Followers

Pages

Sunday, November 27, 2011

RAHSIA DUNIA SAKITKU bil.2

Sepanjang hidupku dihiasi dengan beberapa siri ‘dunia sakit’. Bermula semasa aku masih bayi sehinggalah kini. Beberapa bulan yang lepas aku telah menceritakan tentang dunia sakitku semasa aku belajar di Universiti Utara Malaysia. Siri ini antara yang ‘mencabar’. Namun masih belum berkesempatan untuk menamatkan cerita tersebut atas sebab-sebab tertentu. Atas permintaan rakan-rakan, aku meneruskan cerita tersebut di sini.

Dalam bil.1 (rahsia dunia sakitku) aku telah menceritakan bagaimana aku di bawa ke Hospital Alor Setar dengan ambulan. Sampai di sana aku di masukkan ke wad kecemasan dan di letakkan di bawah jagaan beberapa orang pakar sehinggakan aku naik pening melihat terlalu ramai orang yang terlari-lari di sisi katilku. Seorang pakar memegang tangan kananku dan cuba menarik perhatianku dengan berbual sambil mencucukkan sesuatu ke lenganku. Seorang pakar lagi memegang tangan kiriku, juga sedang mencucukkan sesuatu ke lengan kiriku. (aku tau mereka tu pakar coz mereka perkenalkan diri looorr). Seketika aku memerhatikan sekeliling. Berdekatan katilku terdapat beberapa mesin yang aku tidak pasti fungsinya. Aku mula rasa sakit di lengan kiri dan kanan. Rupa-rupanya pakar-pakar tersebut telah memasukkan tiub. Pakar di sebelah kiriku kemudiannya mencucukkan picagari yang agak besar untuk mendapatkan sample darah. Manakala pakar di sebelah kananku menyuntikkan sesuatu cecair ke dalam tiub di lengan kananku. Jururawat-jururawat pula sibuk menghulurkan peralatan-peralatan yang diminta oleh doktor terbabit. Kemudian pandanganku semakin kabur, kabur, kabur dan hilang.

Bila sedar aku telah berada di wad. Aku ingin bangkit tapi terhalang dengan saluran tiub di tangan kanan dan kiriku. Disamping topeng oksigen yang menutupi hidung dan mulutku. Entah berapa lama aku tidak sedarkan diri. Perkara pertama yang terlintas di kepala ku adalah “teruk sangat ke sampai nak pasang oksigen ni?. Kenapa mesti nak pasang sampai dua tiub air? Selalunya kan satu je”. Tengok-tengok, renung-renung, rupa-rupanya di lengan kiriku ialah tiub untuk menyalurkan darah dan di tangan kananku tiub untuk menyalurkan air. Situasi ini menyukarkan pergerakanku. Menyedari aku mula sedarkan diri, jururawat memanggil doktor. Seketika beberapa doktor datang untuk memeriksa keadaanku. Mereka turut menceritakan tindakan-tindakan yang mereka ambil semasa aku tidak sedarkan diri dan menerangkan hasil dari ujian yang telah dilakukan. Aku hanya mendengar bagai angin yang lalu kerana masih tidak sedar sepenuhnya namun masih dapat menangkap butiran kata yang menyatakan terdapat spot-spot kecil dilihat sebagai luka-luka awal di ususku.

Pada sebelah petang aku di pindahkan ke wad pembedahan (klu xsilap ingat). Entah berapa pain darah dan berapa plastik air yang dimasukkan kedalam badanku, aku tidak ingat. Namun beberapa kali tiup terpaksa di tanggalkan kerana tanganku bengkak dan menghalang air dan darah dari masuk ke badan. Maka terpaksalah tiub di cucukkan di tempat yang baru. Air mataku mengalir tiap kali tiup di cucukkan di tempat yang baru. Keseluruhan tangan dan lengan menjadi lebam dan bengkak.

Sepanjang aku di masukkan ke wad, rakan-rakan, lecturer, pengetua kolej kediaman tak henti-henti datang melawat. Berita aku dimasukkan ke wad tersebar di university dengan cepat. Berasa risau dengan keadaanku, rakan-rakan berusaha mencari jalan untuk menghubungi keluarga ku di Sabah. Walaupun aku cuba merahsiakan perkara ini dari keluargakku namun aku yang terlantar tidak dapat menghalang apabila beberapa ahli Persatuan Pelajar Sabah Berjaya mendapatkan no sepupuku. Sepupuku kemudiannya menghubungi keluargaku dan menceritakan keadaanku. Apa lagi, terkejut besarlah mereka. Apatah lagi panggilan tersebut di buat pada pukul 3.00am. Mak hajah dan bapa haji ingin segera datang ke Kedah untuk melihatku tapi aku melarang dengan memberitahu mereka yang aku hanya sakit sikit dan telah semakin pulih (bohong sunat coz xmau dorg risau).

Beberapa hari lagi masyarakat yang beragama Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Adakah aku akan beraya di Kedah dalam keadaan sakit? Sorang-sorang?. Oh TIDAK!!!!!.. Hanya melalui panggilan telefon Along menghubungi pihak hospital untuk meminta izin agar membenarkan aku balik dan akan menyambung rawatan di sabah. Pada awalnya doktor tidak membenarkan memandangkan keadaan aku yang agak teruk. Tapi aku tetap berkeras ingin balik ke sabah. Bagaimana?. Hanya ada satu cara. Iaitu dengan berpura-pura ‘sihat’ dihadapan doktor. Kemudiannya merayu dengan doktor terbabit. Akirnya mereka membenarkan dengan syarat aku harus segera menyambung rawatan di Sabah. Keesokan harinya berbekalkan surat arahan penyambungan rawatan dari pihak hospital Alor setar aku meninggalkan wad. Rakan baikku, pijah datang untuk menjemputku.

Lagi sekali aku menguatkan diri untuk mengemaskan barang dan pergi ke air port seorang diri. Memandangkan semua rakan juga akan balik ke kampung masing-masing. Setibanya di air port, aku pitam. Seorang lelaki tua membantuku duduk di kerusi dan kami berbual panjang. Dari segi pertuturan dan dialeknya menggunakan bahasa inggeris aku tau dia bukan Malaysian. Dia kemudiannya menghulurkan kadnya. Rupa-rupanya dia adalah pensyarah untuk pelajar Master dan Phd di university Utara Malaysia dan dia berasal dari Pakistan. Dia menyatakan rasa simpatinya padaku apatah lagi setelah melihat lenganku yang lebam dan bengkak. Aku kemudiannya menaiki kapal terbang ke Kuala Lumpur dan keesokkan harinya berangkat balik ke Sabah bersama Along.

Alamak dah panjang leer.. kita berhenti di sini ye.. nnt korang bosan lak… okiezzz… TUNGGU bil.3 lak ye… chow… salam….