Followers

Pages

Monday, May 10, 2010

CINTA DAN PERKAHWINAN

CINTA dan RANTING

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: Guruku, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian, ambil lah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong…

Gurunya bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?

Pelajar: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja. Sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur ke belakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tidak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan di hadapan sana. Maka saya membiarkan ranting itu untuk mencari ranting yang lebih baik. Tetapi saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Maka saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Guru: Ya, itulah cinta.

MORAL of the story : Apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang menyayangi kita, hargailah dia. Janganlah bersikap tamak dengan meninggalkan orang yang kita sayang semata-mata berfikir bahawa kita akan bertemu dengan yang lebih baik. Ini kerana kalau pun kita bertemu dengan seseorang yang lain, belum tentu boleh menjanjikan keikhlasan dan kebahagiaan yang kita cari. Maka ketika ini barulah kita akan menyesal dan menyedari bahawa kita telah melepaskan sesuatu yang berharga demi memuaskan kepentingan diri. Sematkan dalam diri anda bahawa "dia" adalah yang terbaik buatmu dan janganlah kamu dikuasai sifat tamak. Tidak dinafikan segala sesuatu yang indah pasti akan ada yang lebih indah darinya. Tapi kita perlu belajar bersyukur dan menghargai apa yang kita miliki sebelum kita kehilangan semua yang kita genggam.

"NEVER take someone for granted. HOLD every person close to your HEART because you MIGHT wake up one day and REALIZE that you've LOST a DIAMOND while you were too BUSY collecting STONES"

PERKAHWINAN dan POKOK

Di hari lain-nya pula, pelajar tersebut bertanya lagi kepada gurunya…

Pelajar: Apa itu perkahwinan?

Guru: Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah kamu, tapi, janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sebatang pokok saja. Dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut…
Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan saya takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi, saya mengambil kesempatan untuk menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya, ia adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan...


MORAL of the story: Setelah mendapat pengajaran dari cerita "Cinta dan Dahan", kita selalunya bertindak menerima sahaja cinta yang datang kepada kita walaupun ia tidak seindah mana kerana tidak ingin kehilangan lagi. Tapi klu itu jodoh yang telah ditentukan Tuhan, Maka terimalah ia dengan hati terbuka dan berusahalah untuk mengubahnya.

"Look for your CHOICES, pick the best ONE, then GO with it"
-(Pat Riley)

No comments:

Post a Comment