Followers

Pages

Saturday, June 12, 2010

PROVOKASI

Hari tu aku gi umah member kat presint 9.. Bosan-bosan aku belek majalah lama yang ada kat ruang depan.. Jumpa plak majalah remaja keluaran 1 Mei 2009.. Banyak isu menarik yang di paparkan.. Antaranya tentang SI PROVOKASI..

Aku mendefinisikan si provokasi sebagai orang yang suka melaga-lagakan sesama sendiri. Dalam situasi di mana si A menceritakan masalah kepada si provokasi. Kawan yang baik akan memberi nasihat yang baik. Tapi si provokasi akan sebaliknya akan mengapi-apikan si A yang sedang marah demi kepentingan diri sendiri. Sememangnya si provokasi tidak layak untuk bersahabat dengan sesiapapun.

Mari kita lihat apa seorang provokasi suka lakukan

1) MEMBANGKITKAN KEMARAHAN - Kamu marah kepada rakanmu. si provokasi akan meningkatkan lagi kemarahanmu dengan menokok tambah cerita dan mengungkit.

2) MENGHASUT - Si provokasi marah kepada B kerana meninggalkannya. Dia akan sedaya upaya menghasut semua orang di sekelilingnya untuk turut membenci B. Tapi si provokasi tidak sedar bahawa B meninggalkan dia mungkin kerana perangai buruknya yang suka cari gaduh dan memprovokasi.

3) MENJADI ORANG TENGAH - Biasanya dia akan menawarkan diri untuk menjadi pendamai diantara dua pihak yang bertelingkah. Tapi dia cuma berniat untuk korek cerita dan apa yang di dengarnya dari pihak A akan diputar belitkan ketika menyampaikan cerita pada pihak yang satu lagi.

4) MENJATUHKAN ORANG LAIN - Si provokasi cemburu bila bekas kekasihnya berjaya menemui kekasih baru. Dia merasa tercabar dan tidak senang melihat kegembiraan pasangan tersebut. Maka dia akan menyebarkan cerita-cerita palsu atau gosip untuk membuat pasangan tersebut berpisah.

5) MEMILIH JALAN MUDAH - Dia suka menggunakan jalan pintas untuk mencapai matlamat seperti memfitnah A agar A dilucutkan jawatan sebelum dia menawarkan diri untuk menggantikan kedudukan A.

6) MESRA DAN RAMAH - Inilah kelebihan si provokasi. Bagai talam dua muka. Dia biasanya pandai berbicara dan kelihatan seperti seorang yang pandai mengambil hati orang lain. Sehingga dia mampu mempengaruhi keputusan sesiapa sahaja dengan menggunakan segala tipu helah dan cerita palsunya. Kecian la mereka-mereka yang tertipu dengan si provokasi.

FAKTOR YANG MEMBENTUK SI PROVOKASI

* Norma sosial tidak ternanam kuat dalam dirinya dan dia pernah hidup dalam lingkungan yang penuh konflik, kurang kasih sayang dan ingin menarik perhatian orang lain.
* Berjangkit melalui pergaulan
* Hasil dari iri hati, dengki dan dendam.
* Tidak ingin melihat orang lain lebih darinya
* Memiliki perasaan tidak boleh menerima kekalahan
* Tidak yakin pada diri sendiri dan sedaya upaya meraih simpati orang sekeliling.
* Mudah terpancing dengan emosi dan akan mengelabah bila berdepan dengan masalah serta berusaha mengalihkan kesalahannya pada orang lain

WAHAI SI PROVOKASI cuba nilai diri sendiri dan fikir apa faedah yang kamu dapat dengan melihat pertelingkahan orang lain.

2 comments:

  1. harap2 bukan kaki provokasi.. :)
    singgah sini.
    salam kenal ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal.. ^_^ dah follow blog awk gak..

      Delete