Followers

Pages

Thursday, December 16, 2010

TEMPAYAN RETAK

Pagi tadi aku menerima sms dari kakak tempat aku bekerja. Sms tu berbunyi "Kadang-kadang Allah hilangkan mentari dan datangkan guruh... Puas kita menangis mencari mentari... Rupanya Allah hadiahkan kita pelangi yang indah". Ayat kakak ni agak mendalam maksudnya. Mungkin dia nak menyampaikan sesuatu berdasarkan situasi semasa. Aku faham (thanks Kak Radiah)... Dalam diam aku teringat 1 cerita berkenaan 2 tempayan...

TEMPAYAN RETAK

Seorang tukang air memiliki 2 biji tempayan besar yang selalu di gunakan untuk mengangkat air dari mata air ke rumah majikannya. Tempayan tersebut di gantungkan pada kiri dan kanan kayu pikulan yang di sangkutkan pada bahunya. Tempayan di sebelah kanan sangat utuh dan boleh membawa air penuh manakala tempayan di sebelah kiri telah retak dan hanya boleh membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun si tukang air mengangkut air menggunakan tempayan yang sama. Dalam masa itu jumlah air yang dapat di bawa ke rumah majikan adalah 1 1/2 tempayan. Si tempayan Utuh berasa bangga dengan dirinya kerana dapat memberi khidmat terbaik kepada majikannya dengan membekalkan air penuh setiap hari. Manakala si tempayan retak berasa sedih kerana merasakan dia gagal memberi khidmat yang baik kerana hanya mampu membekalkan air setengah penuh. Dengan rasa tertekan dia berkata kepada tukang air

"Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan ingin memohon maaf padamu"

"kenapa?" tanya tukang air

"selama 2 tahun saya hanya mampu membawa setengah penuh kerana terdapat retakan pada badan saya menyebabkan air tumpah di sepanjang jalan menuju ke rumah majikan. Aku cacat dan membuatmu rugi"... jawab tempayan retak dengan sedih

Tukang air kecian mendengar rintihan tempayan retak dan berkata "esok ketika dalam perjalan balik ke rumah majikan, aku ingin kamu melihat bunga-bunga indah di sisi jalan". Maka keesokan harinya tempayan retak menurut apa yang diarahkan. Dia baru sedar sepanjang jalan dihiasi bunga-bunga indah yang membuatkan hatinya sedikit terhidur. Tetapi apabila sampai di rumah majikan perasaan sedih kembali menyelubungi tempayan retak kerana setengah air telah tumpah dan sekali lagi memohon maaf kepada tukang air.

Tukang air lalu berkata "Apakah kamu melihat bunga-bunga cantik hanya ada di sebelah kiri dan tiada di sebelah kanan?. Ini kerana aku telah memanfaatkan retakmu dengan menanam benih bunga sepanjang jalan di sisimu. Setiap hari air yang tumpah melalui retakmu akan mengairi benih-benih tersebut dan selama 2 tahun ini aku telah memetik bunga yang mekar indah itu untuk dijadikan hiasan di meja majikan kita. Tanpa kamu tentu majikan kita tidak dapat menghias rumahnya seindah sekarang"... (^_^)
(SUMBER: Mingguan Malaysia "kesihatan", 1 Julai 2007, ms.9)

BUJANG???...........

Dalam artikel WANITA vs JODOH tulisan Zahidah Bte Muhd Zain ada dinyatakan bahawa Shoctak (1987) telah membahagikan golongan membujang kepada 4 kategori iaitu Ambivalent, Wishful, Resolved dan Regreteful…

