ada beberapa jenis CEMBURU
* CEMBURU BUTA
bila seseorang cemburu tak kena tempat.. semua benda dia nak cemburu.. dengan pembantu rumah yang umur 100 tahun pun dia cemburu.. ini wujud kerana tidak yakin pada diri sendiri dan tidak percayakan pasangan.. ia agak merbahaya kerana boleh mengakibatkan keretakan hubungan akibat rasa tertekan dan marah yang membuta tuli..
* CEMBURU DENGKI
tak boleh tengok orang lebih.. orang ada kekasih, dia pun nak ada kekasih.. orang nak kawin, dia pun nak kawin.. jiran sebelah beli sofa baru, dia pun nak beli sofa baru.. orang naik pangkat, dia nak rampas jawatan tersebut.. orang ada kelebihan, dia buruk-burukkan orang tu untuk menjatuhkan orang tu.. orang jenis ni selalunya tak ukur baju di badan sendiri dan selalu menghalalkan cara..
* CEMBURU BERHATI-HATI
selalunya ada pada seseorang yang pernah 'terkena'.. contohnya seseorang yang kekasihnya curang, setelah itu kekasihnya kembali kepadanya.. bermula dari saat itu, secara tidak langsung perasaan was-was akan timbul bila melihat kekasihnya bersama orang lain walaupun hanya dengan rakan sekerja..
* CEMBURU MEMBINA
orang bijak menggunakan cemburu untuk majukan diri.. contohnya seseorang cemburu melihat abangnya menjawat jawatan yang tinggi.. dia kemudiannya menjadikan abangnya sebagai idola dan berusaha lebih gigih, belajar sehingga ke menara gading dan akhirnya dia juga boleh mejawat jawatan yang setaraf dengan idolanya..
* CEMBURU SAYANG
perasaan ini biasanya akan wujud bila kita menyanyangi seseorang.. perasaan cemburu tu sebagai tanda sayang dan tidak mahu kehilangan orang yang kita cinta..
so u ol ada CEMBURU jenis yang mana 1????..... ^_^
saya cemburu sayng ..
ReplyDeletepart cmburu buta tuh bhaya