Followers

Pages

Tuesday, December 14, 2010

Alkisah PEK PAGUNG!!!!!!!!

Pada zaman dahulu kala… Di Negeri Bawah Bayu terdapat sebuah daerah yang dipanggil Keningau... (sampai skang pun Keningau gak lah)... Di daerah tersebut terdapat satu permainan yang sering digunakan oleh kanak-kanak untuk mengenakan rakan-rakan mereka... caranya?...

  • Pandang kiri, kanan, depan dan belakang...
  • Anda terpandang kereta VOLKSWAGEN lama yang juga dikenali sebagai 'kura-kura' atau 'pagung' dikalangan kanak-kanak di daerah tersebut (daerah lain aku xtau lah dorang panggil apa)…
  • Segeralah tepuk rakan-rakan berdekatan anda… Tepuklah sesedap rasa anda tapi perit bagi rakan-rakan yang menjadi mangsa… (sekali balik umah, member tengok bekas kena tepuk dah lebam.. Dlm hati "siap ko, ada peluang aku balas"...)
  • Untuk mengelakkan serangan balas… Anda hendaklah menaikkan ibu jari (alaaa, mcm korg like2 kat fb tu kan ada thumbs up..) sambil menyebut "PEK PAGUNG"… Maka dengan itu rakan-rakan anda hanya boleh memandang anda dengan geram tanpa boleh membuat serangan balas kerana anda telah menyebut kata-kata azimat yang menjadi pelindung/perisai.. heheh
  • Bagi menambah keseronokkan anda bolehlah gelakkan rakan-rakan anda yang menahan sakit akibat terkena tepukan maut... huahuahua...
  • TAMAT
TIPS: Jadilah orang yang prihatin pada keadaan sekeliling (netau ada kereta kura-kura lalu)… dan jangan lupa kata kunci and thumbs up… kerana anda harus menyebut kata kunci tersebut dan menaikkan ibu jadi (thumbs up) sebelum mangsa sempat membuat serangan balas...

AKIBAT: Selepas anda mengenakan rakan-rakan anda, kebiasaannya anda akan menjadi fobia dengan kereta "kura-kura" kerana risau terkena serangan balas dari rakan-rakan yang pernah menjadi mangsa anda… so teruskan pandang kiri, kanan, depan dan belakang sambil tangan bersedia dengan "thumbs up" dan kata azimat "pek pagung" bagi melindungi diri anda... Bertindaklah lebih pantas dari yang lain...

AMARAN: Berhati-hati dengan Volkswagen kerana anda mungkin mendapat "TEPUKAN MAUT"

SELAMAT MENCUBA… hehhe (^_^)….

No comments:

Post a Comment