Followers

Pages

Monday, January 10, 2011

NOT GOOD ENOUGH

Dah 10 hari jejakkan kaki ke tahun 2011, hari ni baru aku berpeluang update blog. Bercerita tentang 2010, em rasanya banyak kelemahan pada diri aku yang masih perlu aku perbaiki. “I’m Not A Good Woman”.. atau “not good enough”.. kenapa aku boleh berfikir macam tu?... coz aku rasa aku tidak cukup baik SEBAGAI;

1) Hamba Allah : Aku hamba-Nya yang lemah. Masih tidak dapat mencari kekuatan diri untuk menjadi hamba-Nya yang terbaik. Masih banyak yang perlu aku pelajari dalam memahami agamaku dan tuhanku.

2) Anak : Sangat banyak pergorbanan yang telah diberikan oleh Mak Hajah dan Bapa Haji sejak aku dilahirkan sehingga kini. Aku tak kan mampu balas kesemua jasa baik mereka. Apa yg aku buat tuk mereka hari ini sangat kecil nilainya dan aku tak tau bila aku akan mampu menjadi anak yang terbaik tuk mereka.

3) Kakak/adik : Tak banyak yang aku boleh lakukan untuk adik-beradik ku. Aku hanya boleh menjadi seorang kakak yang membantu adiknya mengikut kemampuan dan menjadi seorang adik yang hanya menjadi ‘adik’ tanpa boleh berbuat apa-apa kepada yang lebih tua.

4) Kawan : Kepada kawan-kawan juga tak banyak yang aku boleh lakukan selain menjadi pendengar, berkongsi kesedihan, memberi nasihat. Paling tidak aku hanya mampu temankan mereka, menghadiri majlis, memberi tanda ingatan dan membantu setakat yang mampu.

5) Pekerja : Aku memang tidak berharap menjadi pekerja yang terbaik di tempat aku bekerja sekarang. Apa yang aku boleh lakukan hanyalah melaksanakan tugas aku sebaik mungkin.

6) Diri Sendiri : Aku pun tak tau apa yang aku dah buat untuk diri aku sendiri stakat ni.. mm…

7) Kekasih : Layak ke aku jadi kekasih?. Kepada jejaka yang mengharapkan aku, tolonglah fikir berkali-kali sebelum kita pergi lebih jauh. Walaupun aku yakin aku boleh buat yang terbaik tapi tidak mustahil ada yang lebih baik diluar sana..

2010 atau dengan lebih tepat 2009 dan 2010 banyak mengajar aku. Pelbagai perkara dalam bentuk masalah, konflik atau berita datang bertubi-tubi. Perkara-perkara yang tidak pernah terlintas akan berlaku kepadaku. Tapi aku tidak salahkan sesiapa atas apa yang terjadi. Kerana segala yang buruk datang dari diri ku sendiri dan yang baik datang dari Allah. Aku anggap semua yang terjadi telah ditentukan oleh Allah untuk mematangkan aku dalam menjalani kehidupan dan perhubungan. Aku masih tidak cukup baik untuk memuaskan hati semua orang atau dengan kata lain tak kan mampu memuaskan hati semua orang kerana aku hanya hamba Allah yang mempunyai banyak kelemahan.

Untuk 2011 ni aku akan berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan dan cuba menjadi yang TERBAIK. Insya Allah.. Bukan aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada tapi sekadar untuk menjadi "lebih baik dari semalam"...

No comments:

Post a Comment