Followers

Pages

Friday, May 14, 2010

7 tanda ANDA wanita BERTUAH

Bertuahnya kalau diri menjadi idaman lelaki. Lebih bangga lagi kalau lelaki yang mahukan anda itu menjadi kegilaan ramai wanita. Tapi bagaimana ingin mengetahui anda adalah wanita yang bertuah dan terpilih sebagai wanita istimewa dalam hatinya.

1) DIA SANGGUP MENUNGGU
~ Menjadi rutin anda menghubungi dia setelah habis waktu kerja adalah pada pukul 8 malam. Satu hari anda terpaksa balik lewat. Betapa gembiranya bila sidia masih setia menunggu anda menghubunginya walaupun telah lewat malam. Semata-mata ingin memastikan anda telah sampai ke rumah. Ini bermakna dia betul-betul prihatin terhadap keselamatan anda.

2) DIA TUNJUKKAN TANDA BADAN DI TUBUHNYA
~ Lelaki amat susah untuk memberi tahu rahsia yang selama ini tersembunyi disebalik pakaiannya. Kadang-kadang mereka sengaja menyembunyikan sesuatu yang dianggap tak cantik untuk diperlihatkan kepada umum. Seperti tanda lahir. Sekiranya dia terbuka untuk memberitahu atau menunjukkan satu rahsia dalam hidupnya kepada anda, bermakna anda amat bernilai di hatinya.

3) BERKONGSI RAHSIA PERIBADI
~ Berkongsi cerita yang tersimpan rapi dalam rahsia hidupnya juga tanda anda istimewa dalam hatinya. Ini kerana dia mempercayai anda dan ingin berkongsi segalanya dengan anda. Bila lelaki telah meruntuhkan egonya dengan bercerita tentang rahsia peribadi bermakna dia telah memilih anda untuk dijadikan suri dalam hidupnya.

4) DIA JADIKAN ANDA TEMPAT RUJUKAN
~ Lelaki biasanya lebih senang bercerita dan meminta pendapat dari kaum sejenisnya. Tetapi bila dia mula meluahkan masalah kepada anda dan meminta pendapat anda, bermakna anda sangat istimewa.

5) DIA MEMBUAT LIRIKAN MATA
~ Dia seakan ingin memberitahu anda yang dia sangat sayangkan anda dengan lirikan mata yang romantis. Dia senang melihat anda dan memberi sepenuh tumpuan bila anda bercerita. Sehingga anda tidak tahan dengan panahan matanya yang menggoda.

6) DIA MENGHARGAI
~ Keegoan lelaki menyebabkan mereka tidak pandai menunjukkan kasih sayang mereka. Sehingga seringkali kita rasa tersisih. Tetapi sekiranya anda istimewa dihatinya, dia akan sanggup untuk berkorban apa saja, mengambil berat dan menghargai anda. Kadangkala dia akan memberi kejutan kepada anda. Dia tidak kisah memegang jambangan bunga dikhalayak ramai
untuk diberikan kepada anda atau membawa anda untuk candle night dinner. Oh, romantiknya. Pasti anda terasa sangat dihargai dan yang pasti anda begitu berharga.

7) DIA BELIKAN ANDA MINUMAN
~ Dia menggambil berat tentang makan minum anda. Dia akan pastikan anda makan dan minum. Sungguh bahagia sekiranya setiap hari telah ada makanan dan minuman yang dia sediakan untuk anda. Sekiranya terpisah oleh jarak, cukup setakat dia telefon atau sms untuk menggingatkan anda agar makan dan minum. Apatah lagi jika dia tau anda sakit. Gelabahlah dia cari ubat untuk anda atau bekejar untuk membawa anda ke hospital. Jarak jauh bukan penghalang tuk dia datang kepada anda. Jika dia lakukan semua ini bermakna andalah gadis idamannya.

SUMBER : Majalah WANITA Bil 1381 (Muka surat 102)

No comments:

Post a Comment