenakan..
  • Bila aku tidur dalam suasana kampung (banyak nyamuk), dia akan berjaga untuk mengipas-gipas kami dengan kain sarung bagi menghalau nyamuk... (tu pun adik aku Mimee yang perasan bila dia terjaga kira-kira pukul 2am dan dia melihat bapa haji berjaga tuk mengipas kami)
  • Dia menyapu air mataku bila aku menangis dalam tidur kerana ada orang koyak buku latihan kemahiran hidup ku... dan aku terjaga... aku terdengar dia marah (tak tau sapa yang kena marah) sebab buat aku menangis...
  • Semasa kaki ku luka terkena titisan getah yang terbakar dia yang membasuh luka dan menukar pembalut untukku setiap hari.. (haaa nakal lagi main api)..
  • Bila aku sakit perut dia berjaga untuk memastikan aku tidur dengan cara menyapu lembut perutku...
  • Semasa aku sakit kerana perut sensitif dan aku teringin makan jagung.. Dia risau kerana jagung tersebut banyak serabut.. maka dia potong-potong isi jagung tersebut sebelum beri aku makan... Dia juga akan merasa setiap makanan sebelum berikannya kepadaku bagi mengelakkan aku termakan makanan pedas dan masam...
  • Berpain-pain darah telah dia dermakan kepadaku...
  • Dia akan turut menangis bila aku menangis kesakitan... (setelah dia berusaha menahan tapi tidak berjaya)..
  • Bila ditimpa kesulitan dia akan menangis pada waktu malam di kala semua orang sedang tidur...
  • Dia sering mengambil peluang untuk memberi nasihat kepada kami atau memohon maaf sekiranya dia melakukan kesilapan selepas selesai solat Maghrib (berjemaah)..
  • Bila aku teringin makan sesuatu dia sedaya upaya akan mengabulkannya pada keesokan hari...
  • Dia suka bakar jagung dan panggang ayam apabila kami balik kampung... (^_^)

Aaaahhh, terlalu banyak untuk disenaraikan.. Aku tidak akan mampu membalas segala jasa dan pengorbanan Bapa Haji... Aku ingin dia tau bahawa AKU SANGAT SAYANGKAN DIA... Bapa balik nanti kakak tolong bapa potong kuku macam selalu ye.. (^_^)

No comments:

Post a Comment