Followers

Pages

Thursday, December 16, 2010

BUJANG???...........

Dalam artikel WANITA vs JODOH tulisan Zahidah Bte Muhd Zain ada dinyatakan bahawa Shoctak (1987) telah membahagikan golongan membujang kepada 4 kategori iaitu Ambivalent, Wishful, Resolved dan Regreteful…

  • AMBIVALENT : Tidak kisah berstatus bujang tapi tidak menolak perkahwinan kerana menganggap status 'belum kahwin' adalah bersifat sementara. Bujang dalam ketegori ini tidak mencari pasangan tapi tidak menolak perkahwinan. Mereka ni slalunya golongan awal dewasa yang terlibat dengan pendidikan, karier atau seronok dengan kehidupan mereka.
AYAT PASAR: Malas cari bf/gf.. Muda lagi… gi pun ok apa single.. tapi klu jodoh datang awal apa boleh buat… Terima jelah...
  • WISHFUL : Dalam TERPAKSA hidup membujang. Mereka anggap status bujang bersifat sementara dan ingin berkahwin. Bujang dalam kategori ini sangat aktif mencari pasangan tapi sering menemui kegagalan. Mereka ingin berkahwin seperti pasangan lain tapi belum bertemu jodoh.
AYAT PASAR: Agak terdesak nak kawin sebab faktor usia (andartu/bujang telajak) atau takut wat dosa dan mengikut sunnah (kononnya).. so gila2 berusaha cari pasangan... xkisah orang kata desperate... tapi masih juga belum jumpa calon yang sesuai atau selalu kena reject...
  • RESOLVED : Tidak bersetuju dengan perkahwinan dan menganggap diri mereka bujang untuk selamanya. Kuantiti bujang dalam kategori ini sangat kecil. Mereka selalunya merupakan sami, pendeta atau rahib.
AYAT PASAR: Ni golongan yang xmo kawin or dilarang kawin coz tuntutan agama. Tapi dalam Islam tiada istilah tidak boleh berkahwin malah mereka digalakkan berkahwin.
  • REGRETEFUL : Ingin berkahwin tapi menganggap status bujang sebagai takdir yang telah di tetapkan oleh tuhan kepada mereka sehingga mereka kekal tidak berkahwin. Bujang dalam kategori ini selalunya mereka yang berusia 40 tahun, berpendidikan tinggi dan bergaji besar.
AYAT PASAR: Alaaa,da xde jodoh nak wat camna… Redha dengan ketentuan tuhan.. Xpelah, gi pun mampu je hidup sendiri…


Di zaman serba moden ini istillah ANAK DARA TUA atau PERIGI MENCARI TIMBA tidak lagi menjadi topik yang hangat dikalangan masyarakat terutamanya di bandar. Tetapi tidak di nafikan masih ada segelintir masyarakat yang berfikiran agak terkebelakang dan memandang anak dara tua dan perigi mencari timba sebagai isu besar.

Apatah lagi dalam Islam pun digalakkan bernikah seperti hadis Rasulullah s.a.w "Nikah adalah sunnahku, maka barang siapa yang cintakan agamaku hendaklah dia jalankan sunnahku ini" (Riwayat Abu Ya'la dari Ibnu Abbas r.a). Nikah adalah cara untuk menghalalkan perhubungan diantara kaum adam dan hawa. Namun begitu soal jodoh yang lambat atau awal juga takdir tuhan. Kita sebagai manusia hanya berusaha dan tawakkal agar jodoh kita sampai dan dapat bertemu dengan pasangan yang baik. Berdoalah "Ya Allah janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah waris yang paling baik" (Surah al-Anbiya' Ayat 89).

Istilah perigi mencari timba juga dianggap sebagai perkara memalukan bagi masyarakat Melayu yang berpendapat lelaki patut memulakan langkah dan bukan wanita. Wanita yang merisik lelaki akan dipandang serong dan menerima tohmahan masyarakat. Tapi lupakah kita pada kisah Rasulullah yang mana Khadijah telah menggunakan orang tengah (seorang wanita) untuk menyatakan hasratnya pada Baginda. Menurut Ust zaharuddin Abd Rahman tidak salah wanita menjadi perigi mencari timba apabila wanita berkenan pada lelaki yang baik.

Pilihan di tangan anda... (^_^)

1 comment:

  1. agak2nya aku dlm kategori mana yer..susah nak kategorikan spesis mcm aku nie..hahaha..

    ReplyDelete