Followers

Pages

Sunday, June 24, 2012

FASA PERUBAHAN LELAKI

Wanita yang nak/dah bertunang, nak/dah berkahwin kena membuat persiapan mental kerana menurut Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah lelaki biasanya akan berubah mengikut fasa berikut.

lelaki sebagai KEKASIH lain perangai/ragam

bila dah TUNANG lain perangai/ragam

dah jadi SUAMI lain perangai/ragam

jadi AYAH lain perangai/ragam

Berbeza dengan wanita yang akan kekal menjadi dirinya dari sebelum dan selepas kahwin. Jika dia jenis yang suka bercakap dan membebel maka dia akan terus bercakap dan membebel. Jika dia seorang yang pendiam maka dia akan tetap pendiam. Jadi???.. bolehlah aku simpulkan "apabila seorang wanita sayangkan seseorang, dia tetap akan sayang sampai bila-bila".. macam mana dengan lelaki lak?. ada sesiapa yang boleh bagi jawapan?.

MOOD: risau since xlama lagi dah nak kawin.. huhuhuhu

Apapun perubahannya, aku sentiasa ingatkan diri untuk menjadi yang terbaik.. kerana LELAKI YANG BAIK UNTUK WANITA YANG BAIK dan sebaliknya WANITA YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK. Bukan beerti lelaki/perempuan yang pernah JAHAT tidak layak mendapatkan yang baik kerana sesungguhnya setiap manusia layak mendapatkan yang terbaik untuk diri dan hidupnya. Tetapi dengan syarat dia kena berubah dan memperbaiki dirinya menjadi lebih baik terlebih dahulu untuk mendapatkan yang juga terbaik..


Ya Allah apapun yang berlaku dalam FASA PERUBAHAN LELAKI, aku berdoa semoga ia adalah perubahan yang positif dan baik. Agar lelaki yang bakal menjadi ketua keluarga itu boleh menjadi ketua keluarga yang baik, Imam yang baik, suami yang baik, ayah yang baik, pembimbing yang baik dan pelindung yang baik untukku serta umat yang baik untuk-Mu, ya Allah.. AMIN..

No comments:

Post a Comment