  • AMBIVALENT : Tidak kisah berstatus bujang tapi tidak menolak perkahwinan kerana menganggap status 'belum kahwin' adalah bersifat sementara. Bujang dalam ketegori ini tidak mencari pasangan tapi tidak menolak perkahwinan. Mereka ni slalunya golongan awal dewasa yang terlibat dengan pendidikan, karier atau seronok dengan kehidupan mereka.
AYAT PASAR: Malas cari bf/gf.. Muda lagi… gi pun ok apa single.. tapi klu jodoh datang awal apa boleh buat… Terima jelah...
  • WISHFUL : Dalam TERPAKSA hidup membujang. Mereka anggap status bujang bersifat sementara dan ingin berkahwin. Bujang dalam kategori ini sangat aktif mencari pasangan tapi sering menemui kegagalan. Mereka ingin berkahwin seperti pasangan lain tapi belum bertemu jodoh.
AYAT PASAR: Agak terdesak nak kawin sebab faktor usia (andartu/bujang telajak) atau takut wat dosa dan mengikut sunnah (kononnya).. so gila2 berusaha cari pasangan... xkisah orang kata desperate... tapi masih juga belum jumpa calon yang sesuai atau selalu kena reject...
  • RESOLVED : Tidak bersetuju dengan perkahwinan dan menganggap diri mereka bujang untuk selamanya. Kuantiti bujang dalam kategori ini sangat kecil. Mereka selalunya merupakan sami, pendeta atau rahib.
AYAT PASAR: Ni golongan yang xmo kawin or dilarang kawin coz tuntutan agama. Tapi dalam Islam tiada istilah tidak boleh berkahwin malah mereka digalakkan berkahwin.
  • REGRETEFUL : Ingin berkahwin tapi menganggap status bujang sebagai takdir yang telah di tetapkan oleh tuhan kepada mereka sehingga mereka kekal tidak berkahwin. Bujang dalam kategori ini selalunya mereka yang berusia 40 tahun, berpendidikan tinggi dan bergaji besar.
AYAT PASAR: Alaaa,da xde jodoh nak wat camna… Redha dengan ketentuan tuhan.. Xpelah, gi pun mampu je hidup sendiri…


Di zaman serba moden ini istillah ANAK DARA TUA atau PERIGI MENCARI TIMBA tidak lagi menjadi topik yang hangat dikalangan masyarakat terutamanya di bandar. Tetapi tidak di nafikan masih ada segelintir masyarakat yang berfikiran agak terkebelakang dan memandang anak dara tua dan perigi mencari timba sebagai isu besar.

Apatah lagi dalam Islam pun digalakkan bernikah seperti hadis Rasulullah s.a.w "Nikah adalah sunnahku, maka barang siapa yang cintakan agamaku hendaklah dia jalankan sunnahku ini" (Riwayat Abu Ya'la dari Ibnu Abbas r.a). Nikah adalah cara untuk menghalalkan perhubungan diantara kaum adam dan hawa. Namun begitu soal jodoh yang lambat atau awal juga takdir tuhan. Kita sebagai manusia hanya berusaha dan tawakkal agar jodoh kita sampai dan dapat bertemu dengan pasangan yang baik. Berdoalah "Ya Allah janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah waris yang paling baik" (Surah al-Anbiya' Ayat 89).

Istilah perigi mencari timba juga dianggap sebagai perkara memalukan bagi masyarakat Melayu yang berpendapat lelaki patut memulakan langkah dan bukan wanita. Wanita yang merisik lelaki akan dipandang serong dan menerima tohmahan masyarakat. Tapi lupakah kita pada kisah Rasulullah yang mana Khadijah telah menggunakan orang tengah (seorang wanita) untuk menyatakan hasratnya pada Baginda. Menurut Ust zaharuddin Abd Rahman tidak salah wanita menjadi perigi mencari timba apabila wanita berkenan pada lelaki yang baik.

Pilihan di tangan anda... (^_^)

Tuesday, December 14, 2010

Alkisah PEK PAGUNG!!!!!!!!

Pada zaman dahulu kala… Di Negeri Bawah Bayu terdapat sebuah daerah yang dipanggil Keningau... (sampai skang pun Keningau gak lah)... Di daerah tersebut terdapat satu permainan yang sering digunakan oleh kanak-kanak untuk mengenakan rakan-rakan mereka... caranya?...

