Followers

Pages

Tuesday, October 30, 2012

INSTINCT

INSTINCT atau dengan kata lain NALURI atau GERAK HATI. Wanita di kurniakan dengan INSTINCT yang lebih kuat dari lelaki. Dengan ini wanita sering saja dapat merasakan kelainan dalam hati sekiranya ada sesuatu yang AKAN atau TELAH berlaku.

Disebabkan faktor ini dalam setiap ceramah Dr. Fadzilah Kamsah mengenai rumahtangga, beliau sering menasihati para lelaki @ suami agar tidak membohongi wanita @ isteri kerana kebohongan tersebut pasti akan diketahui. Bukan hanya lelaki, tetapi juga pada wanita yang berniat tuk membohongi wanita lain. Waspadalah.

Aku sebagai seorang wanita juga memiliki kelebihan kurniaan Allah ini (mungkin aku dapat dari bapa ku yang juga di anugerahkan gerak hati yang sangat kuat walaupun dia lelaki). Mungkin tidak 100% INSTINCT tepat atau boleh dipercayai. Namun hampir kesemua INSTINCTku membawa aku kepada jawapan untuk setiap persoalan atau pada bukti yang membantuku membongkar kebohongan manusia-manusia (lelaki dan wanita) yang hipokrit.

Kadang-kadang aku meminta agar Allah mengurangkan INSTINCTku. Agar aku tidak melihat perkara-perkara yang aku tidak ingin lihat dan tidak tahu perkara-perkara yang aku tidak ingin tahu. Bak kata kakak ipar gue, lebih baik tidak tahu dari tahu. Namun INSTINCT juga membantu kita agar lebih berhati-hati dengan perkara-perkara mendatang.


betul tak?.. 

Apa yang ada dalam diri kita adalah kehendak Allah, so aku terima INSTINCT ini sebagai satu anugerah yang indah dari Allah kerana sesungguhnya Dia tau apa yang terbaik untuk setiap umat-Nya. Alhamdulillah. Nampaknya aku kena belajar cara untuk menapis INSTINCT agar aku tidak terpedaya dengan INSTINCT bawaan syaitan.. weeeeeeee ^_^

2 comments:

  1. x blh nak elak yang...itulah anugerah yg diberikan Allah utk kita kaum hawa ni.bkn utk bersangka buruk pd sang lelaki,tetapi utk "melindungi" diri kita sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dear.. slain melindungi kita dari tipu daya manusia hipokrit.. xkira dia lelaki @ wanita.. juga sbagai ptunjuk pd kejadian yg akan atau tlh blaku.. ^_^

      Delete