Followers

Pages

Thursday, April 21, 2011

DUGAAN hidup

HIDUP PENUH DUGAAN TAPI ALHAMDULILLAH... Hidup yang penuh warna-warni...(ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha mengetahui.Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa”
(Surah al-Nisa).


Allah berfirman (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani" (Surah al-Hujurat: 12)
 

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. (Al-Baqarah: 286)

Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;
Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.
(Riwayat al-Tirmidz
i)

Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung (Ali Imran: 200)

Tuesday, April 12, 2011

CERMIN DIRI SENDIRI


Bila di tinggalkan/ingin meninggalkan.. CERMIN DIRI KITA SENDIRI
Bila di salahkan/ingin menyalahkan.. CERMIN DIRI KITA SENDIRI
Bila di marahi/ingin memarahi.. CERMIN DIRI KITA SENDIRI
BIla di fitnah/ingin memfitnah.. CERMIN DIRI KITA SENDIRI
Bila di cemuh/ingin mencemuh.. CERMIN DIRI KITA SENDIRI
Bila di umpat/ingin mengumpat.. CERMIN DIRI KITA SENDIRI
Bila di kata/ingin mengata.. CERMIN DIRI KITA SENDIRI
Bila di nasihati/ingin menasihati.. CERMIN DIRI KITA SENDIRI
Bila ingin bersuara.. CERMIN DIRI KITA SENDIRI
Bila di timpa masalah.. CERMIN DIRI KITA SENDIRI
Bila bersedih.. CERMIN DIRI KITA SENDIRI
Bila menangis.. CERMIN DIRI KITA SENDIRI
Bila orang memuji.. CERMIN DIRI KITA SENDIRI
Bila terlalu gembira.. CERMIN DIRI KITA SENDIRI

JANGAN MENUDING JARI… KERANA BILA JARI TELUNJUK DI HALAKAN KEPADA ORANG LAIN, 4 JARI LAINNYA MENGHALA KE DIRI SENDIRI… SO CERMIN DIRI KITA SENDIRI… Kadang kala bila kita tidak menyukai sesuatu perkara maka dengan mudah kita akan melatah, tanpa menyedari bahawa diri kita turut melakukan perkara yang serupa… So BERHATI-HATI kerana kita dinilai oleh manusia yang melihat dan juga oleh Allah yang memerhati… Be careful coz what goes around comes around.. Berhati-hati ketika berada di atas kerana dunia bagai roda… Berhati-hati jangan sampai meludah ke langit terkena muka sendiri...

**so frenz, TOLONG INGATKAN AKU**

Friday, April 1, 2011

RESIGNATION letter

Ni antara surat letak jawatan yang pernah aku terima..


kepada: *******
tuan, puan,
saya **** saya nak bertni kejan 20.5.2010.
Sepah Saya nak pindah Rumah. Tempat
Seremban.
Terima kaisa....
(yang bernan)
*******


selamat sejatara nama saya
******** saya
kerja dekat ********* saya hak
berhenti kerja.
sebab anak-anak saya sakit
tak ada orang yang jaga tempat
saya kerja pun tak bagi cuti
sebab itu saya nak berhenti kerja
terima kasih
*********


Emak saya sakit
dia nak berhenti kerana sakit
kaki yang sangat teruk sekali
yang benar
********


kepada encik...
saya berhenti kerja saya nak atas surat saya ada masalah keluarga
dengan ini saya kerja 24 jam notis...
yang benar
Notis
Terima kasih


SITE: *****
KEPADA PUAN *****
SEBAB I BERHENTI KERJA... SAYA ANAK TADA
ORANG YANG JAGA.. SEKARANG SAYA YANG
JAGA ANAK SAYA.. TOLONG MINTA MAAFKAN
SAYA PUAN ******
sekian terima kasih
******


saya bernama ***** no ic
******* saya meletakkan jawatan saya
sebagai kontrack cleaner saya meminta
maaf dengan puan sebab saya tiba-tiba
tak ada orang jaga cucu saya di rumah
saya tak tau nak buat ape tak ada
orang jaga cucu saya di rumah saya meminta
maaf kepada puan dan tuan kontrack tersebut
sebab secara tiba-tiba saya meletak jawatan
saya lagipun suami saya tak ada orang nak
jaga
saya lagi sekali meminta maaf pada tuan
dan puan dan terima surat jawatan saya
sekalian terima kasih
yang benar
*********