  • Pandang kiri, kanan, depan dan belakang...
  • Anda terpandang kereta VOLKSWAGEN lama yang juga dikenali sebagai 'kura-kura' atau 'pagung' dikalangan kanak-kanak di daerah tersebut (daerah lain aku xtau lah dorang panggil apa)…
  • Segeralah tepuk rakan-rakan berdekatan anda… Tepuklah sesedap rasa anda tapi perit bagi rakan-rakan yang menjadi mangsa… (sekali balik umah, member tengok bekas kena tepuk dah lebam.. Dlm hati "siap ko, ada peluang aku balas"...)
  • Untuk mengelakkan serangan balas… Anda hendaklah menaikkan ibu jari (alaaa, mcm korg like2 kat fb tu kan ada thumbs up..) sambil menyebut "PEK PAGUNG"… Maka dengan itu rakan-rakan anda hanya boleh memandang anda dengan geram tanpa boleh membuat serangan balas kerana anda telah menyebut kata-kata azimat yang menjadi pelindung/perisai.. heheh
  • Bagi menambah keseronokkan anda bolehlah gelakkan rakan-rakan anda yang menahan sakit akibat terkena tepukan maut... huahuahua...
  • TAMAT
TIPS: Jadilah orang yang prihatin pada keadaan sekeliling (netau ada kereta kura-kura lalu)… dan jangan lupa kata kunci and thumbs up… kerana anda harus menyebut kata kunci tersebut dan menaikkan ibu jadi (thumbs up) sebelum mangsa sempat membuat serangan balas...

AKIBAT: Selepas anda mengenakan rakan-rakan anda, kebiasaannya anda akan menjadi fobia dengan kereta "kura-kura" kerana risau terkena serangan balas dari rakan-rakan yang pernah menjadi mangsa anda… so teruskan pandang kiri, kanan, depan dan belakang sambil tangan bersedia dengan "thumbs up" dan kata azimat "pek pagung" bagi melindungi diri anda... Bertindaklah lebih pantas dari yang lain...

AMARAN: Berhati-hati dengan Volkswagen kerana anda mungkin mendapat "TEPUKAN MAUT"

SELAMAT MENCUBA… hehhe (^_^)….

Monday, December 6, 2010

AKU dan MAT BANGLA

Sedang aku duduk bersantai di tepi MOA tiba-tiba sorang mat bangla datang kearahku. Tengok penyapu di tangannya aku boleh teka dia kerja sebagai apa. Dalam hati terdetik ‘apalah mat bangla ni nak’. Takut pun ada.
Adik, itu sapa?...”. soalan pertama mat bangla tu. Aku pandang kiri dan kanan. Takda orang. Bangla ni tanya aku kot.
Adik, itu Prime Minister ka?..” sambil tangannya menunjuk kesatu arah. Aku pandang keatas mengikut arah telunjuk bangla tu. Oo, Banner yang ada gambar Dato Najib, Perdana Menteri Malaysia.
yes, Prime Minister” Jawabku ringkas. Malas nak layan mat bangla.
Prime Minister bla bla bla bla bla”. Bangla tu cakap sesuatu. Tapi aku tak faham apa yang dia cuba katakan. Aku faham Prime Minister je.
bla bla bla bla.. Sapa Prime Minister sebelum ni?”. Sakit otak aku layan dia ni.
Y.A.B Tun Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi
bla bla bla bla… Abdullah… bla bla bla.. Ini baru ka?” Tanya mat bangla tu lg.
yes, baru
ini taun ka?” banyak soal pulak mat bangla ni. Maki aku dlm hati.
since tahun lepas
sapa nama?”
Najib.. Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak
ini najib ok ka?”
ok”.
Bila la mat Bangla ni nak blah.
bla bla bla bla bla..”.
Aku dah tak faham satu habuk pun apa yang mat bangla tu bebelkan. So aku buat tak layan. Tak lama lepas tu mat bangla tu pun blah dan menyambung semula kerja-kerja menyapu daun-daun yang berguguran di sekitar MOA. Mungkin geram sebab aku tak layan dia borak.
Tengok dia sapu daun-daun tu aku terfikir. Mat Bangla yang sah-sah bukan warganegara Malaysia dan bekerja sebagai tukang sapu ni pun ada minat tuk cari tau tentang pemimpin Malaysia. Em, dalam geram sebab bangla tu kacau aku yang sedang melayan perasaan terselit sedikit rasa bangga pada MAT BANGLA TUKANG SAPU.


Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak (2009 - kini)











Y.A.B Tun Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi (2003-2009)







    













Y.A.B Tun Hussein bin Dato' Onn (1976-1981)











Y.A.B Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein (1970-1976)












 Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj (1957-1970)