Followers

Pages

Tuesday, July 24, 2012

NAPE MAJUK NI?

Pernah tak bf/laki/tunang korang tanya & cakap gini...
"nape majuk ni?.. i xwat apa2 pun".


Wahai lelaki ketahui lah, bahawa pompuan majuk bukan hanya kerana lelaki banyak melakukan perkara yang salah.. tetapi kadang2 pompuan akan majuk kerana lelaki tidak melakukan apa2..

**melakukan perkara yang salah**
Selain majuk sebab cemburu dan mencari perhatian.. pompuan juga majuk sebab lelaki kerap melakukan perkara2 yang pompuan tak suke dan salah bagi pompuan.. apa yang salah tak perlu terangkan kot kan.. kan.. kan.. rasanya korang pun tau bezakan apa yang salah dan betul ^_^


 **tidak melakukan apa2**
yang ni lelaki selalu tak sedar
- x kol
- x sms
- x tanya
- x gitau
- x cari
- x concern
- x alert
- x memahami
- x romantik
- x prihatin
- x beri perhatian
- x ingat tarikh
- x komen/reply status kat fb, twitter etc
- x jawab soalan
- x berubah
- x care
- x pujuk
- x terangkan
- x protective
- x wish
- dan macam2 x lagi..
dengan kata lain "i xwat apa2pun"

NOTE:
X = tak/tidak



so lelaki.. klu taknak pompuan majuk

"do something & do the right thing"..

MOOD: saje nak bagi tips kat lelaki.. coz aku dah banyak kawan dengan lelaki tapi kebanyakan mereka tidak tau kenapa pompuan majuk... hihihihi.. peace no war.. ^_^

Tuesday, July 17, 2012

TRAGEDI JULAI 2012

16 Julai 2012 Aku jatuh dalam bilik air weiiii. GEDEBUkkkkk, macam nangka busuk daaaaa. Dah la aku sorang je kat rumah. Bapa gi kebun amik lengkuas (mak pesan suh amik). Adik gi sekolah. Mak lak gi pasar beli ayam. Masa jatuh tu aku just fikir nak selamatkan kepala aku dari terkena bucu simen. (wush, klu kena kepala mau GOALLLLLLLLLL). Last2 yang jadi mangsa tangan dan badan. Tangan lebam coz aku jatuh atas tangan kiri. Badan lak habis luka2 coz terkena kat simen. Belum lagi kat belakang yang terkena bucu simen. Tesekat-sekat nafas aku menahan sakit. Dah tu tunggu ape lagi nangis lerrrr sambil bangkit dan bersihkan badan sebelum kuar tukar baju yang basah.

Tak lama lepas tu bapa balik dari amik lengkuas. Dia naik je kat umah, aku terus ngadu
"pak, kakak jatuh..." sambil nangis2 dan tunjuk luka kat tangan dan badan.
Terus bapa amik minyak dan sapu kat luka. sambil aku menangis menahan sakit (coz bapa aku urut, takut tseliuh katanya), sempatlah dengar bapa cakap "terima kasih Allah atas ujian dan cobaan-Mu. Kau lindungilah anakku Jumaia Amir dari sebarang mala petaka". Selesai buh ubat, bapa kol mak gitau aku jatuh. hah tokojut mak aku. terus dia bekejar balik rumah. riso lah tu.

After sapu minyak. Tunang aku lak kol. Aku gitau dia aku jatuh (sambil air mata meleleh2 kat pipi). Hahhh bertalu soalan kuar dari mulut tunang aku yang macam mak nenek tu. camna leh jatuh?, luka x?, kena katne?, siku sakit x?, kaki camna?, dah buh ubat?, dan bla bla bla.. last skali dia tanya ape tau.. "nanes lah ni?".. ceetttt.. nangis lah abang oi.. sakit woo.. huhuhu.. (walaupun aku xsuke nangis).

kawan2 lak semua pesan suh aku hati2 coz tengah darah manis.. ha ah manis sangat.. tu yang jadi camni kot.. hahhaha..

meh tengok gambar kecederaan aku yang tak seberapa.






Sikit2 dah lerrrr. luka len xleh tunjuk.. cencitip.. tempat2 tersorok (belakang dan blah rusuk).. hihihi.. Apapun aku bersyukur pada Allah coz aku masih hidup dan dapat kecederaan luar je. Alhamdulillah tak patah riuk.
^_^
abisssssssss.... 

Thursday, July 5, 2012

BROWN/WHITE PAPER BAG MURAH

Beberapa bulan lagi akan berlangsung hari besarku. Aku mula HUNTING dan mencari-cari pakej-pakej yang murah serta barang-barang yang aku perlukan termasuklah DOOR GIFT. Dalam proses mencari itu dan ini dalam google, aku dapati ramai kengkawan yang sedang mencari BROWN atau WHITE paper yang kini semakin menjadi pilihan kerana kosnya yang agak murah dan boleh di design mengikut citarasa sendiri. Untuk itu aku terfikir untuk membawa masuk brown/white paper bag dalam Putera Puteri Amir E-Shop. dan dijual dengan harga yang sangat berbaloi. Hanya RM50 untuk 500 keping brown paper bag.. Murah kan?.. terdapat pelbagai pilihan lain dengan harga MAMPU MILIK'. Yang berminat bolehlah melawat PPA Door Gitfs di alamat Facebook berikut.

LOG IN ke FACEBOOK ANDA.. kemudian view PAGE PUTERA PUTERI AMIR DOOR GIFTs.. ^_^


http://www.facebook.com/PuteraPuteriAmirDoorGifTs or emailkan sebarang pertanyaan ke amirs_puteri@yahoo.com







Wednesday, July 4, 2012

MALAM NISFU SYAABAN

Assalamualaikum...

Kedatangan syaaban mengingatkan kita pada Ramadhan yang semkin menghampiri. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela.

Antara amalan yang digalakkan pada bulan syaaban adalah
- Perbanyakkan puasa sunat
- Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW
- Bertaubat

Dalam bulan Syaaban terdapat satu malam yang disebut sebagai MALAM NISFU yang bererti pertengahan. Nisfu Sya'ban bererti pertengahan bulan Sya'ban, iaitu 15 Sya'ban. Sebaik sahaja matahari terbenam BUKU AMALAN kita selama setahun diangkat ke langit dan digantikan dengan buku catatan yang baru. Maka kita digalakkan perbanyakkan amalan agar catatan buku baru kita dimulakan dengan amalan yang baik. Ia juga antara masa yang sesuai untuk memohon keampunan dari Allah.


Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :

**Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!"

Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?"

Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali
- ahli sihir,
- bomoh hitam,
- orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan,

- peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua,
- orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan
- orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan,

maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."**

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

sumber: http://www.iluvislam.com/tazkirah/bulan-islam/778-kehebatan-di-bulan-syaaban.html

Ya Allah ampunkanlah segala dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa adik beradikku dan dosa saudaraku. Sesungguhnya kami adalah hamba-Mu yang sering leka dan tidak lari dari melakukan kesilapan. Pimpinlah kami agar kami kekal di jalan-Mu. Amin.