Semasa sekolah rendah, mak gitau yang aku pernah sakit teruk masa berumur 1 or 2 thn. Aku pun tak pasti sakit apa tapi mungkin agak teruk coz perlukan 2 pain darah. Sekali lagi aku jatuh sakit masa umur 13 tahun. Sebulan menahan sakit perut. Doktor kata gastrik. Bila perut aku di urut perlahan baru rasa lega sikit. Mak Hajah dan Bapa Haji bergilir-gilir mengurut perut aku sepanjang masa. Kecian Mak & bapa terpaksa berjaga siang malam untuk pastika aku tidur lena. Tak lama lepas tu aku disahkan Anemia & memerlukan 2 pain darah lagi.
Bermula tahun 1998, pelbagai rintangan & dugaan menimpa keluarga kami (xperlulah aku ceritakan 1 persatu). Namun semua dugaan tersebut tidak mematahkan semangat kami adik-beradik. Disebalik keperitan tersebut Along berjaya menggenggam segulung ijazah (UITM). Manakala aku di terima masuk ke UUM dan Mimee ke MSU untuk meneruskan pengajian juga diperingkat Ijazah. Inilah pengalaman pertama aku berjauhan dari keluarga.


Dipenghujung semester aku minta ditukarkan ke Hospital Queen Elizabeth(Kota Kinabalu) kerana ingin menyambut Hari Raya Aidil Fitri bersama keluarga. Sepanjang tempoh rawatan (Hosp Jitra - Hosp Alor Star - Hosp KK), aku perlukan 7 pain darah serta melalui berpuluh-puluh ujian perubatan dan beratus-ratus suntikan sehinggakan semua ahli keluarga memalingkan muka setiap kali aku menerima rawatan kerana tidak sampai hati tengok aku kesakitan. Aku pernah berputus asa untuk meneruskan hidup, namun setelah melihat Mak Hajah yang bersusah payah menemankan aku di hospital, Bapa Haji & adik beradik yg sentiasa berdoa, aku menguatkan semangat untuk melawan penyakit tersebut. Aku perlu sembuh untuk orang-orang yang sayang aku.

