Followers

Pages

Thursday, December 16, 2010

TEMPAYAN RETAK

Pagi tadi aku menerima sms dari kakak tempat aku bekerja. Sms tu berbunyi "Kadang-kadang Allah hilangkan mentari dan datangkan guruh... Puas kita menangis mencari mentari... Rupanya Allah hadiahkan kita pelangi yang indah". Ayat kakak ni agak mendalam maksudnya. Mungkin dia nak menyampaikan sesuatu berdasarkan situasi semasa. Aku faham (thanks Kak Radiah)... Dalam diam aku teringat 1 cerita berkenaan 2 tempayan...

TEMPAYAN RETAK

Seorang tukang air memiliki 2 biji tempayan besar yang selalu di gunakan untuk mengangkat air dari mata air ke rumah majikannya. Tempayan tersebut di gantungkan pada kiri dan kanan kayu pikulan yang di sangkutkan pada bahunya. Tempayan di sebelah kanan sangat utuh dan boleh membawa air penuh manakala tempayan di sebelah kiri telah retak dan hanya boleh membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun si tukang air mengangkut air menggunakan tempayan yang sama. Dalam masa itu jumlah air yang dapat di bawa ke rumah majikan adalah 1 1/2 tempayan. Si tempayan Utuh berasa bangga dengan dirinya kerana dapat memberi khidmat terbaik kepada majikannya dengan membekalkan air penuh setiap hari. Manakala si tempayan retak berasa sedih kerana merasakan dia gagal memberi khidmat yang baik kerana hanya mampu membekalkan air setengah penuh. Dengan rasa tertekan dia berkata kepada tukang air

"Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan ingin memohon maaf padamu"

"kenapa?" tanya tukang air

"selama 2 tahun saya hanya mampu membawa setengah penuh kerana terdapat retakan pada badan saya menyebabkan air tumpah di sepanjang jalan menuju ke rumah majikan. Aku cacat dan membuatmu rugi"... jawab tempayan retak dengan sedih

Tukang air kecian mendengar rintihan tempayan retak dan berkata "esok ketika dalam perjalan balik ke rumah majikan, aku ingin kamu melihat bunga-bunga indah di sisi jalan". Maka keesokan harinya tempayan retak menurut apa yang diarahkan. Dia baru sedar sepanjang jalan dihiasi bunga-bunga indah yang membuatkan hatinya sedikit terhidur. Tetapi apabila sampai di rumah majikan perasaan sedih kembali menyelubungi tempayan retak kerana setengah air telah tumpah dan sekali lagi memohon maaf kepada tukang air.

Tukang air lalu berkata "Apakah kamu melihat bunga-bunga cantik hanya ada di sebelah kiri dan tiada di sebelah kanan?. Ini kerana aku telah memanfaatkan retakmu dengan menanam benih bunga sepanjang jalan di sisimu. Setiap hari air yang tumpah melalui retakmu akan mengairi benih-benih tersebut dan selama 2 tahun ini aku telah memetik bunga yang mekar indah itu untuk dijadikan hiasan di meja majikan kita. Tanpa kamu tentu majikan kita tidak dapat menghias rumahnya seindah sekarang"... (^_^)
(SUMBER: Mingguan Malaysia "kesihatan", 1 Julai 2007, ms.9)

No comments:

Post a Comment