Followers

Pages

Friday, November 23, 2012

WANITA dan POKOK SEMALU


Masa kecil aku suka bermain dengan pokok semalu. Daun-daun akan kuncup bila disentuh. Bunganya yang berwarna Pink Purple aku laga-lagakan tengok bunga mana yang akan botak dulu. Aku dan rakan-rakan juga pernah berangan-angan "sapa yg sentuh pokok semalu tp daun xkuncup, dia akn kawin dgn ank raja". Ngarut semua tu tp namapun budak-budak.. lagipun semua semalu akan kuncup bila disentuh.. hahaha.. Entry ni berkaitan dengan pokok semalu kerana aku terbaca satu post yang agak menarik tuk di jadikan panduan.. (kawan2 post kat fb loorrrr).. JOM BACA..

Pasa suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambl pengajaran dari pohon semalu ini dari 4 aspek.

  • Pertama, Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai rasa malu. 
  • Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. 
  • Ketiga, Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat mencengkam bumi. Ini bemakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. 
  • dan yang terakhir, Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

NOTE: klu pompuan yang xtau malu ibarat pokok ape lak ye?.. ^_^

No comments:

Post a Comment